*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ASSALAMUALAIKUM Sahabat ku saudara/i yang dikasihi, disayangi, diingati dan 
dirahmati Allah Ta'ala sentiasa.

Izinkan saya membicarakan pula perihal "Fahaman Wahdat al-Wujud : Ibnul 
'Arabi", dengan niat dan harapan untuk sama-sama kita berkongsi ilmu dan 
maklumat yang sedikit ini, untuk diamalkan.

InsyaAllah, setiap kebenaran itu akan hadir juga pada hati dan nurani kita 
masing-masing.

Hanya Allah sahaja yang menentukan masa dan ketikanya yang sesuai.

Fahaman Wahdat al-Wujud : Ibnul 'Arabi (Pendekatan Dan Kefahaman)



BILA menyentuh persoalan Al-Hallaj, terdetik pula saya untuk dikaitkan 
dengan fahaman Ibnul 'Arabi. Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi, akan 
nama-nama Sufi besar ini dengan nama-nama Ibnu Farid, Hamzah Fansuri, Syeikh 
Sitijenar dan beberapa lagi nama-nama Sufi besar yang agung di dalam 
membawakan fahaman Wahdatul Wujud.

Seperti dengan tajuk yang didiskusikan ini, saya mengambil kesempatan untuk 
membahaskan sedikit berkenaan fahaman Wahdatul Wujud yang dibawa oleh Ibnul' 
Arabi.

Fahaman Wujudiyyah (berkenaan Wujud) Ibnul 'Arabi ini adalah bercorak 
Wahdatul Wujud (Kesatuan Wujud). Beliau sendiri menulis dalam karangannya 
demikian : "Maha Suci Allah yang menjadikan segala-galanya dan Dia sendiri 
Zat semuanya (a'yanuha)." Pendapat atau fahaman seperti ini timbul dari 
tanggapan atau konsep bahawa Allah itu sebagai Wujud yang meliputi segala 
dan tapak atau dasar bagi segala dan Maha Kekal pula. Konsep seperti ini 
biasanya berakar umbi dalam pengalaman keruhanian orang-orang mistik (Sufi). 
Dari perasaan dan pengalaman demikian, timbullah fahaman atau doktrin Wahdat 
al-Wujud itu.

Menurut pendapat Ibnul 'Arabi, tidak perlu membuktikan adanya Allah kerana 
ia melampaui atau Maha Tinggi dari semua bukti. Dia sendiri adalah bukti 
wujud-Nya yang terzahir dalam a'yan wujud-Nya yang ada di mana saja dan 
bila-bila masa saja? Kata beliau, "Tiada yang wujud kecuali Dia saja. Tidak 
ada ada "di sana" atau "di sini". Kemanakah hendak lari kerana tidak ada 
yang lain kecuali Dia yang meliputi dan merangkumi segalanya! Kata Ibnul 
'Arabi lagi, "Tidak ada yang ku pandang kecuali wajah-Nya."

Dasar atau pokok seluruh sistem Wahdatul Wujud ialah hanya ada satu Hakikat 
atau Wujud. Wujud ini menzahirkan diri-Nya dalam banyak dan berbagai bentuk 
dan rupa. Wujud Yang Esa itu bukan sebagai Wujud yang menerbit atau mencipta 
atau Wujud yang dari-Nya terbit segala sesuatu selain diri-Nya. Bahkan ayat 
"penzahiran dalam bentuk-bentuk" itupun tidak tepat, kerana Zat dan bentuk 
tidak bercerai dan berpisah kecuali dalam fikiran dan khayalan kita saja. 
Hanya khayalan atau fikiran kita sahaja yang menceraikan-Nya. Penzahiran 
(tajalli) itu, menurut Ibnul 'Arabi, adalah sifat atau wajah (aspek) yang 
melaluinya Wujud Yang Satu itu dianggap atau diperihalkan.

Beliau menyimpulkan falsafah agamanya dengan ayat yang berikut :

"Orang membentuk pelbagai kepercayaan tentang Tuhan, Tetapi aku memandang 
semua yang mereka percayakan itu."

Inilah dia pendapat dan fahaman sebenar Ibnul 'Arabi berkenaan tafsiran 
Wahdatul Wujud.

Patut diingat bahawa Ibnul 'Arabi adalah seorang Sufi yang besar dan 
pandangannya adalah menurut pandangan keruhaniannya sendiri. Terpulanglah 
kepada kita hendak percaya atau tidak dengan pendapat beliau itu. Beliau 
mengemukakan pandangannya, terpulanglah kepada kita menghakimkannya.

Sufisma adalah ilmu dan fahaman orang-orang Sufi. Orang-orang Sufi mengkaji 
hakikat diri mereka dan alam semesta raya dan berusaha untuk mengenal Allah 
SWT. Mereka menerawang ke alam ruhaniah. Mereka seterusnya mencapai 
kehampiran dengan Allah SWT sehingga mereka merasa "bersatu" (ittihad) dan 
"berpadu" (hulul) dengan Allah SWT. Inilah perasaan dan pandangan jiwa 
mereka, merasa terlalu hampir dengan Allah hingga terasa bersatu dengan Dia. 
Ini diperolehi melalui pengalaman keruhanian orang-orang Sufi. Pandangan 
mereka pun berdasarkan pengalaman dan kesedaran batin mereka itu sendiri. 
Matlamat mereka ialah "mengenal Allah" yang mereka istilahkan sebagai 
"Ma'rifat".

Akal manusia tidak sanggup memahami kesatuan segala maujud ini dan tidak 
dapat membuktikan bahawa objek-objek alam nyata yang banyak ini tidak 
berwujud sendirinya. Semua ini difahami melalui kasyaf dan pengalaman 
keruhanian saja.

Bagi sahabat-sahabat ku saudara/i yang membaca penulisan dan diskusi ini, 
hendaklah memandangnya dari sudut keruhanian dan pengalaman batin orang 
Sufi. Jika pandangan kita tidak dari sudut tersebut, maka sukarlah hendak 
memahami penulisan ini. Ada lebih baik jika pembaca bertanya kepada 
orang-orang yang ahli dan faham dengan konsep dan fahaman orang-orang Sufi 
ini untuk memahaminya.

Wallahu ta'ala a'lam.......

Wassalamu.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

P/S : Saya tidak pasti apakah anda semua faham dengan apa yang di tuliskan 
ini! Harap Maaf! Segala kesulitan amat dikesali!

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to