*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
UUM - Universiti Untuk Menyusahkan?


Saudara Pengarang,

DI UUM serba-serbi bermain dengan RM. Peraturan yang dibuat
semuanya ada hubung-kait dengan duit. Misalnya, pelajar yang
membawa kenderaan sendiri dikehendaki mendaftar kenderaan
mereka di pejabat keselamatan dan diwajibkan membeli pelekat
universiti.

Selepas itu, pelajar yang tinggal di kolej dikehendaki
membayar duit petak meletak kenderaan dan pelekat untuk
kolej pula. Bagi motosikal bayarannya ialah RM5.00 dan
kereta RM20.00. Apakah makna semuanya ini. Sudahlah kena
bayar pendaftaran dan pelekat kenderaan bagi universiti,
kena lagi di kolej kediaman. Perlu diingat pelajar yang
membawa kenderaan sendiri tidak akan menaiki perkhidmatan
bas universiti, walaupun semua pelajar diwajibkan membayar
yuran pengangkutan ini. Adalah suatu yang membebankan untuk
pelajar membayar kesemua bayaran yang telah ditetapkan.

Masalah meletak kenderaan di blok-blok akademik, tempat
meletakkan kenderaan bagi pelajar adalah sungguh terhad
tetapi untuk kakitangan, amat banyak sekali. Yang menjadi
masalahnya, apabila pelajar meletakkan kenderaan di petak
'Kakitangan sahaja', kenderaan itu akan disaman menurut
peraturan lalu lintas universiti. Kalau sekali saman
RM10.00, kalau hari-hari...?

Kami meminta pihak berkuasa universiti agar lebih prihatin
terhadap masalah kami. Tidak semua pelajar UUM ini datangnya
dari golongan berada. Kami merayu kepada pihak universiti
agar menghapuskan semua peraturan yang sungguh menyusahkan
kami. Semoga Allah memberkati perkhidmatan dan jasa baik
tuan-tuan.

Penangguk Keadilan,

UUM, Kedah

(melalui e-mel)



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Concorde" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to