*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ASSALAMUALAIKUM Saudara/i sahabat ku yang dikasihi, disayangi, diingati dan dirahmati Allah sentiasa. Bertemu kembali kita di komunikasi cyber maya ini, setelah sekian lama ditinggalkan. Izinkan saya berbicara seketika. ADA FAHAM KA??? Ucapan ini adalah secara spontan dan adalah tidak disangka ianya boleh dipolitikkan. Apabila diajukan persoalan sedemikian, tidak terlintas di hati ini ada perasaan ego @ sombong @ ta'bur @ etc! Cuma pemikiran mereka yang lemah sahaja yang membuat spekulasi yang disalah-ertikan. Bila disoal sedemikian saja, diri mudah terasa. Kalau ya pun diri terasa ada memiliki kelemahan dan kejahilan, mengaku sajalah. Gentleman! Jangan menipu diri sendiri. Seperti saya juga, kalau saya tidak tahu sesuatu perkara itu, terus terang yang saya akan katakan saya tidak tahu. Tak da nak pusing-pusing nak belit-belit! Kalau diri kita lemah, maka wajiblah kita perbaiki akan kelemahan yang ada itu. Bukan menafikannya! Ahli atau pengamal Tariqat/Tasauf, tidak sekali-kali bersifat sombong bodoh, ego, ta'bur dan membangga diri what ever! Jikalau sifat-sifat mazmumah (terkeji) ini ada di dalam hati-hati para Sufi, maka ia tidaklah dinamakan ahli Sufi atau pengamal Tariqat. Kalau ia ada sekalipun sifat-sifat keji itu, maka sahihlah ada yang tidak kena di dalam amalannya, perbuatannya. Sesuatu yang tidak mustahil! Setelah disemak-semak kembali perbincangan di dalam hizbi.net ini, masih ada lagi yang mempertikaikan persoalan Wahdatul Wujud! Tasauf dan Tariqat! Ada faham ka??? Perkara yang diperbincangkan ini sudah saya ulaskan pada jawapan-jawapan yang terdahulu. Jadi adalah tidak perlu untuk saya mengulang-ulangkannya. Saudara-saudara yang mempertikai dan memperlekehkan hal-hal berkenaan Wahdatul Wujud, Tasauf dan Tariqat ada benar-benar faham ka, perkara yang dipersoalkan tersebut??? Ada yang mengatakan Wahdatul Wujud ini sesatlah, bid'ah-lah, murtadlah, syiriklah dan berbagai-bagai lagi. Ada yang mengatakan Wahdatul Wujud ini dari ajaran Yahudi dan Nasrani. Berfalsafah Yunani pula. Ada yang mengatakan bila saja kita belajar ilmu Wahdatul Wujud, diri akan mendakwa "bersatu" dengan Tuhan (atau manusia itu menjadi Tuhan), apakah bendanya niii, nauzubillahiminzalik! Ada faham ka depa-depa yang membuat tuduhan dan fitnah yang tersangat jahat ini??? Saranan saya mudah saja, kalau saudara-saudara tidak tahu atau pun tidak arif di dalam memberi hujjah tentang perihal Wahdatul Wujud ini, maka adalah lebih baik anda-anda semua ini "duduk diam-diam" ataupun "pi main jauh-jauh"! Ini nasihat saya! Jauhilah daripada membuat fitnah yang belum tentunya anda sendiri mengetahui apa yang sudah anda membuat tuduhan dusta terhadap ilmu Allah ini. Maka adalah lebih baik saudara-saudara belajar dan belajarlah lagi daripada Guru yang Mursyid dan dari kalangan ahli-ahlinya! Ada pula yang menafikan Tasauf dan Tariqat ini bukannya bersumber dari Sunnah Rasulullah SAW. Tiada dalam Hadis dan tidak terdapat di dalam Al-Quran. Tuduhan-tuduhan ini adalah berupa "streotype" yang sering diulang-ulang tayangannya apabila depa-depa ini tidak berpuas hati dengan kelompok yang menyebarkan syiar ilmu Kesufian dan kerohanian, di dalam menuju jalan ma'rifatullah. Mengapa perlu saudara-saudara memusuhi/dengki khianat dengan pengamal/pembawa aliran ilmu Tasauf ini??? Adakah ini yang diajarkan oleh Islam supaya memusuhi pembawa "amanah" Allah??? Ada faham ka??? Mengapa sakitnya hati-hati anda terhadap golongan penyebar ilmu Tasauf ini??? Sedangkan ahli-ahli Sufi, pengamal dan penganut fahaman Tasauf ini tidak sedikit pun pernah memusuhi puak-puak yang lain daripada fahaman mereka. Diri saya sendiri tidak diajar supaya memusuhi kelompok dari golongan fahaman lain! Mengapa perlu dicemburui amalan ibadah dan perjuangan mereka??? Jika dinisbahkan kepada dosa dan hukum, kita semua mengetahui dosa orang yang membuat fitnah adalah lebih besar daripada dosa orang yang membunuh! Tetapi...mengapa dosa membuat fitnah juga yang kita pilih??? Ada faham ka??? Ada pula yang mengatakan puak-puak Tariqat ini tidak payah solat (sembahyang) cukup sekadar niat saja, tidak puasa, tidak haji, tidak zakat dan bermacam-macam tidak