*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Asalamualaikum...


Semalam ( 28/9/99)kolej kami mengadakan jamuan makan malam (annual dinner)
selepas solat Isyak pada jam 8.30 malam.

Jamuan yang dihadiri oleh hampir 1400 orang penghuni kolej itu
terasa meriah kerana bbrp minggu lagi kami semua akan menghadapi
peperiksaan akhir pada 20/10/99 nanti...

ianya dirasmikan oleh TNC HEP dan Alumni, Prof. Zulkifli tan Sri Ghazali
(adik Tajol Rosli, menteri dalam negeri) dan felo-felo kolej
kediaman..

majlis jamuan tersebut berakhir hampir jam 12.00 malam...

Satu kemalangan ngeri yang melibatkan 2 orang penghuni kolej kami dengan
sebuah bas awam berlaku sejurus majlis berakhir di satu selekoh
di Taman Universiti...

Akibat kemalangan itu, kedua-duanya telah meninggal dunia ditempat
kejadian beberapa minit selepas kemalangan berlaku...

Kira-kira hampir 45 minit kami menunggu kedatangan pihak polis
Skudai yang hanya bbrp kilometer sahaja dari tempat berlakunya kemalangan,
namun sehingga pukul 2.00 pagi mereka masih tidak masih tidak muncul
ditempat kejadian...walaupun telah dihubungi oleh seorang lelaki India
yang tiba awal ditemnpat kejadian..

menurut beliau (lelaki India), pihak polis memberikan pelbagai alasan dan
dalih apabila diberitahu tentang kemalangan tersebut...

Ambulans dari Hosp Sultanah Aminah, JB hanya tiba kira-kira 40 minit
selepas kemalangan berlaku...

saya dan bbrp orag kawan yang tiba ditempat kejadian kira-kira 20 minit
selepas kemalangan berlaku, sempat membisikkan dua kalimah syahadah
ditelinga kedua-dua sahabat sekolej dengan kami pada malam itu...

Ada bbrp orang dari kami yang menghafal Yaasin, membacakan Yaasin

untuk memudahkan mangsa yang nazak pada ketika itu melepasi sakratul
maut...

Apa yang kami kesalkan, pihak hospital yang tiba ketempat kejadian
menyatakan "Sekiranya mangsa cepat dikejarkan kehospital atau pihak
hospital cepat dihubungi, kemungkinan besar salah seorang mangsa dapat
diselamatkan nyawanya..."

Saya masih terbayangkan keadaan salah seorang dari pada mangsa lambat
diberi rawatan, menyemburkan darah merah pekat dari mulutnya diatas ribaan
sahabat saya...

Setelah sekian lama menunggu, hanya polis trafik yang tba itupun anggota
wanita...

malang , sudah jatuh ditimpa tangga, anggota wanita tersebut pun boleh
terlupa membawa buku laporan semasa bertugas...

Apa lagi bbrp antara orangramai yang menyaksikan memerahi anggota polis
wanita terbabit kerana kesilapan dan kecuaiannya gagal membawa buku
laporan semasa bertugas...

Beberapa perkara berbangkit yang timbul berikutan kejadian ini:

1. mengapa pihak polis lambat bertindak dalam kejadian kemalangan maut
yang melibatkan pelajar terutama pelajar UTM, padahal mereka bergegas dan
bersiap sedia menghadapi para reformist di Dataran Merdeka dan lain-lain
tempat yang tidak sepatutnya mereka hadir...

2. Sikap sambil-lewa dan berlengah-lengah pada kes-kes kecemasan yang
memerlukan penglibatan pihak polis secara total...

Sehingga jam 2.00 pagi, mayat masih berada diatas jalan raya dan pihak
Hospital Sult. Aminah, JB tidak boleh berbuat apa-apa sammada untuk
membawa mayat kehospital kerana pihak polis masih belum tiba untuk
mengambil gambar dan mengambil statement dari pemandu dan saksi kemalangan
maut tersebut...

Satu lagi yang menaikkan kemarahan kami ialah sikap pemandu bas Transit
Link yang menyalahkan kedua-dua penunggang motosikal tersebut...

katanya, sahabat kami itu "makan jalan" semasa mengambil selekoh dan
lain-lain alasan untuk mempertahankan diri, padahal semua pelajar
mengetahui sikap pemandu bas Transit Link yang memandu secara berbahaya
terutama pada waktu malam di kawasan tersebut yang agak bersimpang siur
dan sunyi serta gelap...

mentang-mentanglah, sahabat kami itu telah meninggal dunia dan tidak dapat
mempertahankan diri, amat mudah beliau menuding jari kepada kawan kami
tersebut...

Padahal semasa menceritakan punca kejadian beliau kelihatan amat takut dan
gementar (sikap orang sewaktu bersalah dan takut).

Semoga dengan terpaparnya kisah ini, pihak polis dapat mengambil bbrp
langkah drastik utk menangani masalah ini pada masa akan datang dan
menjamin institusi kepolisian di Malaysia masih boleh diHARAPKAN dan
MENJALANKAN TUGAS SESUAI DENGAN MOTTO MEREKA IAITU : MESRA, CEPAT dan
BETUL"

Semoga Allah mencucuri roh Allahyarham Mohd Azli dan saudara Nik dan
semoga mereka ditempatkan bersama orang orang yang beriman!!!Amiennnn











































<* S Y E D *>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Syed <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke