salamun a'laikum wrt...
sedikit ilmu yg ingin dikongsi bersama...
 
 
Allah SWT berfirman(maksudnya):-

“Diri-Ku menyaksikan diri-Ku sendiri, bahawa tidak ada tuhan selain Aku
sendiri, tidak ada sekutu bagi-Ku; Muhammad adalah hamba dan rasul-Ku.
Sesiapa yang tidak redha dengan ketetapan-Ku, tidak sabar atas cubaan-Ku,
maka hendaklah ia menyembah tuhan yang selain-Ku.”

“Oleh itu, sesiapa berpagi-pagi berdukacita terhadap dunia, maka seolah-olah
is marah kepada-Ku; sesiapa yang merasa sakit atas sesuatu musibah, maka
sesungguhnya ia telah menyakiti Aku; sesiapa menemui orang yang kaya lalu ia
merendahkan diri di hadapannya kerana kekayaannya, maka sesungguhnya telah
hilang dua per tiga agamanya; dan sesiapa yang memukul-mukul mukanya di
depan orang mati, maka seolah-olah is telah mengambil tombak dan
menghunjamkannya kepada-Ku; dan sesiapa yang memecahkan dahan kayu di atas
kuburan, maka seolah-olah ia telah menghancurkan pintu Kaabah-Ku dengan
tangannya”

“Dan sesiapa tidak peduli daripada sumber mana makanan yang dimakannya, maka
ia tidak peduli dari pintu mana Allah memasukkannya ke dalam Jahanam; dan
sesiapa yang tidak bertambah dalam agamanya (ilmu dan pengalaman), maka
sebenarnya ia semakin berkurang; dan sesiapa yang terus-menerus merosot dan
berkurang, maka maut adalah lebih baik baginya. Sesiapa yang mengamalkan apa
yang diketahuinya, Allah akan memberikan kepadanya ilmu yang belum pernah
diketahuinya; dan sesiapa yang panjang angan-angannya, tidak ikhlas
amalnya.”

.......
wassalam
ukhwah fillah


Do you Yahoo!?
Friends. Fun. Try the all-new Yahoo! Messenger

Kirim email ke