*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari Laman Reformasi
-------------------

SEKOLAH DIPANAH PETIR SELEPAS IBRAHIM ALI BERUCAP

Sekolah Teknik Bunut Susu Tendung Pasir Mas Kelantan rosak teruk akibat di panah petir.
Sebahagian besar bumbung sekolah itu pecah akibat disambar petir. Kerugian dianggarkan 
melebihi
RM100,000. 

Kejadian petir dan angin ribut itu berlaku minggu lepas. Kejadian itu disifatkan oleh 
penduduk
setempat adalah luar biasa dan satu pembalasan dan amaran Allah SWT ke atas hambaNya. 

Adalah sesuatu yang perlu diambil iktibar, sebelum kejadian itu berlaku seorang 
pemimpin tertinggi
Umno, iaitu Datuk Paduka Ibrahim Ali (Ibrahim Katak) telah menggunakan sekolah itu 
untuk majlis
parti politik Umno. 

Dalam majlis itu Ibrahim telah menghina ulama, memburukkan kerajaan PAS Kelantan serta
mempersendakan perjuangan PAS untuk menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini. 

Beliau juga telah menyeru mereka yang hadir supaya tidak gentar dengan ugutan PAS yang 
telah
memperalatkan agama untuk kepentingnya di samping mendakwa pemimpin PAS semuanya bohong
dan penipu. 

Di antara lain beliau dipetik sebagai berkata; Untuk apa kita takut kepada Neraka 
seperti mana
yang dikatakan oleh PAS itu. Api Neraka (panasnya) lebih kurang api orang buat goreng 
pisang
sahaja... 

Ucapan Ibrahim itu dikatakan telah takabur (melampau) dan merupakan ucapan mereka yang 
tidak
beriman dan yakin kepada Allah lagi. 

Mereka yang hadir benar-benar terkejut dengan ucapan Ibrahim itu, mereka tidak sangka 
Ibrahim
mempersendakan Islam sebegitu rupaka sekali. Sesetengah yang hadir yang tidak dapat 
menerima
kenyataan Ibrahim itu telah bertindak meninggalkan majlis itu. 

Sementara itu penduduk sekitar sekolah teknik tempat berlangsung majlis itu telah 
merasakan
bimbang dan kurang sedap dengan ucapan Ibrahim berkenaan. Mereka mempersoal tentang
kenyataan Ibrahim itu kerana ia merupakan suatu ucapan yang boleh menyebabkan akidah
seseorang mukmim rosak. 

Jadi, apabila seminggu selepas itu berlaku kejadian sekolah itu disambar petir dan 
berlaku angin ribut
yang menumbangkan pokok=pokok tanaman menyebabkan penduduk itu telah meletakkan
kesalahan itu kepada Ibrahim Ali kerana keceluparan mulutnya mempersendakan Islam dan 
hukum
Allah. 

- Bumi Peribadi. 


Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to