Title: SHORT BREAK: LAWAK PETANG-PETANG

Assalamu'alaikum..... 

Asyik  bicara pasal hal politik dan hal-hal semasa, apa kata kita lawak kejap?

Happy reading, yg mana terkasar bahasa tu minta maaf siap-siap, noo....!

========================================================================

Lawak 1:  Hadiah Harijadi

Sepasang suami isteri sedang berehat di balcony rumah mereka.  Hari itu adalah harijadi si suami yg ke-40 tahun.  Mereka minum petang bersendirian kerana anak-anak ke sekolah.

Isteri:         Bang, selamat ulangtahun ke-40.  Dah 12 tahun kita kahwin.  Hadiah pun dah macam-macam saya beri.... err... apa yg tak beri lagi?  Kasih, sayang, anak-anak, wallet, kasut, minyak wangi, cincin suasa berbatu delima, baju, semua kesukaan abang dah saya beri.   Kali ni tak ada apa-apa yg istimewa, unless abang beritahu sayalah apa yg abang mahu......!

Suami:  Alah hai.... Yang oi..... abang tak minta apa-apa....  tapi, kalau yg ni Yang boleh bagi kat abang, kecil tapak tangan stadium Bukit Jalil abang tadahkan.

Dengan nada "excited" isteri pun berkata:  Ha... cepatlah bagi tahu bang.... kalau mampu, saya sediakan!

Dengan muka selamba, si suami menjawab:  Boleh abang kahwin lagi satu??

Si isteri dengan muka merah padam terus berlalu dari situ dan berkata dalam hati:  Kurengg asam betul laki aku ni!!  Menyesal aku tanya....!

Moral:  Jangan suruh husband beritahu apa lagi yg dia hendak untuk hadiah harijadinya!

=========================================================================

Lawak 2:  Perang Dingin

Sepasang suami isteri berselisih faham... perang dingin pun melanda.  Depa berdua ni pun tak bertegur sapa....  kira "silent war" lah ni.  Pada malamnya, si suami telah menulis nota berbunyi begini:

"SAYA HARAP AWAK BOLEH KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.45 PAGI SEBAB NAK PERGI KERJA AWAL SIKIT!"  dan nota itu diletakkan di sebelah bantal si isterinya.

Pada pagi esok.......si suami terjaga....  Di atas dadanya ada nota dari si isteri yg berbunyi:  "ABANG, ABANG, BANGUN!  DAH PUKUL 8.30 PAGI, SAYA DAH NAK PERGI KERJA.  KALAU AWAK TAK BANGUN NASIB AWAKLAH!"  Alangkah terkejutnya si suami bila mendapati bahawa waktu yg sebenarnya ialah pukul 9.00 pagi!!!

Moral:  Jangan ajar itik berenang, OK suami?


Sekian.... semoga release tension anda hari ini.....

Wassalam

Kirim email ke