Title:

Diperturunkan Penjelasan Wahdatul Wujud dari Ahkam Online....semoga mendapat manafaat...

Penjelasan di dalam mempertahankan Wahdatul Wujud
(Petikan dari buku Mengenal Diri Dan Wali Allah oleh Musatafa Muhamad al-Jiyasi )

Apabila seorang sufi itu terdapat fana' kerana ia tersyuhud kepada salah satu dariapa empat perkara yang diterang tadi, sudah tentu ia tiada dapat menyedari diri sendiri dan juga makhluk sekeliling maka diwaktu itu kerap kali terlatah (syathah) di mulutnya dengan perkataan-perkataan ittihad umpama:
1. Ma fill Jubbah illallah (artinya: Tiada dalam jubahku melainkan ALlah).
2. Anal Haq (Ertinya: Akulah Tuhan yang Benar)
3. Ana Man Ahwa, Waman Ahwa Ana (Ertinya: Akulah Tuhan yang kucinta, dan Tuhan yang kucinta ialah aku)
Dan lain-lain misal lagi.

Sedang mereka dalam keadaan tak sedarkan diri (fana') itu bukanlah bererti mereka terbaring tidur dengan tiada dapat bergerak-gerak lagi badan kasar itu, bahkan mereka kerapkali dapat berjalan sebagaimana orang sihat dan kerapkali bercakap-cakap dengan orang banyak tetapi ia tidak sedarkan orang itu. Hanya yang sedar ialah mabuk dan karam kepada Allah jua, dan diwaktu itulah mereka kerapkali terlatah dengan perkataan-perkataan al-Ittihad umpama di atas. Perkataan al-Ittihad maknanya ialah pengucapan-pengucapan yang menimbulkan segera faham orang ramai bahawa Tuhan dan manusia (makhluk) itu adalah satu jua seperti apa yang terdapat dalam latahan tadi. Dan hati orang-orang sufi yang dalam keadaan fana' dan terlatah itulah dinamakan wahdatul wujud ataupun al-ittihad mengikut istilah tasauf. Dan mereka dalam waktu itu tidak terkena lagi hukum taklif syarak kerana akal mereka hilang kesedaran alam sekeliling. Dan tiap-tiap orang wali mestilah mestilah ia lalui dan merempuh jalan ini tetapi ada yang terselamat dari fitnah dan ada pula yang tidak terselamat seperti Hallaj. Adapun maqam Nabi atau Rasul ialah maqam baqa' yang tercipta dari awal yakni ia tidak perlu merempuhi jalan fana' yang menyebabkan seolah-olah jadi umpama orang gila atau mereng.

Bandingan Wahdatul Wujud
Sebab-sebab terjadi pengucapan atau terlatah umpama itu ialah kerana kelazatan juzbah yang kuat terdapat dalam masa fana' itu. Misalnya ia terucap dimulutnya: "Tiada Tuhan melainkan aku." Atau "akulah Tuhan yang hak." ataupun "Tuhan tiada makan nasi yakni (aku)" atau sebagainya.

Pengucapan-pengucapan umpama itu sebenarnya adalah menghikayatkan apa yang sebenar daripada ALlah, bukan bererti ia mengaku dirinya sebagai Tuhan, sebagaimana kita sendiri juga pernah membaca Quran ayat:
Ertinya: Sayalah Tuhan, tiada Tuhan menlainkan saya.

Ini bererti perkataan "saya" si pembaca quran itu mengaku dirinya sebagai Tuhan pada hal itu adalah menghikayatkan apa yang sebenar daripada kalam Allah (al-Quran) jua. Demikian juga pengucapan-pengucapan yang terlatah di mulut orang-orang sufi yang fana' di ketika itu adalah menghikayatkan apa yang sebenar daripada ALlah, bukan ia mengaku dirinya sebagai Tuhan, sebagaimana termasuk hantu juga, di ketika itu ia bercakap dengan tiada sedarkan diri bahkan ia menghikayatkan apa yang sebenar daripada hantu itu.

Sebagaimana juga malaikat mulhim bercakap melalui diri orang fana' yang kerapkali terlatah di mulutnya dengan umpama kata: "Anal Haq" misalnya. Maka percakapan orang fana' umpama itu adalah hasil dari hikayat malaikat mulhim akan kalam Tuhan yang ditajalli kepadanya, oleh hal yang demikian maka jadilah pihak orang yang mendengar menyangka percakapan umapama itu adalah kalam orang yang mengaku dirinya Tuhan (lalu dipersalahkan), padahal yang sebenarnya adalah kalam malaikat mulhim yang ditajalli dan yang diterjemah atau dihikayat dari kalam Tuhan, maka begitulah juga bandingannya dengan percakapan orang masuk hantu; pada zahirnya ialah percakapan orang sakit itu, padahal pada batinnya adalah percakapan hantu (pelesit). Demikianlah dengan keterangan ini saya berharap sudah cukup terang kepada pembaca.

