Title: RE: H-Net* Azizan! Oh... Azizan, berbulan madu ke mana? - JIKA AKU MENJADI IBU MERTUAMU.....

Good one Ain !!!!!!!!

    ----------
    From:   Nor'ain Eusoff[SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
    Sent:   Wednesday, September 22, 1999 3:43 PM
    To:     'michel mick'; [EMAIL PROTECTED]
    Subject:        H-Net* Azizan!  Oh... Azizan, berbulan madu ke mana?  - JIKA AKU MENJADI IBU MERTUAMU.....
    Importance:     High


    Assalamu'alaikum para penjaring yg dihormati,

    Saya terbaca komen dari saudara "Michel Mick" berkenaan dengan Si Azizan berbulan madu di........(dalam sangkar)!  Bukan nak ketawakan macam mana, tapi ia adalah sesuatu yg paling patut kita jadikan IKTIBAR....  ALLAH Ta'ala itu MAHA AGUNG, MAHA PENGASIH, MAHA ADIL tapi bukan MAHA-"THIR"!  Sedikit demi sedikit akan terus KEBENARAN ditunjukkan olehNya.  ALLAH IS THE BEST PLOTTER....  MasyaAllah!

    Saya terfikir, setelah sejenak "melayar" sebentar ke Laman R4MC, saya tiba-tiba "imagine", seandainya saya menjadi ibu kepada Norhayati........ soalan pertama yang akan saya tanyakan Azizan ialah:

    "Azizan, enko ni nak kahwin dengan anak aku, apa enko betul-betul ke boleh jadi suami yg baik, tak buat perangai lama yg biarkan orang t*t*h p*ngk*k enko.....??"  Jika anda Azizan (yg memang "terdesak" juga untuk berkahwin), apakah jawapan anda kepada ibu mertuanya itu??

    OK, siapa boleh jawab, baru boleh kahwin dengan anak saya!  (Kononnya saya ni ibu pada Noryahati, lah ya!)

    Next........  sebagai ibu (yg berfikiran rasional), sudah tentu saya TERAMATlah  MALUnya kerana mendapat seorang menantu yg kredibilitinya BOLEH dipertikaikan, jadi sudah tentu saya sebagai seorang ibu akan bertanya kepada bakal menantu saya ini:

    "Azizan..... mak cik TAK  boleh terima enko sebagai menantu seandainya enko masih nak berdalih.  Beritahu mak cik sama ada benar ke tidak enko diliwat oleh Datuk Seri seperti yg enko dakwa?".    Jika anda adalah Azizan, apakah jawapan terbaik yg akan anda beri?

    Jawab, jangan tak jawab!  Lepas tu baru boleh kahwin dengan anak saya!

    Next........sebagai seorang ibu yg tidak mahu anaknya disia-siakan hanya kerana nak melepaskan "anjing tersepit" dari didakwa, sudah tentu saya akan mendesak Azizan untuk mengaku di depan tetamu-tetamu saya supaya Azizan berkata saja yg benar, agar nama baik keluarga saya (sebagai ibu Norhayati) tidak terus tercemar, tambahan lagi bila anak saya si Norhayati tu ditangkap basah.  So, next question will be:

    "Azizan, sekiranya enko benar-benar jujur dan ikhlas, untuk mengelakkan mak cik dari terus menanggung malu yg teramat sangat bolehkah enko membuat pengkuan terbuka secara IKHLAS dan JUJUR?"  Jika anda adalah Azizan, apakah anda akan menjawab perkara yg sebenarnya? 

    Ya, sesungguhnya Azizan telah berkahwin..... kita memang tidak boleh pertikaikan.  TAPI, seandainya Azizan benar-benar jujur ingin memperisterikan Norhayati (jika kita bersangka baik)...  MENGAPA MESTI TIDUR SEKATIL TANPA NIKAH DULU?  Nak "test drive" ke?  PROTON Wira bolehlah nak test drive sebelum beli, tapi ANAK DARA orang, engkau nak test drive juga, alamat nak kena pelangkung kepala tu!

    KESIMPULAN yg dapat saya gambarkan ialah:  Sebagai seorang ibu (yg rasional), sudah pasti saya amat malu kerana anak saya akan berkahwin dengan orang yg telah diliwat.  Jadi, cuba saudara-saudara fikirkan; tidakkah keluarga Norhayati terfikir untuk menanyakan soalan-soalan sebegini kepada Azizan???  Takkan dengan sewenang-wenangnya membenarkan Norhayati berkahwin, walaupun kerana hanya hendak menutup malu??  Apakah perkara MENUTUP malu itu menjadi ASAS UTAMA kepada pernikahan itu??  Kalau begitu, perkahwinan itu bukanlah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w Junjungan kita.

    Jadi, sesiapa jua yg terlibat secara langsung mahupun tidak secara langsung; kongsilah pengalaman dengan kami; tidak adakah pengakuan Azizan semasa hendak khutbah nikah?

    ****Ini saya petik dari LR:********
    ====================================
    "Azizah telah mengaku bahawa diia TIDAK diliwat oleh DSAI di depan bapa mertuanya ketika upacara akad nikah hendak dijalankan". 

    ====================================

    ***Jika pengakuan ini adalah benar, apakah peguam-peguam DSAI boleh menggunakannya sebagai suatu advantage di mahkamah??***

     Fikirkanlah wahai tuan-tuan dan puan-puan!


    Sekadar meluahkan rasa musykil dan ingin tahu, maaf jika ada perkataan yg kurang sopan. 


    Wassalam







Kirim email ke