Assalamualaikum..ana paste artikel ni dari harakahdaily.net.
 
sure heboh yang menghebohkan maksiat.tu belum kira AIM lagi.kat akhirat nanti akan ditanya.apa yg kita nak jawab agaknya...maksiat depan mata dah halng ke belum..memang susah.well..ntahlah rasanya amat susah sahabat sendiri pun...beratnya tanggungan ilmu yg kena langsaikan tak larat rasanya......
anyway..sure heboh mmg..menghebohkan maksiat..doa2 lah Allah buka hati semua org...kembali pada Tuhan
 
 
 
5 pasangan ditahan dalam ‘Ops Heboh’ gara-gara ‘Sureheboh’
Monday, April 26 @ 12:27:59 MYT


Oleh Anak Kedah
SAYA dapati ada pembaca yang meragui laporan bertajuk ‘540 kondom ditemui selepas program 'Sureheboh TV3' semata-mata kerana ia disiarkan Harakahdaily.

Jika laporan Harakahdaily ‘tidak dipercayai’, apa kata kita jenguk laporan akhbar Metro Online 21 April 04 (Edisi Utara) mengenai program ‘Sureheboh’ ini. - lanh

Taktik tidur rumah rakan terbongkar

Oleh Nasrullah Rahim

ALOR STAR: Taktik lima pasangan remaja menipu ibu bapa mereka terpaksa tidur di rumah rakan selepas tiada kenderaan awam untuk pulang selepas jam 12 malam akhirnya terbongkar.

Pasangan remaja itu antara 80 remaja berusia 14 hingga 30 tahun yang ditahan Unit Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dalam `Ops Heboh' selama dua hari berakhir kelmarin di sekitar bandar raya ini.

Ketika ditahan, pasangan remaja didapati memberikan alasan itu terhadap ibu bapa masing-masing sebagai `lesen' bagi membolehkan mereka tidak balik ke rumah dan menyewa hotel murah sekitar bandar raya ini untuk berasmara dengan pasangan masing-masing.

Bagaimanapun, taktik mereka terbongkar selepas mereka ditahan pegawai Jaik dan diminta menghubungi ibu bapa masing-masing untuk menjamin mereka.

Selain hotel, 32 pasangan remaja yang dicekup pegawai Jaik pula memilih melakukan perbuatan maksiat di tempat suram antaranya persekitaran Menara Alor Star dan Stadium Darul Aman.

Ibu bapa dan keluarga yang hadir bagi menjamin semua remaja itu nyata terkejut dan tidak menyangka anak mereka sanggup berkhalwat dan dipercayai melakukan hubungan seks di sebalik penipuan berkenaan.

Ketua Unit Penguatkuasa Jaik, Syeikh Alwi Othman, berkata dalam operasi itu, seramai 42 wanita dan bakinya adalah lelaki ditahan kerana melanggar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.

"Mengikut Seksyen 5, kami menahan 35 wanita dan 32 lelaki kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam manakala Seksyen 9, iaitu bagi kesalahan khalwat pula, kami menahan enam pasangan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang wanita di sebuah lokasi pelacuran berhampiran Jalan Teluk Wan Jah mengikut Seksyen 19 kerana disyaki pelacur.

Syeikh Alwi berkata, berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan, ada remaja yang ditahan dalam operasi itu datang dari Sungai Petani, Perlis dan Pulau Pinang.

"Mengikut Seksyen 5, mereka didapati bersalah oleh mahkamah boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya," katanya.

Enam pasangan didapati berkhalwat itu pula boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

"Bagi Seksyen 19, pesalah boleh didenda tidak lebih RM4,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Kesemua yang ditahan akan diberi kaunseling sebelum dihadapkan ke mahkamah," katanya.


`


Do you Yahoo!?
Yahoo! Photos: High-quality 4x6 digital prints for 25˘

Kirim email ke