*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum,

Kisah di bawah ini, buat renungan para penonton yang
masih ingin menonton apa saja yang
dipertontonkan...............

Wassalam

KU MED

-------------------------------------------------------------------------------

Tepukan kembali bergemuruh untuk ahli silap mata itu.
Persembahan silap matanya kali ini semakin mendapat
sambutan. Sambil mengumbarkan
senyuman ke arah penonton, dia memulakan
persembahannya di atas pentas. Saku di baju kotnya
diseluk. " Nampak ini?" tanyanya kepada penonton
 " Duittttt..." jawab penonton. Masing -masing mula
cemas.  " Penonton sekelian,  hari ini saya akan
hilangkan duit ini dari pandangan anda semua," kata si
pesilap mata. " "Nampak apa di hujung sana?" tanyanya
lagi kepada penonton. " Itu adalah dua tabung duit
yang akan menerima duit dari saku kot saya ini, "
katanya kepada penonton. 

Diseluknya sekali lagi tangan ke dalam saku. Apabila
keluar sahaja tangannya, tiadalah kelihatan lagi akan
duit beratus juta yang dipegangnya tadi. Dia berkejar
ke hujung pentas. Lalu dibukanya dua tabung tersebut.
" Lihat, duit tadi kini berada di dalam kedua-dua
tabung ini," kata si pesilap mata kepada penonton.
Sepantas kilat, tiba-tiba sahaja duit tersebut juga
hilang. Hebat dan ajaib. " Nampak?
Bagaimana saya mampu mengadakan dan menghilangkan
duit?" tanya si pesilap mata sekali lagi. " Dia memang
hebat," sahut salah seorang
pembantunya. "Dia boleh hilangkan dan adakan duit
dalam sekelip mata," sahut seorang penonton.

Kini tiba persembahan kedua. Diambilnya seekor tikus
dan dimasukkannya ke dalam perangkap. " Tahu apa saya
nak buat kepada tikus ini?" soalnya
kepada penonton. Tikus tersebut nampak begitu cergas
bergerak. " Saya akan uji  tikus ini dengan racun",
katanya kepada penonton. Satu kotak
bertulis "racun tikus" dikeluarkan. Sebaik sahaja
tikus tersebut memakan makanan yang telah dicampur
racun, segala pergerakannya mula
perlahan. Matanya tertutup rapat. Dia mencari-cari
akan sumber air. Si pesilap mata tersenyum melihat
akan gelagat tikus tadi.

Tiba-tiba pesilap mata menyelukkan tangannya ke dalam
saku kot. Rupa-rupanya dia memegang satu jarum
penyuntik yang boleh digunakan
untuk mengambil sampel darah dan kencing tikus.
  " Lihat, kencing ini akan saya uji di satu makmal.
Manakala darah pula akan saya cerakinkan",
katanya kepada penonton.

Selesai  meneguk sebotol air mineral, dia terus
menyemburkan air kepada tikus tadi. Tikus tersebut
terus bergerak cergas. " Pelik, tapi
ajaib...........", kata salah seorang penonton. Tikus
itu pulih seperti
sediakala. Hebat. Dia boleh racun tikus dan
mengembalikan semula kesihatan tikus ke paras normal. 

Tiba-tiba terdengar suara bersahut-sahut di belakang
dewan. Ada sebahagian penonton mula melaung-laungkan
kata-kata yang kurang
menyenangkan. " Itu bukan silap mata. Duit itu mungkin
dia yang ambil", kedengaran satu suara yang sayup di
hujung dewan. " Ya! mungkin dia
ambil dan bahagi-bahagikan di kalangan rakan-rakannya"
, sahut seorang lagi penonoton dari belakang.  Dengan
nada keras  si pesilap mata menjawab, " mereka yang di
dalam dewan ini yang tidak percaya kepada silap mata
saya, mungkin telah dipengaruhi oleh orang asing dari
luar dewan". Dewan sunyi seketika.

Salah seorang penonton yang agak berani telah mara ke
hadapan. " Tikus itu? Awak patut jawab satu persoalan.
Tadi awak racun dia. Tapi sekarang bagaimana tikus itu
masih hidup? " tanya penonton yang berani itu. Dengan
wajah yang bersahaja  si pesilap mata menjawab , "
saya tidak racun dia. Saya cuma menguji dia dengan
racun.............................."

Dewan menjadi gamat. Persembahan si pesilap mata pun
tamat.




=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Engku Hamid Engku Seman <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke