emm, takleh masuk pon website tuh...
 
camne yek?


JPRA2004 <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Assalamu'alaikum warahmatullah
 
JPRA 2004 ingin menyeru kepada semua ahli Alumni Hira' supaya membuat pencalonan dengan memilih 5 calon yang difikirkan layak bagi menerajui Majlis Kerja Tertinggi Penggal 2004-2006.
 
Pencalonan
 
Peraturan :
1. Pencalonan akan bermula pada 8 Mac 2004 (Isnin) sehingga  21 Mac 2004 (Ahad)
2. Setiap ahli Alumni Hira' dibenar mencalonkan 5 orang sahaja.
3. Setiap ahli hanya dibenarkan membuat pencalonan sekali sahaja.
4. Pencalonan yang telah dibuat boleh dibatalkan atau dipinda dengan memaklumkan kepada JPRA 2004.
5. Kombinasi calon sebaik-baiknya 3 lelaki 2 perempuan atau 2 lelaki 3 perempuan.
6. Semua ahli alumni yang berdaftar layak dicalonkan kecuali ahli alumni dari batch terbaru (SPM 2003) dan ahli JPRA 2004 seperti yang tertera di atas.
 
Cara pencalonan :
1. Pencalonan boleh dilakukan samada melalui laman web jpra 2004 atau email.
2. Alamat laman web http://jpra2004.alumni-hira.org.
3. Pencalonan melalui email hendaklah dihantar ke alamat [EMAIL PROTECTED]
4. Format pencalonan melalui email :
        - Nama ahli yang mencalon :
        - No Keahlian atau No Kad Pengenalan :
 
        - Senarai 5 (lima) calon beserta batch atau no keahlian :
 
5. Cara-cara lain akan dibenarkan dengan permohonan dan keizinan khas dari JPRA 2004.
 
Pihak JPRA 2004 memohon maaf kerana website JPRA 2004 masih tidak dapat digunakan lagi buat masa ini. InsyaAllah usaha-usaha sedang dilakukan bagi mempercepatkan pembikinannya.
 
Maklumat berkenaan pilihanraya Alumni Hira' 2004 boleh juga diperolehi di http://berita.alumni-hira.org
 
JPRA 2004 juga memohon kepada semua wakil-wakil batch yang dilantik bagi AGM 2004 ini dan ahli-ahli alumni supaya segera mewar-warkan perkara ini kepada semua.
 
 
Sekian terima kasih


Do you Yahoo!?
Yahoo! SiteBuilder - Free web site building tool. Try it!

Kirim email ke