Note: forwarded message attached.
Do you Yahoo!?
Yahoo! Tax Center - File online by April 15th
--- Begin Message ---
yamin-ISLAM IS THE WAY OF LIFE >From: akob scb <[EMAIL PROTECTED]> >Reply-To: [EMAIL PROTECTED] >To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] >Subject: [musleh uiam] Tips2 utk Lelaki&Perempuan >Date: Sun, 11 Apr 2004 21:47:59 -0700 (PDT) > >Tips2 berhubung antara Lelaki&Perempuan > >1. Bulu kening >— Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau >menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." >Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari. > >2. Kaki (tumit kaki) >—"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau >mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An- >Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan >badan mengikut hentakan kaki. > >3. Wangian >— "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati >suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah >dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, >Ibn Khuzaimah dan Hibban. > >4. Dada >— "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga >menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31 > >5. Gigi >— "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta >supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan >yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan >Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim. > >6. Muka dan leher >— "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu >menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." >Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan >ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah. > >7. Muka dan Tangan >— "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai >pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya >seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan >anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat >Muslim dan Bukhari. > >8. Tangan >— "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik >daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". >Riwayat At Tabrani dan Baihaqi. > >9. Mata >– "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka >menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi >SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. >Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak >dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi. > >10. Mulut (suara) >- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara >sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, >tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda >SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka >namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi- >bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan >mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah. > >11. Kemaluan >- "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka >menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An >Nur : 31. > >"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan >Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah >ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." >Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka >pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan >tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn >Majah. > >12. Pakaian >— "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan >memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, >Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah. > >"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang >berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang >lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan >tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: >Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan >berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah >kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang >mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) >yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka >tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : >59. > >13. Rambut >— "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan >digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah >mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat >oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim. > > > >--------------------------------- >Do you Yahoo!? >Yahoo! Tax Center - File online by April 15th
MSN 8 helps ELIMINATE E-MAIL VIRUSES. Get 2 months FREE*.
--- End Message ---