saya memang boleh kira tak penah lah menyumbangkan apa apa dalam
mailing list ni, tapi saya ada tahu sedikit sebanyak pasal anjing ni,
mengikut pengalaman saya.
betul tu hamba allah, ikut imam shafie, memang kita tak boleh pegang
anjing langsung, dikira najis mughalazah and patut disamak. tetapi,
mengikut mazhab lain, contohnya maliki, mengatakan bahawa boleh
pegang anjing ketika ianya kering betul betul kering. saya ada kawan
yg memang memegang mazhab maliki. dia arab sudan, tapi menetap di
malaysia. dia memang membela anjing dan sometimes dia pegang anjing
dia, bila dia yakin anjing tu kering. tapi,mana la kita tahu bila
anjing tu jilat badannya, bila dia terembeskan air liur dia, jenoh la
pulak kita nak monitor sumer tuh. jadi, buat apa susah2 kan diri?
baik jauhkan aje. senang hati. kita pun tak was was. 
tapi kalau macam dalam kes tetiba anjing tu sondol kita kene baju
sumer, kalau tak yakin anjing tu kering, samak lah baju tu dan tempat
tempat yg kene sondol ngan anjing tu. kalau yakin anjing tu kering,
dan yakin bukan najis, up to u la. but better just samak mana2 tempat
yg tersentuh ngan anjing. supaya tak de la was was nanti. 
tu je yang saya tahu pasal anjing2 ni.. kalau ada sesapa lagi yg
tahu, tambahkan. hilangkan keraguan sarah seth ni. sian dia confuse.


        
                
__________________________________
Do you Yahoo!?
SBC Yahoo! - Internet access at a great low price.
http://promo.yahoo.com/sbc/
_______________________________________________

Kandungan emel di atas tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Bekas Pelajar 
Hira' @ Alumni Hira' kecuali dinyatakan sedemikian.

Alumni Sekolah Islam Hira'
http://www.alumni-hira.org
http://berita.alumni-hira.org

Kirim email ke