Satu perbandingan lagi iaitu kita umpamakan apabila seorang itu melihat gambar sultan dalam frem gambar tersangkut di dinding rumahnya, maka ia berkata: "Aku dah lihat sultan." Padalah yang sebenar ia bukan sultan, hanya dilihatnya gambar kertas jua tetapi oleh kerana ia tertumpu perhatiannya kepada ain sultan yang sebenar di istananya maka iapun terucap "aku dah lihat sultan." padahal matanya sedang lihat gambar kertas jua bukan ain sultan. Jadi pengakuan yang umpama itu adalah bermakna menghikayatkan apa yang sebenar daripada sultan yang hakiki dalam istana.

Demikianlah contoh-contoh perbandingan apa yang berlaku kepada orang sufi yang sedang karam dalam wahdatul wujud atau al-ittihad atau dikatakan hulul atau seumpamanya. Saya berharap pembaca dapat faham dengan sejelas-jelasnya.

Orang yang karam dalam wahdatul wujud atau fana' maka alam sekelilingnya laksana cermin yang mereka nampak Tuhan di dalamnya, oleh itu maka alam sekeliling ini laksana Tuhan dalam pandangan (zauq dan kelazatan) syuhud mereka kerana mereka nampak di dalamnya Tuhan, maka terluncur di mulut mereka pengucapan-pengucapan umpama "alam ini adalah Tuhan" atau "alam ini Tuhan dan Tuhan itu alam" bukan sekali-kali begitu, kerana alam dan Tuhan adalah berbeza dan sangat berlainan pada zat masing-masing bahkan adalah mustahil kalau dikatakan dua perkara yang berlainan itu  hanya jenis yang satu. Oleh yang demikian maka tetaplah dua perkara yang berbeza itu tak serupa jua sebagaimana yang telah diputuskan oleh qaedah tulin ilmu usuludin yang tak boleh di ugih2 lagi.

Oleh itu barangsiapa mengi'tiqadkan "bahawa Tuhan dan alam adalah satu" atau "dirinya dengan Tuhan adalah satu" atau "aku ALlah" nescaya murtadlah ia dengan serta merta, wal 'iya zubillah, baik mengikut ilmu Tasauf ataupun Usuluddin.

Itulah dia huraian-huraian wahdatul wujud secara sihat mengikut istilah tasauf yang sebenar yang dipelajari atau diterima dari guru yang ahli, bukan dikutip dari buku-buku mengikut secara sedap faham, kemudian ditulis melalui majalah-majalah mengikut aliran fikiran yang tidak berasas. Peganglah kemas-kemas qaedah secara sihat ini kalau tuan-tuan ahli peminat tasauf. Dan tidak ada sekarut-karut atau sebid'ah-bid'ah huraian di dunia ini melainkan huraian yang mengelirukan fahaman i'tiqad orang ramai pada masalah Tauhid dalam agama Allah yang Mahasuci baik secara langsung atau tidak langsung.

Jangan menghuraikan wahdatul wujud secara bukan-bukan, itu menyebabkan timbul penyakit besar yang tiada terubat maka buruklah padahnya iaitu murtad atau jadi kafir zindiq, na'uzubillahi min zalik.

Click here to visit our sponsor
Free Advertising from Click2Net!

Huraian-huraian yang mengeliru dan tiada bertanggungjawab
Banyak terdapat dalam majalah tulisan-tulisan oleh golongan kaum intelek kita dan berani menghurai wahdatul wujud dengan huraian-huraian yang mengelirukan fahaman orang ramai seperti dikatanya" "Alam dan zat Tuhan adalah satu." atau "Manusia dapat bersatu dengan Tuhan." Atau Alam semesta ini merupakan bahagian daripada Tuhan." Atau seumpamanya, sebenarnya ayat-ayat susuk kata umpama itu tidak terdapat dalam kitab-kitab Arab tua Tasauf yang muktabar, tetapi ayat-ayat umpama itu agaknya adalah diambil dariapada kitab-kitab Tasauf jenis zaman modern di setengah-setengah tempat ada yang karut daripada kitab-kitab lama (tua). Bahkan ia adalah dariapada hasil yang tersalah diambil pengertian daripada pengucapan-pengucapan yang terlatah diwaktu al-ittihad atau wahdatul wujud berdasarkan kepada ini memang logik.