lagi! Apakah bendanya niii tuan-tuan oiiii.... Tok Guru mana yang habaq tak payah sembahyang niii??? Kitab dan hukum mana yang depa pakai niii, mai habaq kat saya! Ini bukannya sekali-kali ajaran Tariqat dan Tasauf wahai adik-adik dan abang-abang oiii....Tidak ada kena mengena langsung dengan perbuatan terkutuk dan sesat ini. Ajaran-ajaran sebeginilah baharu boleh kita mengatakan yang ianya adalah SESAT dan begitu MENYESATKAN! Ada faham ka??? Ilmu di dalam ajaran Tasauf dan Tariqat tidak sekali-kali mengajar atau menyuruh umat Islam supaya tidak payah sembahyang, puasa , zakat dan haji! Ilmu Tariqat dan Tasauf adalah ke arah pembaikan akhlak dan budi pekerti pengamalnya di dalam menuju keredhoan Allah Ta'ala. Lebih tepat kita katakan "Ma'rifatullah" yakni kenal Allah Ta'ala dengan sebenar-benar pengenalan. Kenal yang zahir dan kenal pula yang batin! Puak-puak yang tak solat (sembahyang) tuuu, tak puasa, tak zakat dan tak haji tuuu semuanya bukan dari kalangan ahli Tariqat dan Tasauf! Itu adalah puak sesat, bid'ah, murtad dan yang tidak bertamadun dengan hukum Allah SWT. Jangan sekali-kali cuba kaitkan perbuatan-perbuatan yang terkutuk, melampau dan sesat itu, disamakan (dinisbahkan) dengan ahli Tariqat dan Tasauf pula. Ada faham ka??? Jangan menggunakan (kaitkan) nama TARIQAT dengan ajaran-ajaran ilmu kebatinan, sihir dan ilmu hitam. Ini akan merosakkan kebenaran dan memecahbelahkan ilmu Allah yang haq dengan sebanyak-banyaknya fitnah yang dilemparkan! Kalau nak berdiskusi perihal Tasauf/Tariqat, biarlah kena pada tempatnya, faktanya dan sumber-sumber yang jelas serta mempunyai hukum. Jangan ikut sesuka hati kita membuat tafsiran. Kelak diri kita akan dibinasakan Allah SWT. Jadilah manusia yang rasional dengan ilmu dan hukum Allah, serta dikemaskan dengan Sunnah Rasulullah SAW. Zikir dan fikir! Renungi apa itu nikmat, rahmat dan hikmah yang Allah perturunkan pada setiap penzahiran tingkah-laku dan perbuatan. Ada nampak tidak nampak??? Ada faham ka, tidak ada faham ka??? Kalau mata hati kita terus-terusan kabur, kabus dan berjerubu maka itulah tanda-tandanya BUTA MATAHATI! Buatlah lagu mana pun! Tokse gi doh...tokse gi! Keikhlasan di dalam berilmu dan ibadat sudah tiada, yang ada hanya "wujud diri", sombong dan ego dengan "keAKUan". Kononnya mendakwa akulah berilmu, akulah betul! Orang lain sesat, bid'ah, murtad dan kafir! Inilah mainan nafsu yang bertahta di "Istana Iblis" yang terletaknya di hati setiap manusia. Wahai rakan-rakan sahabat ku Muslimin dan Muslimah, kembalilah menghayati ilmu Allah ini dengan semangat jiwa yang tenang, ikhlas dan jujur. Jadilah manusia yang berilmu dan bermaklumat, ketepikan fahaman dan ideologi di dalam menuntut ilmu Allah ini. Hanya syariat dan hakikat yang mantap, boleh membawa kita menuju ke jalan ma'rifatullah, di dalam erti kata kenal Allah Ta'ala dengan sebenar-benar pengenalan. Akhir sekali, jangan biarkan nanti sampaikan satu saat dan ketika Allah Ta'ala meragut semangat KECINTAAN dan MA'RIFAT-NYA daripada hati setiap insan daripada kita ini. Jikalau KECINTAAN dan MA'RIFAT-NYA diragut, menangiskan dengan air mata darah atau nanah sekali pun, di saat itu sudah tidak berguna lagi. KECINTAAN dan MA'RIFAT-NYA hanya sekali "seumur hidup" dan tidak untuk kali kedua! Oleh itu berhati-hatilah! Dan seperkara lagi saya memberi peringatan dan amaran, jangan sekali-kali anda "me-la'nat" ahli-ahli Sufi yang besar seperti Ibnul 'Arabi. Ianya adalah cukup mengaibkan bagi mereka-mereka yang berfikiran jumud dan ianya samalah juga dengan manusia yang SOMBONG BODOH! Jangan mengundang masalah, sedangkan anda yang membuat masalah. Dan jangan sekali-kali menjadi "jahil wara'" ADA FAHAM KA??? Wallahu ta'ala a'lam....... Wassalamu....... Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri P/S : Kepada shabat-sahabat ku saudara/i (dari luar dan dalam negara) yang dikasihi, sekiranya ada email-email saudara/i yang tidak kesampaian untuk dibalas, saya memohon maaf. Saya tidak mempunyai ruang dan masa yang spesifik. Anda boleh reply semula jika mahu! Harap Maaf! Segala kesulitan amat dikesali! ______________________________________________________ Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>