*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
--- Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Tulisan sdra
Bagaimanakah saudara hendak MENENTANG WAHABI sedangkan
kaum yang MENGANGOTAI gerakan Wahabi ini adlaah
berasal ndari Najd. Kaum yang menjadi PENDUDUK ASAL
Najd di Hijaz itu adalah Bani Tamim. Bani Tamim
ini pula DIPUJI oleh Nabi SAw dan dikatakan oleh Nabi
SAW sebagai PARA PENENTANG DAJJAL YANG PALING
KUAT SEKALI PENENTANGANNYA.
Ulasan saya
Bagaimana dengan kisah "Tragedi Bi'er Ma'unah ragut
70 jiwa" yg mana Rasulullah mengatakan bahawa Kaum
Najd adalah satu kaum yg khianat?, sila refer pada
tazkirah Tuan Guru Nik Aziz dlm http://come.to/harakah
utk 10 Sept. Bani Tamim ini pernah disebut oleh bekas
pimpinan no 1 Al-Arqam. Al-Arqam claim Bani Tamim ini
kemungkinan dari golongan beliau.
Kedua.. Boleh bagi salasilah Muhammad Abdul Wahab
ini?.
Tulisan sdra
Apa yang dibuat oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahab
adalah SELARAS dengan Hadeeth Nabi tersebut keranar
beliau menentang KESESATAN sedangkan KESESATAN ini
adalah
ASAS kepada PEJUANGAN DAJJAL. Ingat, Dajjal nanti
akan menipu manusia dengan menggunakan NERAKA dan
SYURGA. Ertinya Dajjal akan menipu umat Islam dengan
menggunakan AJARAN ISLAM itu sendiri.
Samalah para Sufi yang menggunakan ajaran Islam untuk
MEMBENARKAN AJARAN MEREKA.
Ulasan saya
Itu pandangan sdra, kita lihat nanti sapa yg akan
ikut Dajal, Wahabi atau Sufi yg hak. Sedangkan makanan
pada waktu Dajjal dtg adalah zikirullah. Sapa yg
banyak zikirnye kapada Allah, akan menolak Dajjal, tak
kira dia wahabi atau Sufi yg hak.
>
> Ini termasuklah pembunuhan seorang Mu'azin buta yang
bersalawat
> memuji-muji Rasullullah SAW setelah mengumandangkan
azan.
Tulisan sdra
Semua ini adalah FITNAH terhadapa Imam Muhammad Abdul
Wahab serta gerakannya.
Semua ini adalah cerita2 dongeng yang dibuat2 untuk
memburukan Wahabi/
Ulasan saya
Bila di bawa fakta terkena btg hidung, di katakan
fitnah, yg kamu fitnah sufi itu tak pa?
Tulisan sdra
Dunia sekarang telah jelas bagaimana di Dagestan,
seorang MUFTI yang KHALF lagi Sufi menyokong Russia
Kafeer La'natullah menetang usahs JEEHAD yang
diusahakan oleh para WAHABBI dan SALAFI.
Ulasan saya
Bagaimana dgn Al-Marhum Ben Baaz, Mufti Arab Saudi
(pendokong Wahabi) yg mengeluarkan fatwanya yg
menghalalkan Tentera Kafir Amerika dan sekutu2nya
berkampung di Arab Saudi dan menyerang Iraq!, Apa
komen sdra. Mufti membenarkan org kafir serang org
islam di Iraq?.
> Muhammad Abd Wahablah Syaitan ke2 dari Najd setelah
Musailamah al-Kazzab yang
> dimaksudkan oleh Rasullullah SAW di dalam hadith
berikut:
>
> "Di akhir zaman seorang lelaki akan muncul dari
negeri Musailamah; dia
> akan mengubah agama Islam."
>
> "Kekasaran dan ketandusan jiwa itu berada di Timur
(Najd), keimanan
> yang sejati itu berada di kalangan orang2 Hijaz".
Tulisan sdra
Mengapa ada hadeeth Nabi SAW memuji kaum yang hidup di
Najd tersebut, yakni
Bani Tamim?
