Assalamualaykum...
 
Tahniah ana ucapkan kepada semua barisan mkt dan exco Alumni kali ini..
Ana nampak penyertaan penuh dari Batch 1-5, dengan strategi memberi laluan kepada adik2 batch bawah untuk menumpukan kepada study dan penglibatan di peringkat universiti. Selain itu, barisan baru ini juga terdiri daripada mereka2 yang berkomitmen tinggi serta mempunyai semangat juang yang luar biasa. Ana juga lihat dengan penglibatan 5 batch terawal ini, ALUMNI mampu membimbing adik-adik junior dalam menempuh liku-liku kehidupan sebagai belia dan 'young adult'.. Jadi kepada adik2.. boleh lah bertanya pengalaman dan cabaran mereka sebagai panduan kepada diri adik2.
 
Semoga dengan barisan MKT ini, alumni akan melangkah dengan lebih matang bagi sessi ke-4 [2004-2006] ini..
 
Bersama-samalah kita memberikan sokongan yang padu kepada barisan peneraju ALUMNI sessi ini. iALlah..
 
Buang yang keruh, ambil yang jernih...
 
Alumni Terus Maju
 
assalamualaykum..
 
-sarahseth-
batch4 (1988-1992)


Do you Yahoo!?
Friends. Fun. Try the all-new Yahoo! Messenger

Kirim email ke