*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ salam, buku Mengenal diri & Wali Allah tu telah ambo belek2 isinya. Kalau dibandingkan dgn buku2 lain misalnya kitabu tauhid karya Syk Muhammad Abd Wahab, Al Furqan bainal Haq wa Batil karya Ibnu Taimiyah misalnya, kita dapati kitabu tauhid dan alFurqan tu 85% dari isinya penuh dgn dalil alQuran dan Sunnah manakala buku mengenal diri tu sebaliknya. Isi kitabu tauhid dan alFurqan tu straight to the point manakala buku mengenal diri tu sebaliknya. sesiapa boleh bawak buku/kitab apa dan mana sekalipun, banyak mana sekalipun, karya syekh besar mana sekalipun, tapi pertimbangannya mestilah di dasarkan syarak, dilihat melalui kacamata wahyu dari alKitab dan Sunnah kemudian, dlm buku mengenal diri tu memang ada disebutkan mengenai fana,wahdatul wujud, tersyuhud dan seumpamanya dan menyebutkan nama2 model sufi misalnya alHalaj alJauzi dlm kitabnya Talbis Iblis yg diterjemahkan sebagai Belitan Iblis dlm membicarakan bab belitan Iblis terhadap Kaum Sufi mengatakan bahwa telah ijmak para fuqaha mengkafirkan fahaman alHalaj (wahdatul wujud). pengarang "ila atTasauf ya 'ibadillah" Abu Bakr Jabir AlJaziri dlm membahaskan usul fana mengatakan "adapun perkara2 sesat spt bingung, mabuk, fana, fana pada fana, musnah dan seumpamanya itu tidak lebih drpd pendahuluan utk berdusta, utk membuat batil dan fasid. Ia sengaja diciptakan utk menghasilkan natijah buruk dan rosak iaitu fahaman hulul (reincarnation) dan wahdatul wujud (kesatuan Tuhan dan makhluk)" Syaikh ABu Bakr menambah lagi : "saya tegaskan di sini bahwa mengenai apa yg dinamakan fana itu tak pernah tersebut dlm alKitab maupun Sunnah, tidak pernah diketahui oleh golongan salaf dr umat ini. Ia adalah sebenarnya tipu daya tasauf, penyesatan dr syaitan, ciptaan yahudi sedunia dan Farsi yg bertujuan utk mengkufurkan kebanyakan dr umat Islam utk memasukkan aqidah mrk ke dalam islam yg suci. demikianlah yg dilakukan musuh - maka celakalah nasib org yg tidak kenal akan musuhnya" Allah maha mengetahui... Zakki <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > Perlu di fahami (berdasarkan tulisan saya tersebut): > > a) Pertama - saya bukanlah insan yang terbaik untuk memberi penjelasan mendalam > tentang pekara ini. Saya hanya sebagai perantara dan penyampai akan apa yang > saya temui dan fahami sehingga ke saat ini. > > b) Kedua - apa yang saya tulis bukanlah dari "pendapat peribadi" saya, tetapi ia > merupakan sedutan dari Buku "Mengenal Diri dan Wali Allah" karangan Ustaz > Mustapha Mohamed Al-Jiasi (Al-Ahmadi), di alamat S/20-6416-A, Jalan Raja Dewa > Hulu, Kota Baru, Kelantan. Buku ini telah di cetak sebanyak 20 kali sejak > 1976. Jawapan terbaik dan alangkah baiknya jika penulis iaitu Ustaz Mustapha > tersebut yang dapat memberi jawapan tambahan dan mendalam. > > c) Ketiga - apa yang saya tulis, hanya sebahagian dari isi kandungan buku > tersebut. Sebenarnya, maseh banyak maklumat yang terdapat dapat buku tersebut > yang ada kaitan dengan Wahdatul Wujud dan perlu ia fahami terlebih dahulu, > seperti Af'al Allah, Asma' Allah, Sifat Allah dan Zat Allah, termasuk Roh, Nafsu > dan Akal. > > d) Keempat - Perlu di fahami, Wahdatul Wujud (mengikut pengarang buku tersebut), > bukan lah suatu fahaman atau falsafah. Dan saya sendiri memahami dan mengerti > maksud tersebut. > > Komen dari saya: > > Pertama - sebaik-baik nya kita biarlah Berfikiran Terbuka (Open Minded), di mana > kita bersedia menerima pendapat dan penerangan dari orang lain. > > Kedua - perlu di fahami, setiap manusia ini (sewaktu di Alam Dunia) kejadiannya > atau komponennya terbahagi kepada 2 unsur utama iaitu: > a) Alam Nyata, iaitu apa yang dapat kita lihat dengan mata kasar kita, juga > meliputi jasad (badan) dan semua anggota kita. > b) Alam Ghaib, iaitu apa yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar kita, > tetapi kita fahami dan yakin, ianya ada dan wujud. Malah roh itu sendiri kita > yakini, ia wujud sebelum jasad di lahirkan dan di cantumkan semasa di bumi (alam > nyata). Sama juga tenaga eletrik, ia wujud tapi kita tidak nampak, kita tahu ia > ada apabila lampu menyala. > > Ketiga - perlu di fahami, tajuk / perkara apa yang di bincangkan adalah > berkaitan dengan bab alam ghaib. Sebab itu lah kita di minta pelajari Bab Hati > dan Mengenali diri sendiri, dan juga Tasauf (kerana tasauf merupakan teras maqam > ihsan). Apa yang ada pada diri kita ini, perlu di fahami dan di kaji > betul-betul, terlalu banyak rahsianya. ____________________________________________________________________ Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at http://webmail.netscape.com. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>