Ulasan saya
banyak puak claim dia dari golongan Bani Tamim,
dulu Al-Arqam, now wahabi, esok sapa tak.. so masing2
boleh claim. tak salah. ikut tafsiran masing2.
Tulisan sdra
Juga, perlu diingati bahawa HADEETH di atas TIDAK
DIBUKTIKAN kesahihannya
oleh penulis sedangkan hadeeth memuji kaum bani tamim
adalah SAHIH.
> Dalam konteks ini Ibn muhajir menumpang platform
ASWJ untuk mengkritik
> tasawuf yang haq. W/hal ramai ulamak2 ASWJ dari
keempat2 mazhab
> mengamalkan tariqat sufiah termasuklah PENGKRITIK
SUFI YANG PALING
> TAJAM, Ibn Taymiyah dan murid2nya. Ibn Taymiyah
mengkritik sufi zindik
> bukannya yang HAQ.
Tulisan sdra
Tetapi, SUFI YANG HAQ mempunyai beberapa kriteria yang
TIDAK ADA pada SUFI sekarang ini. Misalnya,
1) tidak mempercayai kepada ajaran KARUT MARUT seperti
Wehdatul Wujud, ITTIHAD,
Murid wa Sheikh, AL HULUL, HAKIKAT, MA'RIFAT dan
berbagai2 lagi bidaah yang di amalkan oleh para
MUTASAUWIFFIN sekarang ini.
Ulasan saya
Ini adalah fitnah sdra terhadap golongan sufi,
apakah dlm masa kini, tiada ajaran sufi yg hak?, kalau
sdra lihat doktrin ajaran Tariqat Ahmadiah,
mengkufurkan ITTIhad, dll.. Tetapi puak sdra menyama
ratakan puak sufi yg haq dgn sufi yg bathil.
2) Sufi yang HAQ berada di atas JALAN SUNNAH yang
TEGAS dan TIDAK meyimpang walau sedikit pun.
Ulasan saya.
Betul, lihatler As-Syahid Hassan Al-Banna, Ustaz
Badiuzaman Said Nursi, Imam Syamil dll.
3) Tidak menjadikan MIMPI, KASYF dan ILHAM sebagai
SUMBER kepada AJARAN MEREKA sedangkan SUFI sekrang
ini adaalh BERPAKSIKAN kepada sumber ini.
Ulasan saya
Laa.. itu ler sdra main pukul rata, menghukum semua
sufi yg ada masa kini sebagai begitu. Saya pun berguru
juga, malah Guru saya mengatakan KASYF, MIMPI atau
IHLAM bukan sumber hukum, kalau boleh tolak, kalau
dapat kasyf, tolak, bukan kasyf tujuan hidup kita,
tujuan hidup kita ialah utk menjadi hamba Allah,
sedangkan Kasyf adalah ujian atas kamu.
Tulisan sdra
Bukti:
Ibrahim Adaham pernah berkata bahawa beliau telah
pergi mempelajari ILMU MA'RIFAT dari seorang paderi
bernama SAM'AN.
ABu Yazid Al Bistami telah MEMPELAJARI ilmu Tasauf
dari seorang HINDU yang baru masuk Islam.
Ulasan saya
Buku mana dan kitab mana yg sdra jumpa? kenapa tak
sdra kata itu semuanya adalah fitnah? kena bila kena
bab sufi, sdra terus accept? bila kena bab wahabi sdra
kata fitnah?
> > 2. metod memahami Quran & sunnah
> "generalisations"...... siapa pun boleh bikin !!!
>
Misalnya, hadeeth "MAN ARAFA NAFSA WA MAN ARAFA
RABBAH". hadeeth ini adalah hadeeth MAUDHU, tetapi
telah di sahihkan oleh IBNU ARABI dengan KASYF beliau.
Ulasan saya
Dlm kitab mana yg mengatakan Ibnu Arabi kata itu
hadith, sedangkan itu adalah kata2 Yahya bin Muaz.
Adakah sdra baca semua kitab Ibnu Arabi atau sdra
petik dari kitab2 yg anti beliau?
> setinggi ini. They can wait till the cow comes home.
Tiada siapa dari Wahabi yang berani MENDAKWA diri
mereka sampai kepada MAQAM IHSAn kerana itu adalah
KETENTUAN ALLAH SWT.
