Bismillah...

Ana ada jugak menunggu kedatangan nisfu sya'abn ni.. tp mak ana kata hadis psl amalan khas nisfu sya'ban ni tak sahih & dhaif.. pendek kata tak jumpala nas yg kuat. terpulangla pd seseorg tu nak beramal.. cuma tak boleh dijadikan ibadah khusus untuk dilakukan.. itu yg diberitahu pd ana la.

Kalau ade sesiapa boleh jelaskan lagi~

Wallahu'alam.


From: "Faiz Sahri" <[EMAIL PROTECTED]>
Reply-To: [EMAIL PROTECTED]
To: <[EMAIL PROTECTED]>, "[-ML_3rdBatch-]" <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: [Alumni Hira] Fwd: Nisfu Sya'baan
Date: Thu, 9 Oct 2003 13:19:04 -0500

Assalamu 'alaykum, Shaykh Imran dan sahabat sahabat yang dikasihi.

Tumpang tanya. Memang ada dalil or dari sunnah ke untuk lakukan amalan
amalan khusus ni? Sebab sefaham ana (yang cetek ni .. sampai tak dapat
berenang) ibadat ibadat khusus ini perlukan dalil yang sahih dari sunnah or
qur'an, baru lah dapat dijadikan ibadat khusus. Minta jasa baik shuyukh dan
shaykhah kita dalam mailing list ni tolong terangkan.

Jazakum Allah khaeer.

-- Faiz


----- Original Message ----- From: <<[== `IMRAN ==]>> To: [-ML_3rdBatch-] ; [-ML_alumniHira-] Sent: Thursday, October 09, 2003 3:18 AM Subject: [Alumni Hira] Fwd: Nisfu Sya'baan


> Subject: FW: Nisfu Syaaban
>
>
>
>Assalamualaikum w.b.t
>
>Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban (15 Syaaban)akan tiba pada
>hari Sabtu, 11 October 2003 (masuk hari selepas maghrib pada hari Jumaat,
>14 Sya'aban 1423H)
>
>Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup
>catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya
>berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
>
>Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama
>setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
>
>Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik
>sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik
>sahaja masuk maghrib)
>
>Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban :
>
>1. Selepas solat maghrib (14 Sya'aban, Jumaat malam Sabtu)
>Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
>Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
>Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
>
>2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (14 Sya'aban, Jumaat malam
>Sabtu)
>
>i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada
>Allah
>
>ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada
>Allah
>
>iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam
>iman & pohonlah segala yang baik....
>
>Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
>
>Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
>
>3. Baca surah ikhlas 1000x
>
>4. Berpuasa pada siangnya
>
>Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
>Antaranya yg termasyhur adalah :
>
>1. Malam Dimustajabkan Doa
>2. Malam Pembahagian Takdir
>3. Malam Rahmat
>4. Malam Berkat
>5. Malam Pengampunan (Taubat)
>6. Malam Penebusan
>7. Malam Syafaat
>8. Malam Penulisan
>9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
>10. Malam Rezeki
>11. Malam Hari Raya Para Malaikat
>12. Malam Penghidupan
>
>Antara kelebihan bulan Sya'aban:
>
>1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan
>tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof
>didalam syurga.
>
>2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam
>nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia
>lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan
>permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya,adakah
>orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua
>orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang
>yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
>
>Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban
>kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita
>derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
>
>Wallahua'alam



Do you Yahoo!? The New Yahoo! Shopping - with improved product search


_______________________________________________


Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian.

Alumni Sekolah Islam Hira'
http://www.alumni-hira.org
http://berita.alumni-hira.org

_________________________________________________________________
Using a handphone prepaid card? Reload your credit online! http://www.msn.com.my/reloadredir/default.asp


_______________________________________________

Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian.

Alumni Sekolah Islam Hira'
http://www.alumni-hira.org
http://berita.alumni-hira.org

Kirim email ke