Assalammualaikum wrt
 
Saya ingin merujuk kepada Majalah CLEO (October, 99) keluaran syarikat ACP (South-East Asia) Pte. Ltd yang telah menghina dan mengaibkan YB MB Nik Aziz mengenai isu wanita cantik tak perlu bekerja. Berikut adalah petikan daripada majalah tersebut:
 
"That's So PASse
No thanks to Nik Aziz, head of PAS who's been trying to put back women's rights by 50 years. "Don't hire beautiful women," quote he. "Beautiful women can get rich husbands easily while less beautiful ones need to be given salaried jobs. Hence, the beautiful have husbands to look after them while the non-beautiful have money." When you've got something sensible to say, Nik, let us know. Until then..."
 
Begitulah petikan dpd majalah tersebut pada muka surat 34. Apa yang lebih mengaibkan ialah petikan tersebut berserta dengan wajah MB telah disiarkan di dalam satu muka surat yg turut menunjukkan seorang perempuan dan laki-laki bercium. Disamping itu, wajah-wajah artis dan supermodel seperti Cindy Crawford  turut disiarkan. LEBIH BURUK LAGI IALAH DI BAWAH MUKA SURAT TERSEBUT DISIARKAN PERBANDINGAN ALAT KELAMIN KAUM ADAM.
 
Saya amat berharap Dewan Pemuda PAS dapat bertindak dengan sewajarnya terhadap Penerbit Musyrik tersebut. Saya juga menyeru kepada para pembaca menghantar surat protes atau memboikot majalah berkenaan supaya satu penjelasan dan ucapan maaf di terima daripada Penerbit berkenaan.
 
Saya sertakan alamat Penerbit Majalah tersebut:
 
ACP (South-East Asia) Pte Ltd
Letter Box 78
30th Floor
UBN Tower,
10 Jalan P. Ramlee
50250 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2025527
Fax: 03-2025530
 
 
Sekian dan Wassalam
Muhamad Shukri

Reply via email to