*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

petua yang sangat berguna kepada para suami dan bakal
suami .

bagi si isteri pula sila print dan bagi husband baca .

bagi  anak dara pulak ,  print bagi kat boyfriend .

 Bahagian 1

 1.  Sentiasa berdoa agar disayangi.

 2.  Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum
buat kerja lain.

 3.  Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara
khusus mengenai
kegiatan
 isteri sepanjang hari.

 4.  Berlatih untuk mendengar dengan baik.

 5.   Jangan  tergesa-gesa  untuk  menyelesai masalah
isteri. Apa yang
lebih
 penting adalah simpati.

 6.   Berikan  masa  sekurang-kurangnya 30 minit
perhatian yang
"berkualiti"
 terhadap isteri.

 7.  Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah
atau untuk memujuk.

 8.  Tolong masak atau ajak makan diluar
sekali-sekala.

 9.  Beri pujian mengenai penampilan isteri  -- 
rambut, wajah, pakaian
dll.

 10.  Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.

 11.  Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

 12.   Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak
isteri untuk lebih
cepat
 bergerak atau bertindak.

 13.  Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau
telefon rumah.

 14.   Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh"
atau "tidak boleh"
dengan
 tidak mengungkit atau banyak komen.

 15.   Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala,
beritahu bila anda
akan
 pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian
        untuk berfikir.

 16.   Bila  sudah sejuk, beritahu isteri apa yang
mengganggu fikiran
secara
 sopan. Jangan menyalahkan isteri.

 17.  Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya,
letakkan surat
khabar
 atau tutup televisyen.

 18.  Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang
ingin dipesan.

 19.  Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.

 20.  Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat
kali sehari.

 Bahagian 2

 1.    Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya
khabar,
memberitahu
 sesuatu yang menarik atau sekadar ingin memberitahu
"I love you".

 2.   Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurang dua
kali sehari.

 3.   Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

 4.    Tolong  terbalikkan  stokin  atau seumpamanya
untuk memudahkan
isteri
 mencuci.

 5.   Tolong buang sampah tanpa disuruh.

 6.    Bila keluar out-station, telefon isteri untuk
memberitahu nombor
 telefon tempat penginapan dan memberitahu
       yang kita sudah selamat sampai.

 7.   Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur
bersama.

 8.   Sokong pendapat isteri kalau beliau bertentangan
pendapat dengan
orang
 lain.

 9.   Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa
ke semasa.

 10.  Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa
implikasi seksual.

 11.  Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan
masaalah isteri.

 12.  Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila
menonton bersama
isteri.

 13.    Pamerkan  kasih  sayang bila dikhalayak ramai.
Jangan abaikan
isteri
 atau tinggalkan jauh bila berjalan.

 14.   Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan
longlai.

 15.   Buatkan air minuman atau seumpamanya untuk
isteri sekali-sekala.

 16.    Bila  makan  di  luar,  jangan  harapkan
isteri memilih tempat
makan
 setiap masa.

 17.   Sabar bila isteri terlambat sedikit atau
tiba-tiba ingin menukar
baju
 yang dipakai atau menukar rancangan.

 18.    Beri  perhatian  yang  lebih  pada  isteri 
dari  orang  lain
semasa
 dikhalayak ramai.

 19.   Lebihkan isteri dari anak-anak.

 20.    Belikan  hadiah-hadiah  kecil dari semasa ke
semasa -- minyak
wangi,
 jamu atau seumpamanya.


 Bahagian 3

 1.   Beri respond yang positive bila mendengar isteri
bercerita.

 2.    Bila isteri kurang sihat, beri perhatian yang
sewajarnya.Manjakan
 isteri sepertimana mereka memanjakan
       kita.
 3.    Masuk  tidur  serentak  dengan isteri. Jangan
tunggu program TV
habis
 baru masuk tidur.

 4.   Belai isteri sebelum pergi kerja.

 5.    Cuba  ketawa  bila  isteri  buat  lawak  atau 
bercerita sesuatu
yang
 melucukan.

 6.   Ucapkan terima kasih diatas setiap khidmat yang
isteri berikan.

 7.   Cari masa untuk berdua-duaan sekali-sekala.

 8.   Lakukan riadhah bersama isteri.

 9.   Pergi berkelah / picnic sekali-sekala.

 10.  Tolong cuci atau jemur pakaian sekali-sekala.

 11.  Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

 12.  Cuba berikan / tunaikan apa yang isteri hajati.

 13.  Nyatakan yang anda merinduinya bila berjauhan.

 14.  Bawa pulang ole-ole / kuih kegemaran isteri
sekali-sekala.

 15.  Sentiasa lakukan ibadah bersama.

Apa macam boleh buat tak ? 





=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: nurmaisarah kamarudin <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to