Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, selesai sudah program Hari Sukan Warga Hira’ 2004. Secara
keseluruhan prestasi kontijen Alumni Hira’ amat memberangsangkan dengan
menunjukan peningkatan berbanding tahun lepas terutamanya dari pihak
akhawat. Namun terdapat beberapa kekurangan dalam pengendalian acara-acara
sukan yang menyebabkan hilang “beauty of the game”. Insya-Allah pada tahun
hadapan, marilah sama-sama kita gembeling tenaga dan berkongsi idea dengan
pihak PIBG untuk memeriahkan lagi hari sukan sempena “20 Tahun Hira’”.


Statistik dan Keputusan Rasmi Kontijen Alumni Hira’
• Bola Sepak = Naib Johan
• Bola Tampar = Keempat
• Sepak Raga Bulatan = Ketiga
• Bola Jaring = Johan
• Ping Pong = Johan
• Congkak = Johan
• KESELURUHAN = NAIB JOHAN
• Kehadiran = 52 (30 Ikhwah, 22 Akhawat)


Kontijen yang bertanding = 4
(Alumni Hira’ & PIBG – zon Klang, zon S.Alam Utara, zon S.Alam Selatan)

JUARA KESELURUHAN = PIBG zon Klang


Ana mewakili MKT & Penghulu Kontijen Alumni Hira’ merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli yang telah
turun menjayakan program ini. Moga setiap tenaga, masa dan wang ringgit
yang disumbangkan mendapat ganjaran yang selayaknya dari Allah SWT.




Wassalam


`Imran Jamalul-Lail
Setiausaha Alumni Hira' 2004-2006


_______________________________________________

Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar 
Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian.

Alumni Sekolah Islam Hira'
http://www.alumni-hira.org
http://berita.alumni-hira.org

Reply via email to