*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ MEGA TOUR Berjaya sekali nampaknya "konsert mega tour King ThirMania" yang baru saja dikhatamkan juzuk akhir lawatan di negeri Indera Kayangan. Kelihatan sokongan yang amat padu yang boleh ditafsirkan sebagai petanda baik bagi meneruskan "perjuangannya yang masih belum selesai...................". Seperti biasa, dia seolah -olah memberikan isyarat yang sama, iaitu ada petanda baik untuk diadakan pilihanraya buat masa ini. Namun umpama satu hikayat usang yang disiarkan berkali-kali dalam sebuah surat khabar lama, tak mungkin sama sekali jiwa anak jantannya berani untuk mengisytiharkan tarikh pilihanraya ketika ini. Lebih-lebih lagi di tengah kemelut keracunan arsenik bekas anak didik kesayangannya saudara Anwar Ibrahim. Khabarnya dia masih belum merasa berpuas hati akan konsert kali ini. Gelombang reformasi yang selama ini dianggapnya seperti sebutir buih di lautan, rupanya semakin menggelegak dan meruap-ruap di dasar lautan. Mana tahu kalau secara tak diduga, muncul naga besar dari dasar lautan yang akan menghumbankan takhtanya ke Laut China Selatan? Oleh itu dia bakal mengadakan konsert pusingan kedua dalam sedikit masa lagi. Konsert mega tour nya kali ini agak berlainan sekali formatnya. Mungkin atas nasihat para ahli fikir yang tawadhuk seperti Ibrahim Ali dan yang sewaktu dengannya, wujud beberapa kepelbagaian dalam persembahan konsert kali ini. Yang cukup menyerlah adalah gandingan duet bersama artis yang mengundang cemuhan dari pimpinan Parti Alternatif. Dimulakan dengan ucapan dan sendaloka dan diakhiri dengan lenggok gemalai artis seperti Nurhaliza, Ziana, dan Senario. Itu sudah cukup untuk memukau para pengunjung ke konsertnya. Ramai yang terpaku . Bukan kerana suara serak basahnya yang lantang mencerca individu seperti Tok Guru Nik Aziz dan Haron Din. Tetapi kerana lenggang-lengguk Nurhaliza dan Ziana. Jika tiadalah insan artis yang turut membantu dalam konsert kali ini, sudah pasti insiden " mu tubik, aku tubik" (atau engkau balik , aku pun nak balik sama) seperti di Seremban akan berulang lagi. Manalah mamanda menteri perdana nak letak muka wahai kawan? Dia tidak menghadirkan diri untuk bersidang bersama para pemimpin di APEC. Alasannya kerana kesibukan tugas di Darul Ehsan. Jelajah di Darul Ehsan baginya lebih bermakna dari bertemu muka dengan seterunya seperti John Howard, Al-Gore, Joseph Estrada dan lain-lain. Dia amat tidak betah sekali untuk bertemu mata dengan sesiapa saja yang pernah mengkritiknya. Pemimpin dunia ketiga yang sering berpelukan dengannya dalam setiap persidangan Selatan-selatan juga nampaknya sudah semakin menjauhkan diri darinya. Barangkali mereka juga sudah "termakan" akan artikel yang ditulis oleh Munawar Anees mengenai fahaman ganjil "nilai-nilai Asia" yang dianuti oleh pemimpin ini. Dia melintasi Laut China Selatan untuk meraih sokongan anak-anak wilayah Utara Kalimantan. Terhangguk-hangguk dia mendaki kaki Gunung Kinabalu. Malah kalau ada sesiapa dari anak jati di kaki Gunung Kinabalu yang sanggup berkongsi sumpit dengannya, sudah pasti dia akan turut serta untuk berburu di hutan barang sehari dua. Namun keadaan lahiriahnya yang uzur dan sememangnya telah lanjut dimamah usia, tidak memungkinkan dia berbuat sedemikian. Cukuplah sekadar bersantai di Pulau Labuan untuk meneruskan konsert mega tournya. Dalam kesibukannya bersantai di kaki Gunung Kinabalu, timbul satu persoalan. Di manakah pasangan duetnya yang setia ? Ada khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa nyonya perawan itu berada di salah sebuah Pusat Perubatan di ibu kota kerana gering. Di Indera Kayangan dia membuat satu seruan yang amat menyentuh hati. " Wahai ahli PAS, bertaubatlah!". Rangkap nyanyiannya sungguh merdu dan menusuk ke jantung kalbu. Mungkin boleh meluruhkan hati para pemuda keturunan Siam di Indera Kayangan yang selama ini berada di atas pagar." Merekalah assobiyah, merekalah yang taksub...........", pekiknya memanjang. " Mereka kata Tuhan mencarut............", tambahnya lagi. " Tolak mereka..............", dia menyeru dengan penuh rasa insaf bagi meraih sokongan terhadap perjuangannya yang masih belum selesai. Kemeriahan konsertnya tiba-tiba diselimuti awan hitam. Di tengah kota metropolitan, para jemaah menyahut seruannya dengan menunaikan solat berjemaah di Masjid Negara. Disertakan dengan solat hajat dan laungan reformasi . Dia digesa untuk berundur. Ini gara-gara air kencing bekas anak didik kesayangannya yang didakwa keracunan arsenik. Solat, doa , dan zikir munajat bergaung di ruang angkasa masjid. Para reformis makin bertakbir. Soldadu berbaju gelap persis warna gagak hitam menyemburkan gas dan air beracun ke arah para jemaah. Diterajang , dibelasah serta digari akan tangan para reformis dengan penuh kemesraan. Dia mendengar akan berita ini semasa mengakhiri konsertnya. Lantaran dengan selambanya dia menutup konsert mega tournya dengan kalimah : " BUKAN BUDAYA KITA................................". Lagu ala-canggung Indera Kayangan turut menjadi muzik latar mengiringi setiap patah senikata dalam lagu " Bukan budaya kita." Watikah memorandum dari rakyat kepada raja telah seminggu tersimpan di istana. Ianya masih tinggal sepi di balai rong seri tanpa bicara. Mungkinkah itu satu petanda bahawa rakyat akan terus menantikan satu lagi konsert mega tour King ThirMania yang ke 2? Wassalam PAK ENGKU __________________________________________________ Do You Yahoo!? Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Engku Hamid Engku Seman <[EMAIL PROTECTED]>