Nenek merana akibat main badminton!
 
Seorang nenek yg berusia hampir 74 tahun telah dimasukkan ke hospital akibat otot-otot lengannya terputus akibat bermain badminton. Pertandingan badminton itu adalah salah satu acara sempena menyambut nenek itu ke negeri Johor. Pada masa permainan itu dijalankan, suami nenek tersebut pergi ke satu kawasan felda johor untuk membohongi orang ramai. Mungkin Allah murka sebab membohongi orang ramai, lalu Allah timpakan bala kepada nenek tersebut supaya suami nenek itu insaf dan tidak lagi berbohong.
 
Diketahui bahawa nenek tersebut adalah peminat nombor satu badminton negara. Nenek tersebut sangat gembira sehingga terloncat2 apabila pasukan negara menang piala tomas beberapa tahun dahulu. Oleh kerana gembira, nenek tersebut tidak sedar telah dipeluki oleh seorang Apek Cina (tua) yang juga salah seorang penganjur pertandinga tersebut. Selain Apek Cina tersebut, dia juga dipeluk2 oleh seorang menteri muda yg dikenali sebagai Fadzil Che Wan.
 
Suami nenek itu memberitahu pemberita yg menghurungi beliau di Zimbabwe untuk mengetahui berita2 terkini mengenai nasib nenek tua itu. Suami nenek tua itu yg kebetulan jenis mamak sedang menghadiri Sidang Sembang Kosong Afrika Selatan mengatakan bahawa doktor yang merawat isterinya (nenek tersebut) mendapati sebahagian ligament di lengan kanan isterinya itu telah koyak. Oleh itu doktor yg merawat nenek itu menasihatkan nenek itu supaya berehat selama tiga bulan untuk menyembuhkan kekoyakan otot itu. Suami nenek itu, yang kebetulan seorang doktor yg sudah lama bermain politik belum bercadang hendak berehat seperti nenek (isterinya)
 
Siapa nenek itu?
 
 
 
 
bersambung.....

Kirim email ke