Di sana ada pula yang mengatakan wahdatul wujud itu sebagai ajaran falsafah dan ada pula yang mengatakan al-Hallaj mengajar wahdatul wujud kepada murid-muridnya atau lain-lain sebenarnya huraian-huraian atau sumber-sumber yang umpama itu adalah berdasarkan kepada sedap-sedap faham datau dirasanya begitu kemudian ditulis ataupun bahan-bahan yang umpama itu dikutip-kutip dari buku-buku jenis baru atau majalah.

Semuanya itu mengelirukan belaka kerana wahdatul wujud itu sebenarnya bukanlah sebagai ajaran sebagaimana pelajaran-pelajaran biasa yang kita belajar atau ambil dari guru dan bukan pula sebagai falsafah untuk difaham begitu tetapi ia adalah suatu perkara zauq yang terjadi bagaimana diterang dengan panjang lebar tadi. Malah ia adalah suatu perkara yang tak boleh diterang dengan cakap dan tak boleh ditakbir dengan qalam.

Oleh yang demikian maka segala huraian wahdatul wujud dengan takbir umpama itu sungguh-sungguh mengelirukan dan tak bertanggungjawab melainkan setelah dipelajari dan diambil petua/fatwa dari guru yang ahli. Maka tak sayugialah ditulis, dibahas, dikupas dan dikorek isinya melainkan oleh orang yang ahli kerang mungkin tersalah, sebab otak manusia tak dapat menggambarkan zauq sufiyah itu walaupun oleh ahli wahdatul wujud sendiri melainkan kalau hendak memaham, rasalah sendiri dan sebenarnya wahdatul wujud ini bukanlah hak kepunyaan orang awam.

Suatu qaedah yang tetap iaitu wahdatul wujud tidak berlaku melainkan pada waktu maqam fana'. Adapun pada ketika ia baqa' tak mungkin berlaku wahdatul wujud keran seorang dalam maqam baqa' itu mempunyai dua alam kesedaran; iaitu alam batin dan alam zahir (tubuh kasar) yakni kedua-duanya bekerja dengan kesedaran masing-masing, adapun waktu fana' maka alam batin sahaja yang sedar tetapi tetapi alam zahir iaitu tubuh kasar dengan perasaan pancainderanya adalah lenyap dari kesedaran kesemua sekali. Apabila seorang yang fana' itu kembali kepada maqam baqa' maka jadilah ia seorang wali besar atau kita gelarkan "al-insan al-kamil".

aL-AHKAM online - Petikan dari buku Mengenal Diri Dan Wali Allah oleh Musatafa Muhamad al-Jiyasi



Wa ilal Liqo'


-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]On Behalf Of
Abdul Jamil Lam
Sent: Tuesday, October 05, 1999 1:14 PM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Fahaman Wahdat al-Wujud : Ibnul 'Arabi



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ASSALAMUALAIKUM Sahabat ku saudara/i yang dikasihi, disayangi, diingati dan
dirahmati Allah Ta'ala sentiasa.

Izinkan saya membicarakan pula perihal "Fahaman Wahdat al-Wujud : Ibnul
'Arabi", dengan niat dan harapan untuk sama-sama kita berkongsi ilmu dan
maklumat yang sedikit ini, untuk diamalkan.

InsyaAllah, setiap kebenaran itu akan hadir juga pada hati dan nurani kita
masing-masing.

Hanya Allah sahaja yang menentukan masa dan ketikanya yang sesuai.

Fahaman Wahdat al-Wujud : Ibnul 'Arabi (Pendekatan Dan Kefahaman)



BILA menyentuh persoalan Al-Hallaj, terdetik pula saya untuk dikaitkan
dengan fahaman Ibnul 'Arabi. Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi, akan
nama-nama Sufi besar ini dengan nama-nama Ibnu Farid, Hamzah Fansuri, Syeikh
Sitijenar dan beberapa lagi nama-nama Sufi besar yang agung di dalam
membawakan fahaman Wahdatul Wujud.

Seperti dengan tajuk yang didiskusikan ini, saya mengambil kesempatan untuk
membahaskan sedikit berkenaan fahaman Wahdatul Wujud yang dibawa oleh Ibnul'
Arabi.