Juga, yang penting di dalam Islam adalah UBUDIYYAH
kerana walaupun Nabi SAW di janjikan syurga oleh
Allah SWT ( sedangkan Nabi adalah MAQAM yang PALING
TINGGI) tetapi Nabi TIDAK PERNAH PUTUS UBUDIYYAH
kepada Allah SWT sampailah ke akhir hayat Baginda SAW.
Kita yang bukan NABI tidak seharusnya
MEMIKIRKAN berkenaan dengan MAQAM tetapi eloklah
difikirkan UBUDIYYAH kita pada ALLAH serta ISTIQAMAH,
TAWADHU dsbnya.
Ulasan saya
Kegagalan sdra dlm menghuraikan makna ihsan. Tak
jelas sekadar berada dipinggiran.
Tulisan sdra
Pertama sekali, sila tunjukkan WATIKAH PERLANTIKAN
IMAM GHAZALI SEBAGAI SULTANUL AULIYA dari Allah
SWT??.
Ulasan saya
Lantikan lagi...ulang citer2 lama (surat khabar
lama)
dan banyak kali dan saya ulasan.
Tulisan sdra
Keduanya, di atas adalah PENDAPAT IMAM GHAZALI semata2
kerana Para Sahabat sendiri pun TIADA yang
pernah mengalami MUKASYAFAH dan MUSYAHADAH melainkan
di dalam perkara2 yang berkaitan dengan DUNIAWI.
Ulasan saya
Bagaimana dgn kisah sahabat Umar al-khattab, yg
nampak tentera yg sedang berperang, lantas menyuruh
tentera naik ke atas bukit, suara itu kedengaran oleh
askar2 beliau, bagaimana dgn sahabat yg terbau bau
syurga lantas membuang separuh kurma yg sedang
dimakan?, bagaimana sahabat itu tahu itu bau syurga?,
sapa yg beritahu dia itu bau syurga, kalaulah sdra
terbau satu bau yg pertama kali sdra bau, sdra sure
akan bertanya, bau apa kah yg harum ni?,
Bagaimana dgn kisah Saidina Osman yg nampak mata
sahabatnya berzina (zina mata) lantas menegur?
tulisan sdra
Melihat RUH2 NABI dsbnya adalah MIMPI semata2 dan
TIADA DAPAT dibuktikan dengan HUJJAH selain DAKWAAN
pemimpi tersebut sahaja. Jadi, TIDAK DAPAT DIJADIKAN
HUJJAH.
Juga, ramai orang bermimpi Nabi sedangkan orang itu
BUKAN NABI tetapi SYAITAN.
Ulasan saya
ituler sdra menampak kejahilan sdra, sehingga org yg
bermimpi Nabi pun sdra kata syaitan. Ini perlunya
berguru, sebab guru itu berguru dan berguru seterusnya
sehingga sampai Rasulullah,
tulisan sdra
Seperti cerita Junaid Al Baghdadi dan anak muridnya
yang mendakwa setiap malam PERGI KE SYURGA di bawa
oleh para malaikat. Lantas, Al Junaid menyuruh anak
muridnya membaca sepotong ayat sewaktu anak murid
itu berada di dalam "syurga".
Apabila berbuat demikian, maka TIBA2 anak murid itu
tersedar dari khayalan dan mendapati diri beliau
di tengah2 kawasan pembuangan sampah.
Syaitan menipu dengan BERBAGAI2 CARA dan termasuklah
mendakwa DIRI MEREKA sebagai para ANBIYA dan
MALAIKAT di dalam MIMPI2.
Ulasan saya
Betul..saya setuju. sebab itu perlu cari guru yg
mursyid.
Tulisan sdra
Juga Jallaudin Rumi BUKANLAH seorang ULAMA tetapi
hanyalah SEORANG PENYAIR. Tetapi orang menggunakan
beliau sebagai RUJUKAN di dalam perkara2 DINNIYAH.
</pre><!-- ONElist --></td></tr></table><hr><center><a
href="http://adforce.imgis.com/?
wallahu'alam
=====
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: =?iso-8859-1?q?hisham=20ahmad?= <[EMAIL PROTECTED]>