*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maksudnya, Anwar mengalami keracunan Arsenik, tetapi
tidaklah sampai ke tahap acute atau chronic. Faham kan!
Masih ada putar belit. Biasalah, lidah biawak!

Tukarkan tajuk berita begini:
ANWAR MENGALAMI KERACUNAN ARSENIK TETAPI TIDAK AKUT ATAU
KRONIK


BERITA MALAYSIA


------------------------------------------------------------
--------------------
October 05 , 1999 19:13PM



 ANWAR TIDAK MENGALAMI KERACUNAN ARSENIK AKUT ATAU KRONIK



KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim
tidak mengalami keracunan arsenik akut atau kronik, menurut
laporan pemeriksaan oleh Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia (HUKM) yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi hari
ini.

Laporan pemeriksaan bertarikh 4 Okt itu berkata Anwar juga
tidak mengalami penyakit seperti AIDS/HIV, kegagalan ginjal,
diabetes, tirotoksikosis, anemia kronik, TB atau penyakit
barah yang menjadi punca kepada gejala-gejala yang dialami.

Hakim Datuk Arifin Jaka semasa membaca kesimpulan laporan
tujuh muka itu berkata: "Beliau juga tiada tanda-tanda
klinikal keracunan arsenik akut atau kronik."

Arifin menolak permohonan peguambela Karpal Singh dan
Christopher Fernando untuk memanggil Pengarah dan Profesor
Perubatan HUKM Prof Datuk Dr Khalid Abdul Kadir untuk
memberi penjelasan lanjut mengenai laporan berkenaan.

"Ia tidak perlu kerana Anwar telah disahkan sihat dan layak
menghadiri perbicaraan sebagaimana yang dikehendaki oleh
mahkamah," kata Arifin yang kemudiannya mengarahkan
perbicaraan disambung semula.

Laporan perubatan itu disediakan berikutan perintah Mahkamah
Tinggi supaya bekas timbalan perdana menteri itu menjalani
pemeriksaan perubatan terperinci di HUKM setelah mendakwa
dia diracuni.

Laporan itu berdasarkan ujian yang dijalankan di tiga makmal
dalam negara serta sebuah makmal di Australia dan sebuah
lagi di London.

Anwar, 52, kini menjalani hukuman penjara enam tahun kerana
kesalahan rasuah dan sedang dibicarakan terhadap tuduhan
meliwat bekas pemandu isterinya.

Perbicaraan itu ditangguh pada 10 Sept setelah Karpal Singh
memberitahu mahkamah bahawa Anwar mengalami keracunan
arsenik berdasarkan hasil ujian air kencing Anwar yang
dihantar ke sebuah makmal di Australia. Peguam itu juga
mendakwa kononnya "pihak atasan" bertanggungjawab.

Perbicaraan itu disambung semula untuk hari ke 55 hari ini
setelah HUKM mengesahkan bahawa Anwar sihat dan boleh
menghadiri perbicaraan.

Menurut kesimpulan laporan itu yang kemudian dibacakan oleh
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Rozilah Salleh atas
arahan Ariffin, ujian terhadap spesimen-spesimen air
kencing, rambut dan kuku menunjukkan paras arsenik tidak
melebihi paras yang dibenarkan.

Oleh kerana masalah kesihatan yang dialami Anwar tidak dapat
disahkan penyebabnya daripada beberapa jenis penyakit dan
daripada paras arsenik yang telah diuji, laporan itu
menyarankan supaya HUKM terus mengawasi status kesihatan
Anwar.

Nodul paru-paru, sakit kepala serta hypertensi ortostatik
yang dialami Anwar perlu diawasi rapi dan pemakanan seimbang
hendaklah dilaksanakan, menurut laporan itu.

Laporan pemeriksaan itu ditandatangani oleh profesor
perubatan dan pakar perunding kardiologi, Prof Dr Khalid
Yusoff, profesor perubatan dan pakar perunding
endoktrinologi yang juga pengarah HUKM, Prof Datuk Dr Khalid
Abdul Kadir, pakar perunding perubatan forensik Prof Madya
Dr Shahrom Wahid dan pakar kardiologi Dr Abdul Latiff
Mohamed.

Lapan lagi pakar menganggotai pasukan perubatan itu.

Menurut laporan itu, Anwar yang telah ditahan mulai
September 1998 mengadu mengalami beberapa masalah kesihatan
terutama sekali penurunan berat badan yang mendadak, sakit
kepala, keguguran rambut yang banyak, kebas jari, kekeringan
badan dan ketidak selesaan badan.

Dalam permohonannya untuk memanggil Dr Khalid sebagai saksi,
Karpal Singh doktor itu perlu menjelaskan mengenai tahap
arsenik yang tidak dibuktikan dalam laporan itu.

"Orang ramai tidak harus dipengaruhi kenyataan pemimpin
politik dan dalam kerajaan," katanya.

Beliau juga mahukan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk
Jamil Johari dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana
mengeluarkan kenyataan berhubung laporan itu sebelum ianya
dikemukakan kepada mahkamah.

Hakim Arifin berkata terpulang kepada pihak pembelaan
mengambil tindakan seterusnya serta meminta semua ahli
politik baik dari kerajaan atau pembangkang supaya tidak
lagi mengulas mengenai perkara itu.

Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah ketika membantah
permohonan memanggil pakar perubatan sebagai saksi, berkata
itu tidak perlu kerana mahkamah harus kembali kepada isu
utama iaitu sama ada Anwar sihat untuk menghadiri
perbicaraannya.

Beliau juga berkata Anwar telah membuat laporan polis
kononnya dia diracun dan perkara itu sedang disiasat.

"Saya berjanji kepada Yang Arif bahawa kami akan menyiasat
dengan teliti dan jika ada bukti terdapat cubaan meracun
Datuk Seri Anwar, walaupun beliau bebas daripada ancaman
itu, kami akan bertindak sewajarnya," kata Mohtar.

-- BERNAMA





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Concorde" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to