dah lamanya artikel ni .. 2003.
On Wed, 23 Mar 2005 21:56:59 -0800 (PST), ruzaimi ibrahim <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > > > > AMINA WADUD, SIAPA DI BELAKANG SIAPA? > > > > > > Sikap spontan 20 peserta terdiri daripada pelbagai Pemimpin Islam yang > bertindak keluar Dewan Persidangan Kedua Peringkat Antarabangsa dalam > menangani isu HIV/AIDS yang diadakan di Kuala Lumpur sangat difahami. > Apabila seorang sarjana dari sebuah Universiti di Virginia, AS menghina > Islam, Al Quran, Syariah bawaan Nabi Muhammad S.A.W., apa lagi yang wajar > dilakukan. Selain dari meninggikan suara tanda bantahan, memohon ruang > untuk menyatakan hujah dan meninggalkan dewan setelah tidak dilayan oleh > Pengerusi Majlis di sesi yang dipengerusikan oleh Dr. Ismail Baba itu, apa > lagi yang mampu dilakukan oleh orang-orang yang beriman? Jika diikuti > tertib mencegah kemungkaran Imam Al Ghazali, terdapat 4 tahap yang perlu > dilakukan iaitu pertama; memberi peringatan dengan berlembut; kedua, > mencegah melalui kuliah; ketiga, mengucapkan kata-kata yang kasar dan > keempat; mencegah dengan tangan, anggota dan kuasa (Lihat Ihya Ulumuddin > m.s. 344 - 346). Saya melihat para sarjana yang memilih untuk > meninggalkan dewan telah berbuat demikian berasaskan ilmu. Ini lebih-lebih > lagi wajar apabila mereka memprotes kerana tidak sanggup mendengar cemuhan > dibuat keatas Allah, Rasul, Agama dan Ajaran Islam yang diimani mereka. > Mereka tentu bimbang akan kemurkaan Allah S.W.T. dalam majlis yang > dipercayai sedang menghina Islam. Ini bersandarkan hadith Nabi S.A.W. yang > bermaksud: > > > > "Tidak ada suatu kaum pun yang melakukan maksiat-maksiat, sedang dalam > kalangan kaum itu ada orang yang mampu mencegah mereka dari perbuatannya itu > tetapi ia tiada berbuat, tiadakah ia merasa bimbang bahawa Allah > hampir-hampir akan menimpakan siksanya atas mereka sekalian." > > > > > (Lihat Ihya' Ulumiddin m.s. 343) > > > > Saya boleh bersetuju dengan anjuran satu artikel dalam NST yang > antara lain berbunyi "they should treat one another with civility and > respect" (NST 25 Mei 2003 m.s. 8) tetapi suasana civil itu harus > bersalingan. Jika satu pihak asyik membangkitkan dan "mendakwa ketidak > mampuan Islam untuk menyelesaikan masalah AIDS" (Utusan Malaysia 22 Mei > 2003) menyerang Islam dan Al Quran (NST 21 Mei 2003) dan berdegil bahawa > "saya (Amina) tetap dengan pendapat saya" maka ini dinamakan tidak wujud > lagi suasana waras. Suasana sebuah "intellectual discourse" seharusnya > civil tetapi apa lagi pilihan yang ada untuk menangani "seorang Amina" yang > sudah kelihatan tidak waras itu selain dari dilayan dalam bahasanya? Dalam > hal inilah Nazlin selaku Penasihat Antarabangsa mengenai AIDS telah bertegas > bahawa: > > > > "Amina boleh dianggap kufur dengan perbuatan tersebut, harus diberi masa > selama tiga hari untuk bertaubat atau menghadapi tindakan yang akan diambil > ke atas beliau." > > > > Nasib baiklah PAS tidak menyertai majlis tersebut. Jika > tidak, PAS kemungkinan akan dituduh menghasut para delegasi untuk > mencetuskan huru hara. Rupanya perkara iman dengan kufur adalah topik > biasa. PAS telah berpuluh tahun berbicara tentang perkara ini yang > mencemaskan UMNO dalam banyak perkara. > > > > Diantara mereka yang meninggalkan dewan ialah Ketua Kadhi Kenya, > Sheikh Ahmad Kassim, ahli akademik Afrika Selatan, Dr. Shakira Cassim, Ahli > Persatuan Perubatan Malaysia Dr. Saadiah Sulaiman, Sheikh Lee Baba dan > Penasihat Islam Antarabangsa mengenai AIDS dari Kenya iaitu Nazlin Omar > Fazaldin. > > > > Apa yang lebih menghairankan lagi ialah keengganan Jawatankuasa > Penganjur yang dipengerusikan oleh Datin Paduka Marina Mahathir untuk > meminta Amina meninggalkan konsultasi. Setelah Nazlin yang menjadi > jurucakap bagi membantah kertas kerja Amina Wadud mempersalahkan penganjur > kerana memberi lampu hijau kepada pembentangan yang telah terang-terangan > menghina dan bercanggah dengan nilai-nilai Islam, sikap penganjur masih > 'biasa'. Anehnya, di sebalik mempertimbangkan kewajaran tuntutan untuk > Amina meninggalkan dewan, Marina Mahathir pula yang meninggalkan jawatan. > Kalaupun orang boleh katakan itu sebagai sandiwara, kerana letak sekejap dan > ambil semula yang menyerupai perangai bapanya, saya lebih berminat untuk > melihat sikap badan penganjur pada keseluruhannya. Tidakkah Kertas Kerja > berkenaan diteliti terlebih dahulu akan kandungannya sebelum diputuskan > untuk edaran dan pembentangan. Jika dalam hal filem, kita ada Badan > Penapisan Filem, apa pula peranan JAKIM di situ? Jika peserta boleh > dengan spontan menghidu kebejatan niat dan kandungan tidak suci pembentangan > kertas kerja Amina lalu dengan pantas memprotes, JAKIM bagaimana? > Lihatlah reaksinya. Kata Dato' Shahir, "pihaknya akan meneliti kertas > kerja Amina." Rupanya belum lagi diteliti! Katanya lagi, "JAKIM akan > memberi penjelasan kepada semua apabila kajian selesai." Bila? > > > > Lihatlah bagaimana berbezanya reaksi cendikiawan Islam tempatan > jika dibandingkan dengan Sarjana Islam semasa dari serata dunia. Sikapnya > jauh amat bertentangan. Apabila ditanya oleh wartawan sama ada buku-buku > tulisan Amina Wadud diharamkan di negara ini sebelum ini, Ketua Pengarah > JAKIM itu enggan memberikan pengesahan. Begitu juga dengan keegganan > beliau untuk membuat spekulasi; jika kertas kerja Amina didapati boleh > mendorong kepada kekufuran seperti yang didakwa oleh sebahagian peserta. > Terdapat juga rungutan lanjut tentang kredibiliti Jawatankuasa Penganjur itu > sendiri. Ia mengandungi individu-individu "who were not muslim enough to > handle the issues." (NST 25 Mei 2003 m.s. 8). Demikianlah komen banyak > kalangan. > > > > Walaupun akhirnya Amina Wadud dilaporkan sebagai meminta maaf > diatas keterlanjuran perkataan-perkataan beliau dan beliau digambarkan > berpelukan dengan Marina Mahathir, selesaikah segala-galanya? Semudah > itukah setelah berbakul-bakul penghinaan dibuat ke atas agama sendiri secara > terbuka di sebuah seminar yang bernama "Konsultasi Antarabangsa Kedua > Pemimpin-Pemimpin Islam Dalam Menangani HIV/AIDS", Amina boleh dilepaskan > dalam semangat "forgive and forget". Jawatankuasa Penganjur yang > dipengerusikan oleh anak kepada seorang Perdana Menteri pula boleh dengan > mudah mencuci tangan setelah bergimik sebentar dengan acahan peletakan > jawatan. JAKIM pula dengan seribu satu macam helah! > > > > Izinkan saya tinggalkan persoalan-persoalan ini di situ untuk > difikir dengan lebih lanjut oleh setiap warga yang cintakan Islam, > nilai-nilai civil; berdepan dengan gelagat sesetengah pihak dan intelektual > Islam setempat. Bandingkanlah dengan denyut nadi kesedaran sarjana-sarjana > Islam semasa di serata dunia. Kita berada di mana? > > > > > > > ANUAL BAKHRI HARON > > Setiausaha Politik > > Menteri Besar Kelantan > > Bertarikh: 24 Rabiul Awal 1424 / 26 Mei 2003 > > __________________________________________________ > Do You Yahoo!? > Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around > http://mail.yahoo.com > _______________________________________________ > Hira mailing list > > > _______________________________________________ Hira mailing list