Fahaman Wujudiyyah (berkenaan Wujud) Ibnul 'Arabi ini adalah bercorak
Wahdatul Wujud (Kesatuan Wujud). Beliau sendiri menulis dalam karangannya
demikian : "Maha Suci Allah yang menjadikan segala-galanya dan Dia sendiri
Zat semuanya (a'yanuha)." Pendapat atau fahaman seperti ini timbul dari
tanggapan atau konsep bahawa Allah itu sebagai Wujud yang meliputi segala
dan tapak atau dasar bagi segala dan Maha Kekal pula. Konsep seperti ini
biasanya berakar umbi dalam pengalaman keruhanian orang-orang mistik (Sufi).
Dari perasaan dan pengalaman demikian, timbullah fahaman atau doktrin Wahdat
al-Wujud itu.

Menurut pendapat Ibnul 'Arabi, tidak perlu membuktikan adanya Allah kerana
ia melampaui atau Maha Tinggi dari semua bukti. Dia sendiri adalah bukti
wujud-Nya yang terzahir dalam a'yan wujud-Nya yang ada di mana saja dan
bila-bila masa saja? Kata beliau, "Tiada yang wujud kecuali Dia saja. Tidak
ada ada "di sana" atau "di sini". Kemanakah hendak lari kerana tidak ada
yang lain kecuali Dia yang meliputi dan merangkumi segalanya! Kata Ibnul
'Arabi lagi, "Tidak ada yang ku pandang kecuali wajah-Nya."

Dasar atau pokok seluruh sistem Wahdatul Wujud ialah hanya ada satu Hakikat
atau Wujud. Wujud ini menzahirkan diri-Nya dalam banyak dan berbagai bentuk
dan rupa. Wujud Yang Esa itu bukan sebagai Wujud yang menerbit atau mencipta
atau Wujud yang dari-Nya terbit segala sesuatu selain diri-Nya. Bahkan ayat
"penzahiran dalam bentuk-bentuk" itupun tidak tepat, kerana Zat dan bentuk
tidak bercerai dan berpisah kecuali dalam fikiran dan khayalan kita saja.
Hanya khayalan atau fikiran kita sahaja yang menceraikan-Nya. Penzahiran
(tajalli) itu, menurut Ibnul 'Arabi, adalah sifat atau wajah (aspek) yang
melaluinya Wujud Yang Satu itu dianggap atau diperihalkan.

Beliau menyimpulkan falsafah agamanya dengan ayat yang berikut :

"Orang membentuk pelbagai kepercayaan tentang Tuhan, Tetapi aku memandang
semua yang mereka percayakan itu."

Inilah dia pendapat dan fahaman sebenar Ibnul 'Arabi berkenaan tafsiran
Wahdatul Wujud.

Patut diingat bahawa Ibnul 'Arabi adalah seorang Sufi yang besar dan
pandangannya adalah menurut pandangan keruhaniannya sendiri. Terpulanglah
kepada kita hendak percaya atau tidak dengan pendapat beliau itu. Beliau
mengemukakan pandangannya, terpulanglah kepada kita menghakimkannya.

Sufisma adalah ilmu dan fahaman orang-orang Sufi. Orang-orang Sufi mengkaji
hakikat diri mereka dan alam semesta raya dan berusaha untuk mengenal Allah
SWT. Mereka menerawang ke alam ruhaniah. Mereka seterusnya mencapai
kehampiran dengan Allah SWT sehingga mereka merasa "bersatu" (ittihad) dan
"berpadu" (hulul) dengan Allah SWT. Inilah perasaan dan pandangan jiwa
mereka, merasa terlalu hampir dengan Allah hingga terasa bersatu dengan Dia.
Ini diperolehi melalui pengalaman keruhanian orang-orang Sufi. Pandangan
mereka pun berdasarkan pengalaman dan kesedaran batin mereka itu sendiri.
Matlamat mereka ialah "mengenal Allah" yang mereka istilahkan sebagai
"Ma'rifat".

Akal manusia tidak sanggup memahami kesatuan segala maujud ini dan tidak
dapat membuktikan bahawa objek-objek alam nyata yang banyak ini tidak
berwujud sendirinya. Semua ini difahami melalui kasyaf dan pengalaman
keruhanian saja.

Bagi sahabat-sahabat ku saudara/i yang membaca penulisan dan diskusi ini,
hendaklah memandangnya dari sudut keruhanian dan pengalaman batin orang
Sufi. Jika pandangan kita tidak dari sudut tersebut, maka sukarlah hendak
memahami penulisan ini. Ada lebih baik jika pembaca bertanya kepada
orang-orang yang ahli dan faham dengan konsep dan fahaman orang-orang Sufi
ini untuk memahaminya.

Wallahu ta'ala a'lam.......

Wassalamu.......

Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

P/S : Saya tidak pasti apakah anda semua faham dengan apa yang di tuliskan
ini! Harap Maaf! Segala kesulitan amat dikesali!

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to