>Saya pernah ditawar RM500,000 - Dr Rani
>
>KAPAR, 16 Mac (Hrkh) - "Hanya jaminan syurga boleh membeli pendirian saya
>bukan wang atau harta dunia", tegas calon PAS, Dun Meru, Dr Haji Abdul Rani
>Haji Osman.
>
>Tiga bulan lalu, beliau disogok dengan wang berjumlah RM500,000 oleh pihak
>Umno supaya menarik diri menjadi calon menentang bekas wakil rakyat, Dato'
>Jaei Ismail. Anak kelahiran Pelabuhan Klang, Selangor bertekad akan
>mengembalikan hak rakyat sama ada Melayu, Cina dan India yang telah dirampas
>oleh pimpinan Barisan Nasional Selangor. Walaupun beliau merupakan Pegawai
>Perubatan tetapi minat pada Islam lebih mendalam. Beliau pernah membaca
>khutbah serta mengadakan kuliah agama di masjid-masjid sekitar Shah Alam.
>
>Khidmatnya tidak memilih parti, sama ada Umno atau PAS tetap diberi layanan
>yang sama. Setiap malam beliau mengadakan perkhidmatan percuma kepada
>pesakit yang datang ke klinik Fitrah di pekan Meru. Dr Rani berkelulusan
>M.B.CH.B (Ijazah dalam bidang Perubatan) dari Tanta Universiti Republik Arab
>Mesir, bersedia bertanding dengan bekas wakil rakyat, Dato' Jaei Ismail yang
>sudah tiga penggal berkuasa di Dun Meru. Beliau yang mempunyai lima orang
>anak menegaskan, rakyat di Meru sudah mula sedar dengan kepimpinan Jaei yang
>tidak memihak kepada kebajikan rakyat.
>
>"Saya tidak menggunakan tempoh berkempen untuk mendekatkan diri kepada
>rakyat, kerana saya memang suka mendekatkan diri dengan penduduk Meru
>sebelum menjadi calon," jelasnya. Beliau berkata, orang Umno memberi
>sokongan kepadanya untuk menjadi calon bagi menentang Jaei yang merupakan
>kawannya. Dr Rani pernah mengetuai rombongan Perubatan Jemaah Haji Malaysia
>di Madinah pada tahun 1989 dan 1990. Pernah mengetuai Misi Bantuan
>Kemanusiaan ke Afghanistan pada tahun 2001. Menghadiri seminar Perubatan
>Islam Antarabangsa di Johannesbergh, Afrika tahun 2003 dan menyertai misi
>bantuan Kemanusiaan ke Bam, Republik Islam Iran tahun 2004.
>
>Beliau pernah bekerja di Hospital Kuala Lumpur, Hospital umum Sarawak,
>Hospital Daerah Serian,Pusat Kesihatan Puchong dan akhirnya membuka sendiri
>klinik Fitrah di Pekan Meru.- SH/mks.
>
>http://www.harakahdaily.net
>
>
>
>
>
>


Add photos to your e-mail with MSN 8. Get 2 months FREE*. _______________________________________________ Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian. Alumni Sekolah Islam Hira' http://www.alumni-hira.org http://berita.alumni-hira.org

Kirim email ke