Gombak, 4 Mei- Sembutan amat menggalakkan dan diluar jangkaan meningkatkan penyertaan ke Konsis '04 sehingga 1,300 orang peserta.
Peningkatan penyertaan lebih dua kali ganda berbanding hanya 600 penyertaan yang buat semasa jangkaan awal pihak penganjur.
Penasihat dan orang kuat Konsis, En. Fadzil Salleh berkata bahawa hanya 400 pendaftaran diterima sehingga tarikh tutup pendaftaran pada 25 April lepas tetapi meningkat mendadak pada tiga hari terakhir sebelum Konsis'04 berlangsung.
Konsis'04 yang telah berlangsung dari 1 hingga 3 Mei yang lepas di SMK Teknik Gombak, Selangor merupakan konvensyen sulung yang dianjurkan oleh Dzilal Consultancy bersama beberapa pertubuhan pelajar yang lain.
Penganjur bersama ini termasuklah Konsis Network, MGB-SIM, KARISMA, AUSIS, dan MUSLEH.
Konvensyen ini menghimpunkan para pelajar sekolah menengah sehinggalah kepada
mahasiswa dari IPT-IPT seluruh negara.