Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, mereka yang melakukan kesalahan harus menyerah diri.
 
Apakah dengan menyerah diri sudah bermakna melakukan kesalahah?? Dolah ni dah biol. Siasatan ini begitu cepat. Laporan polis rasuah rafidah dugong, daim konspirator, rahim anak tambi buat tak tau saja. ataupun dah ditenggelamkan?

3 ditahan bantu siasat rusuhan

KUALA LUMPUR, Selasa - Dua pemimpin pembangkang dan seorang bekas pensyarah universiti ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan di ibu negara, kelmarin.

Mereka yang ditahan hari ini ialah Naib Presiden Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Chang Tian Chua dan Ketua Pemudanya, Mohamad Ezam Mohd Nor serta bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Badrul Amin Baharon.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, polis masih mencari 15 orang lagi bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan itu. Antaranya, Ketua Pemuda Keadilan Johor, Lokman Adam dan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Abdul Malek Husin.

Mohamad Ezam dan Tian Chua ditahan di luar perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL), pada jam 11 pagi apabila mereka tiba di situ untuk mendapat penjelasan mengenai penahanan rakan mereka semalam, manakala Dr Badrul ditahan di rumahnya di Taman Desa Jaya, Kepong dekat sini pada jam 6.15 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bandaraya, Senior Asisten Komisioner II Mat Zain Ibrahim, berkata polis sudah mengenal pasti identiti mereka yang akan ditahan berdasarkan siasatan dan gambar.

"Kita akan cuba menyelesai siasatan kes itu secepat mungkin dan kerjasama mereka yang ditahan akan dapat mempercepat siasatan, malah kita akan minta reman ke atas Mohamad Ezam, Tian Chua dan Dr Badrul jika siasatan tidak selesai dalam tempoh 24 jam," katanya pada sidang akhbar di IPPKL, hari ini.

Pagi ini, Tian Chua dan Mohamad Ezam tiba di pekarangan IPPKL pada jam 10.45 pagi dengan diiringi keluarga masing-masing dan disambut hampir 200 penyokong mereka.

Suasana menjadi tegang apabila sebahagian penyokong reformasi tidak berpuas hati dengan layanan polis terhadap Tian Chua, tetapi keadaan dapat dikawal.

Sepasukan anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dengan empat trak, termasuk meriam air turut ditempatkan di depan IPPKL, manakala helikopter Unit Udara Polis berlegar di sekitar kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagaimanapun, sebelum ditahan, Tian Chua memberitahu penyokongnya dan pemberita di luar pekarangan IPPKL bahawa beliau dan Mohamad Ezam datang ke IPPKL bukan untuk menyerah diri, sebaliknya mahu meminta penjelasan polis mengenai penahanan empat rakan mereka.

"Kami datang bukan untuk menyerah diri, tetapi kita mahu tahu mengapa polis menangkap rakan kami dan pejabat kami digeledah," katanya.

Semalam, polis menahan bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali; bekas aktivis pelajar, Hishamuddin Rais; peguam Parti Rakyat Malaysia (PRM), R Sivarasa dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Hatta Ramli, di kediaman masing-masing.

Sementara itu, Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan keempat-empat mereka yang ditahan semalam bersama Dr Badrul Amin Baharon, ditahan reman selama lima hari untuk membantu siasatan polis.

Bagaimanapun, Mohamad Ezam dan Tian Chua akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman, esok.

Mereka direman selama lima hari sehingga 25 September ini bagi membantu siasatan polis berhubung perhimpunan haram di depan Masjid Negara, Sabtu lalu.

Kelima-lima mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis yang boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara setahun, jika sabit kesalahan.

Azmin, Hishamuddin, Dr Hatta dan Sivarasa dibawa ke mahkamah untuk reman pada jam 10.45 pagi dan dibawa keluar dari mahkamah pada jam 6.30 petang.

Mereka dibawa ke depan Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Majistret, P Kathirvelayudham dan peguam yang hadir bagi mewakili mereka ialah Sulaiman Abdullah, M Puruvalen, Roy Prabhakaran dan Mohamad Hanifa Maidin.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, meminta mereka yang belum menyerah diri kepada polis supaya berbuat demikian dan memberi kerjasama penuh dalam siasatan.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, mereka yang melakukan kesalahan harus menyerah diri.

Kirim email ke