Note: forwarded message attached.
---------------------------------
Bored stiff? Loosen up...
Download and play hundreds of games for free on Yahoo! Games.
--- Begin Message ---
Original email:
Just nak share one of the mail I receive from seorang hamba Allah...
Assalamualaikum warahmatullah...
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan
sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.
Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai
keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin
& orang2 yang beramal soleh...
Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang
disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya
saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak
yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon
terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang
businessman yang sibuk.
Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di
belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap
pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut
terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak
maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan,
datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.
Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting
untuknya.Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang
la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi".
Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang
balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam
kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya. Bila tiba hampir ke
kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni
lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini.Jadi Micheal terus
rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J.
Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan
segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for"
(Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).
Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga
selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal
tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir
kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu
(basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya
terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?
Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya
berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang
macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita
apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering
berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita
pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?
Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau
berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia
yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit
dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit
dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu
dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan?
Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang
terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah
orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil?
Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana?
Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang
manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?
Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish
for).Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa
yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan
dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi
huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya
imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.Selamat
juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah
meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi.
Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang
lapuk.Pening kepala nak bayar.Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak
kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang
dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan
saya katanya.Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya
dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya,
berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika
sebelum Zuhur.Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah,
petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat.
Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci
Allah...
Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang
terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat
melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita
untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other
side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih
baik dari apa yang kita miliki.
Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah.
Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak
bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar
peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri
mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut
mengalaminya.Siapa yang tak nak gaji besar, kan?
Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke
hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang
metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini,
dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya
memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi
minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji
RM750 pun jadilah.
Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat
RM750.Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun
dah
cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant.Sebagai
trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab
masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la.
Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya
tak cukup juga!
Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar!Sekarang,
ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3
kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak
ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya
panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru
dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.
Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah
beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin
kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang.
Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati.
Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk
hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada
tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya.
Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia
seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat
bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati
esok hari.Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat
(matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka
bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk
kita tanpa ada izin dariNya.
Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran
rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak,
duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di
tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia
cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab
tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.
Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk
besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi,
mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk
telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan
permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai
tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3
minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.
Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan
dia.Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari
Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke
masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya,
kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia
hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah
permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...
Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya
pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan
niat
saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak
saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang
kita
buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita
bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?
Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak
kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita
tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah
pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah
memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang
sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang
sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat
sombong. Wallahu'alam...
Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami
lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat
syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami
insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...
Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup.....
--- End Message ---
_______________________________________________
Hira mailing list
http://alumni-hira.org