Pada hari Ahad, beberapa hari sebelum Arwah Wan Zarinah meninggal, saya mimpikan dia. Arwah peluk saya, tersenyum manis dan menegur saya, kenapa tak datang ziarah saya.?Wajah nya berseri-seri, tiada tanda penyakit langsung menyebabkan saya terasa hairan . Saya tidak dapat memberi alasan yang kukuh, cuma senyum sedih mengakui kesilapan saya meletakkan beberapa perkara lain sebagai priority sehingga tidak dapat berkunjung kerumahnya pada hari yang saya sepatutnya pergi!
Mimpi saya ini menyebabkan saya rasa betapa saya menyayangi sahabat saya ini sembil mengenang juga semasa kami di kolej berkongsi suatu dormitary . Wan Zarina periang , tidak pernah menyakiti saya , Suaranya sering kedengaran dengan telo Kelantannya.
Saya hanya dapat berdu'a selepas solat untuk kesejahteraannya dan masih juga berdoa seitap kali ingatan saya kearah Wan Zarina.
Ada juga kalanya saya berasa Wan Zarina sudah diberi kerehatan tetapi saya masih disuruh berjuang dan bertarung dalam kancah dunia yang tidak semuanya indah , malah penuh dengan duri dan ranjau serta cabaran dan rintangan luaran mahupun dalaman. Namun demikan saya lalui setuap saat hidup ini dengan kesyukuran atas segala nikmat yang diberi, redha atas segala kekurangan serta gigih menghadapi cabaran, semoga Allah membimbing saya kejalan seterusnya !
Semoga saya tidak lagi gagal menyahut pangilan sahabat untuk berada disisinya disaat yang saya dapat berkhidmat kepadanya.!
Wan Zarina, dirimu tetap dikenang at last I am allowing myself to grieve ..... to break my silence over your departure!
wasallam
Suriya
http://groups.yahoo.com/group/wanitajim/message/351

Solehah women SMILE in trouble, gather strength from DOA and grow brave by ISTIGHFAR & SOLAT.
Do you Yahoo!?
Yahoo! SiteBuilder - Free, easy-to-use web site design software