kem ni tanak faci ke?

Balqis Mohamed Rehan <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
 
PROGRAM CUTI SEKOLAH
KEM REMAJA P.E.R.K.A.S.A.
 
Kem Remaja P.E.R.K.A.S.A.... Apa tu?
Ia merupakan satu program khas untuk untuk memperkasakan pelajar-pelajar supaya berkebolehan dalam pelbagai aspek menerusi aktiviti-aktiviti yang 'mengancam', menghiburkan, dan sarat dengan maklumat. P.E.R.K.A.S.A. tidak bermaksud perkasa fizikal semata-semata, bahkan yang paling penting, memperkasakan kefahaman kehidupan di dalam diri setiap peserta.
 
Anjuran siapa kem P.E.R.K.A.S.A ni?
Program ini merupakan program kerjasama BAHTERA CONSULTANT Sdn Bhd dan Quality Expert Sdn Bhd. Dua syarikat ini merupakan syarikat yang berpengalaman dalam mengendalikan program-program pembangunan manusia dan latihan.
 
Ooo... Kem ni untuk siapa?
Program ini terbuka untuk para pelajar tahun 6 hingga tingkatan 5
 
Mmm... Bila program ni?
Ada 4 pilihan tarikh untuk peserta. Tarikh adalah seperti berikut:
 
Menengah Bawah (Tahun 6 - Tingkatan 3)
Kem 1 : 23-26 November 2006
Kem 3 : 7-10 Disember 2006
 
Menengah Atas (Tingkatan 4 - Lepasan SPM)
Kem 2 : 29Nov - 2 Disember 2006
Kem 4 : 14-17 Disember 2006
 
Buat kat mana?
Lokasi program ini ialah di Kompleks Rakan Muda & Perpat Resort, Sementa, Klang
 
Apa yang menarik pada kem ni?
Untuk mencapai objektif memperkasakan para peserta, modul program ini telah disusun dalam bentuk yang menarik dengan aktiviti-aktiviti seperti River Crossing, Saham PERKASA, Berkhemah, Mempelajari kemahiran komputer, night walk, pizza PERKASA dan banyak lagi.
 
Selain dari aktiviti yang menarik, pengendali program ini juga bukanlah penceramah dan pengendali program remaja yang asing lagi di tanah air. Dalam kem ini, peserta akan bersama dengan Ustaz Muhaimin dan Abang Fazrul Ismail.
 
Ustaz Muhaimin adalah ustaz yang cool dan sering memberi ceramah di masjid sekitar Selangor dan luar negara. Abang Fazrul Ismail pula adalah pengendali program remaja yang amat berpengalaman dengan aktiviti menarik. Beliau adalah penulis buku di bawah PTS Publications.
 
Fuiyoo.. menarik tu.... kena bayar berapa?
Untuk pembayaran awal, pelaburan anda cuma
 RM 220
 
Untuk pembayaran lewat (selepas tarikh tutup pendaftaran), pelaburan anda adalah RM 250
 
Tarikh tutup pendaftaran adalah SEMINGGU sebelum setiap program bermula  
 
Ok, macam mana saya nak join?
Untuk menyertai, sila hubungi bahagian urusetia :
Cik Rafidah Bt Abu Bakar
No Tel : 03-5549 2028
No Faks : 03-5542 0425
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://quality-expert.com atau http://bahtera.info

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com _______________________________________________
Hira mailing list



best regards,

  I.M.A.N  

 


Sponsored Link

For just $24.99/mo., Vonage offers unlimited local and long- distance calling. Sign up now.
_______________________________________________
Hira mailing list

Kirim email ke