*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum, 

Ada kemungkinan bahawa  Datuk Dr. Khalid ini tidak
akan bertahan lama di kerusi empuknya sebagai Pengarah
HUKM. Siapa berani lawan Mahathir? Lihat saja "sindrom
bisu" yang menyerang Menteri Kesihatan. Dia cuba
mengalihkan perhatian rakyat dari isu keracunan
arsenik kepada denda RM 10,000 kerana kesalahan
membiak nyamuk aedes.

Kalau Mufti, TPM dan siapa sahaja yang berani melawan
arus dapat di nyahkannya dari kerusi masing-masing,
inikan pula Dr. Khalid................ tak gitu??

Wassalam

 Concorde <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> Orang dah nyanyok... faham2 sajalah
> 

> 
> Mahathir: Dakwaan diracun tidak logik
> 
> Hospital pertahan langkah tunggu hasil semua ujian
> KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
> Dr Mahathir Mohamad, berkata bahawa adalah "tidak
> munasabah" bagi mantan timbalannya mendakwa diracun
> semasa dalam penjara, tetapi pihak hospital yang
> merawat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan dakwaan
> tersebut tidak boleh diabaikan. 
> 
> "Dakwaan keracunan arsenik ini tidak munasabah,"
> kata Dr Mahathir, yang dipetik sebagai berkata
> demikian semalam dalam satu wawancara dengan akhbar
> Asian Wall Street Journal. 
> 
> "Ini bukan budaya Malaysia. Kita tidak membunuh
> penentang-penentang politik kita," kata Dr Mahathir.
> 
> 
> Sedang ulasan itu dibuat, Datuk Seri Anwar
> dilaporkan masih lagi dirawat di Hospital Universiti
> Kebangsaan Malaysia (HUKM) -- sejak tiga minggu lalu
> -- kerana mengadu sakit kepala, tekanan darah tidak
> menentu dan masalah paru-paru. 
> 
> Para doktor yang merawat beliau sedang cuba
> menentukan sejauh mana kebenaran dakwaannya pada 10
> September lalu itu bahawa beliau mengalami keracunan
> arsenik. 
> 
> Datuk Seri Anwar berkata kandungan arsenik dalam air
> kencingnya, yang diuji di sebuah makmal di
> Melbourne, Australia daripada contoh air kencing
> yang diseludup keluar dalam Ogos lalu, adalah 77
> kali lebih tinggi daripada paras biasa. 
> 
> Pemimpin pembangkang, Encik Lim Kit Siang, kecewa
> dengan pendirian Dr Mahathir tentang keadaan Datuk
> Seri Anwar sebelum para doktor yang menjalankan
> pemeriksaan memberikan keputusan mereka. 
> 
> "Ini menunjukkan bahawa perdana menteri tidak
> mementingkan soal kebenaran," kata Encik Lim dalam
> satu kenyataan. 
> 
> Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia juga
> mengatakan bahawa pihaknya sudah pun mempunyai hasil
> ujian yang dijalankannya ke atas contoh-contoh
> rambut, air kencing dan kuku Datuk Seri Anwar di
> samping hasil ujian yang dijalankan oleh sebuah
> makmal di Australia. 
> 
> Bagaimanapun, pihak hospital itu masih menunggu
> hasil ujian daripada sebuah makmal di London. 
> 
> Dengan demikian, setakat ini ia tidak boleh menolak
> dakwaan Datuk Ser Anwar bahawa beliau diracun
> sehinggalah semua hasil ujian dikumpulkan. 
> 
> "Kami harus merawatnya sebagai seorang pesakit yang
> kemungkinan telah diracun," kata pengarah hospital
> tersebut, Datuk Dr Khalid Abdul Kadir, dalam sepucuk
> surat kepada akhbar New Sunday Times. -- Reuters. 
> 
> 


=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid Engku Seman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke