Assalamu'alaikum warahmatullah
Pertamanya Jazakumullahu khairan kepada ahli-ahli yang telah meletakkan
kepercayaan kepada kami berlima untuk memimpin persatuan yang kita cintai ini.
Kami InsyaAllah akan cuba sedaya upaya untuk melaksanakan amanah yang
dipertanggungjawabkan ini.. Mungkin amanah ini akan terasa ringan sedikit
bebannya jika sahabat-sahabat semua bersama kami membantu dan bekerjasama.
Perkembangan terkini :
Mesyuarat pertama akan diadakan pd 3 April (sabtu), bagi menentukan
struktur MKT 2004-2006. Doakan kami agar dapat membuat keputusan yang baik lagi
diredhai Allah dan mendapat keberkatan dariNya.
Wallahu a'lam
Wassalam
MKT Alumni Hira'