Orang utan letih gara-gara 'beristeri baru'

BANGKOK -- Seekor orang utan dimasukkan ke hospital kerana terlalu letih selepas menghabiskan banyak masa melakukan hubungan seks dengan pasangan betinanya yang baru, menurut pengarah sebuah taman haiwan Thai semalam.

"Mike (nama orang utan jantan itu) terlalu letih, kaki dan tangannya sangat lemah, dan enggan makan semalam," kata pengarah taman haiwan Lopburi, Leftenan Kolonel Virat Phupeingchai.

Doktor Haiwan, Encik Chisanu Tiyacharoensri, berkata antara sebab Mike kurang sihat ialah dia terlalu ghairah dengan "isteri" barunya, Mali.

"Bagaimanapun, Mali lebih sihat daripada Mike," jelas Encik Chisanu.

Mike menjadi popular di Asia selepas dikahwinkan dengan Zuzu, orang utan betina dari Taiwan, pada 1996 di hadapan lebih 1,000 pengunjung. Tetapi setelah melahirkan anak pertama, Zuzu enggan melakukan seks dengan Mike.

Seorang pencinta haiwan warga Thai menyerahkan Mali kepada taman haiwan Lopburi pada Ogos dengan harapan Mika akan bergembira dengan pasangan barunya -- AFP.

Kirim email ke