assalamualaikum.....
 
hmm.... kali ni takde siapa yang memaksa diriku untuk menulis e mail ni... sambil sambil tgk bola lepas terawih ni... dan sambil menunggu untuk tahajjud...yang pernah ku beritahu pada sesiapa...(harap dpt dirahsiakan segala amalanku)
 
ok...sebenarnya daku menulis dengan penuh harapan agar semua dpt menerima apa yang daku ingin sampaikan...
 
pertama sekali ... selamat berpuasa.. pandai-pandailah anda semua nak buat apa dalam bulan ramadhan ni... (pesanan ikhlas)
 
keduanya.... daku ingin sangat sangat membuat pengumuman... ALUMNI akan mengadakan majlis iftar... hmm... tak taulah nak kata besar-besaran atau kecil-kecilan... sebab ia bergantung pada kehadiran orang yang sudi hadir... maka sudi-sudikanlah... supaya ia boleh menjadi besar-besaran...
 
majlis iftar ni... sebenarnya nak kumpulkan semua kawan-kawan HIRA'... dari yang paling 'TUA' sampailah yang paling 'COMEL'.....dan juga muallim dan muallimah yang sedang dan yang pernah mengajar kita sejak kita masih comel dulu...
 
ok...ni butir-butir untuk tatapan saudara-saudari sekalian...
 
Tempat: SRI HIRA' Batu Belah...(tertakluk kepada perubahan).. kenapa lokasi ini menjadi pilihan.. adakah kerana ia suatu tempat nostalgia? adakah kerana ia senang dicari oleh semua? adakah ia tak perlu dibayar sewa? adakah ia tempat kita pernah berperang dengan nyamuk semasa kem Qiyadi? adakah MKT nak cari jalan mudah pilih tempat? Adakah mudah untuk tempah makanan dari Muallim ZUL hira' niaga? SEMUA adakah-adakah itu adalah benar belaka kesemuanya... siapa nak tambah lagi silakan....
 
Tarikh: 14 OKTOBER 2006 (Sabtu)....berapa ramadhan ek... kirakan plz....
 
Masa: 2.30pm (untuk AJK2 berkumput) sampai kul 10.30 malam....
 
Pengisian:  1- Ini sebenarnya idea asal MR. PRES... dia nak ajak kita ramai ramai masak bubur lambok... hmmm... dia dah offer diri nak jadi ketua chef.. dan dibantu oleh kawan baik dia dunia akhirat... En. Ubaidah....
 
2- berbuka puasa.....dengan bubur lambok resepi Mr. Pres dan kawannya itu
3- solat maghrib... 
4- makan...
5- solat terawih....
6-  talk show.... by muallim muhaimin...muallim rushdi...(masih tertakluk kepada perubahan, sebab tak contact lagi)
7- bersurai kepada yang nak bersurai...
 
MAKA dengan ini...saya dengan tulus dan rendah hati dan diri...menjemput seramai ramai ramai ramai kawan kawan HIRA' untuk menjayakan program ini....
 
kalo boleh kami nak seramai mungkin untuk jadi AJK ad-hoc.... tapi kalo tak nak jadi AJK pon takpe... datang makan je pon ok... meramaikan majlis..
 
siapa yang berminat nak jadi AJK... meeting akan diadakan kat pejabat Nasyeed.Com pada hari Sabtu ni.... 1 oktober 2005... jam 10pagi....
 
ok...setakat ni  saja.. daku akhiri kalam dengan ucapan... jom ah datang and support program ni....untuk kita semua gak....untuk terus bertaut hati sehingga mati...
 
oh ya....budget juga perlu anda tahu...secara kasar... program ni memerlukan RM1000...untuk makanan kita berbuka dan makanan berat... maka kami adakan sedikit bayaran... iaitu RM5 untuk seorang... tapi kalo sesiapa yang boleh bagi lebih kami amat alu alukan....trimas....
 
 


How low will we go? Check out Yahoo! Messenger’s low PC-to-Phone call rates.
_______________________________________________
Hira mailing list

Kirim email ke