*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ WARGA USIA EMAS Kepelbagaian taktik untuk menarik kembali sokongan rakyat terhadap BN kini semakin ketara. Selain dari umpan "artis", kini warga tua pula yang menjadi mangsanya. Kali ini dengan umpan hamper. Bertempat di sebuah Klinik Kesihatan di sebuah kampung di Negeri Sembilan, satu majlis bagi meraikan Warga Usia Emas (warga tua) telah diadakan pada 25 September 1999, jam 9.30 pagi. Selain daripada mendengar ucapan dari Pengarah Kesihatan Negeri, MB N. Sembilan juga telah mengambil kesempatan memanipulasikan majlis ini untuk memancing undi. Hamper telah diserahkan kepada kesemua warga tua yang hadir. Hamper tersebut mengandungi sekampit gula (1 kg), biskut, teh, milo, mee hoon dan 2 tin susu. Terdapat empat buah khemah disediakan untuk warga tua pelbagai kaum dari kampung sekitar dalam kawasan DUN berkenaan. Kemuncak majlis adalah penyampaian hadiah bagi pertandingan gigi bersih yang telah dimenangi oleh warga tua dari kaum India (kerana kaum India difahamkan pandai menjaga gigi dan telah menggunakan sumber asli seperti arang untuk menggosok gigi). MB N. Sembilan juga telah mengajak Warga Usia Emas untuk satu lagi majlis yang akan diadakan dalam sedikit masa lagi bagi tujuan pemeriksaan kesihatan. Beliau juga akan berusaha untuk mendaftarkan Warga Usia Emas untuk Tabung Bantuan Bagi Mengerjakan Haji. Hebat! Selama 3 penggal menjadi wakil rakyat di DUN berkenaan, inilah kali pertama beliau diilhamkan oleh Allah untuk menghantar Warga Usia Emas ke Mekah. Bukankah ini satu rasuah politik? Antara lain ucapannya, beliau telah menyeru masyarakat Warga Usia Emas untuk terus memilih BN pada pilihanraya akan datang. " Ama, Appa, mesti terus sokong BN", katanya kepada warga tua dari kaum India. " Kalau pilih PAS, nanti melepas" , tambahnya lagi kepada hadirin. " Dulu kita ingat bila Jepun datang ke negara kita, kita boleh merdeka. Apa yang kita dapat? Pelempang Jepun", katanya dengan penuh semangat patriotik. " Jangan ikut macam orang kat KL tu, merusuh tak tentu pasal, hanya kerana nak sokong Anwar", ujarnya lagi tanpa menyedari akan kehadiran beberapa "spy" dari Parti Alternatif. Tidak juga beliau sedari bahawa ketidakhadiran Ketua UMNO dari DUN berkenaan yang merupakan anak watan kampung berkenaan , menjadi satu tanda tanya besar sama ada sokongan masyarakat setempat terhadapnya masih utuh atau telah luntur. Ada berita yang bertiup kencang mengatakan bahawa masyarakat dari DUN berkenaan akan menolak beliau untuk meneruskan khidmat sebagai wakil rakyat bagi penggal ke 4. Hubungan beliau dengan Ketua UMNO dari DUN berkenaan juga dikatakan semakin meruncing, sekali gus enyukarkan beliau untuk mengatur gerak gempur menjelang pilihanraya akan datang. Semoga minda warga usia emas di DUN berkenaan dapat dimerdekakan daripada penjajahan selama 3 penggal oleh Isa Samad. Wassalam Pak Engku __________________________________________________ Do You Yahoo!? Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Engku Hamid Engku Seman <[EMAIL PROTECTED]>