*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
--- [EMAIL PROTECTED] wrote:
> From: [EMAIL PROTECTED]
> Date: Fri, 8 Oct 1999 03:54:43 -0400 (EDT)
> To: [EMAIL PROTECTED]
> Subject: H-Net* ulasan mingguan - 2
> 
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN
> KEADILAN
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum,
> 
> Membaca berita pertemuan 'tidak rasmi' antara anak
> Singa UMNO, Hamid Albar atas kapasitinya sebagai
> Menteri Luar Malaysia dengan rakan sejawatan dari
> negara haram Israel, David Levy di New York pada 26
> hb September lalu membuatkan hati kita jadi
> berdegap-degup. Kita tertanya-tanya, sudah hilangkah
> sensitiviti negara kita ini dengan sejarah kekejaman
> dan kezaliman Israel terhadap saudara-saudara
> seislam kita di Palestine sana.
> 
> DAN, MUNGKIN KERANA SECARA KEBETULAN PERTEMUAN HAMID
> DAN DAVID  INI DIBUAT DALAM BULAN SEPTEMBER ,  TERUS
> IANYA MENGINGATKAN KITA KEPADA  NOSTALGIA LAMA KISAH
> PERJUANGAN KUMPULAN GERILA "THE BLACK SEPTEMBER"
> YANG CUKUP DIGERUNI ISRAEL SUATU KETIKA DULU!!
> 
> Untuk yang sudah lupa sejarah atau pun memang tak
> pernah diajar sejarah kisah saudara-saudara seislam
> kita di bumi Palestine berjuang untuk membebaskan
> tanah air mereka daripada cengkaman Yahudi, di sini
> saya perturunkan sedikit catatan sejarah untuk
> penghayatan bersama. Insyaallah saya akan cuba tulis
> seringkas mungkin.
> 
> Kalau kita baca Sejarah Israel versi Yahudi, kita
> akan diberitahu bahawa bumi Israel hari ini adalah
> tanah air tok nenek mereka dahulu kala; dikatakan
> mereka bahawa negara Israel ini sudah pun diduduki
> oleh Tok Nenek mereka sejak 1800 tahun sebelum
> kelahiran nabi Isa. Kemudian diceritakan juga
> bagaimana Israel dijajah bersilih ganti sehinggalah
> kerajaan British dan sekutu-kutunya mengisytiharkan
> Israel sebagai sebuah negara untuk orang2 Yahudi
> seluruh dunia pada tahun 1947.
> 
> Untuk pengetahuan, sejarah telah mencatatkan bahawa
> Jerusalem yang ketika itu berada di bawah
> pemerintahan kristian telah jatuh ke tangan tentera
> Islam di bawah pemerintahan Khalifah Umar pada tahun
> 638. Pada tahun 1099, Jerusalem ditawan semula oleh
> tentera Kristian. Seratus tahun kemudian, tentera
> Islam berjaya mengambil alih semula Jerusalem
> daripada tentera Kristian.
> 
> Selama beratus-ratus tahun lamanya selepas itu ,
> Israel berada di bawah pemerintahan Khalifah Islam
> bersilih ganti sehinggalah penubuhan kedutaan
> British yang pertama di Jerusalem dalam pertengahan
> tahun 1800. Ketika itu, di ketika mana pemerintahan
> empayar Othmaniah sedang berada dalam keadaan nazak;
> seorang kenamaan British berdarah Yahudi bernama
> Moses Montofiore mula mencanangkan idea penubuhan
> negara Yahudi Israel pada tahun 1839. Selepas itu,
> kemasukan beramai-ramai orang2 Yahudi dari seluruh
> pelusuk dunia pun bermula.
> 
> Kemasukan beramai2 org2 Yahudi ini berterusan
> sehinggalah selepas Perang Dunia 2, di mana orang2
> Islam sudah hilang sabar dengan keadaan ini. Di
> ketika keadaan makin meruncing, British dan
> sekutunya mengisytiharkan penubuhan negara Israel
> untuk orang Yahudi pada tahun 1947.
> 
> Selepas British berundur pada tahun 1948, peperangan
> pun meletus; setahun kemudian setelah genjatan
> senjata diisytiharkan, tentera2 Yahudi dengan
> bantuan sekutu baratnya telah berjaya menguasai
> sebahagian besar bumi Palestine. 
> 
> INILAH PERMULAAN KEPADA "PERJUANGAN YG BELUM
> SELESAI" YANG TERUS MENERUS DIPIKUL OLEH
> SAUDARA-SAUDARA SEAGAMA KITA DI BUMI PALESTINE
> HINGGALAH KE HARI INI!!
> 
> [Kalau siapa-siapa ada kesempatan bertemu Hamid
> Albar, minta tolong pi habag cerita ini kat dia
> sat!!]
>                   
> Pada tahun 1967, berlaku peperangan antara Israel
> dan Mesir, Jordan serta Syria yang dikenali sebagai
> Peperangan Enam Hari, kerana setelah enam hari
> berperang Israel pun menang. Bukan takat menang,
> tapi mereka juga berjaya menawan Bukit golan, Tebing
> Barat , Semenanjung Gaza dan Gurun Sinai.
> 
> Sejarah mencatatkan bahawa peperangan ini dan
> beberapa siri peperangan sebelum dan selepas itu 
> (1948, 1956, 1967, 1973) telah mengakibatkan lebih
> daripada 500,000 orang2 Palestine terpaksa melarikan
> diri ke negara2 berdekatan sebagai pelarian;
> menumpang teduh buat sementara dengan harapan suatu
> hari nanti mereka akan dapat kembali semula ke rumah
> masing-masing.
> 
> HARI INI, MASIH RAMAI LAGI YANG MASIH HIDUP SEBAGAI
> PELARIAN HINGGALAH KE SAAT INI - SAAT DI MANA HAMID
> ALBAR BERJABAT SALAM DENGAN DAVID LEVY DI NEGARA
> PAKCIK YAHUDI DI BUMI NEW YORK!!
> 
> Perjuangan untuk membebaskan bumi Palestine
> diteruskan dari luar terutama di Jordan yang pernah
> menjadi pangkalan PLO suatu ketika dulu. 
> 
> Di penghujung tahun 1960an, penculikan kapalterbang
> oleh gerila-gerila Palestine seakan sudah menjadi
> berita biasa. Bagi mereka, itu adalah satu cara
> untuk menarik perhatian masyarakat dunia terhadap
> perjuangan mereka.
> 
> Kemuncaknya ialah penculikan beberapa buah kapal
> terbang milik Amerika, British dan Switzerland
> secara serentak pada bulan September 1970; dibawa ke
> sebuah kawasan gurun di Jordan dan kemudian
> diletupkan. Tragedi ini menyebabkan berlaku
> pertelingkahan antara kerajaan Jordan dan pejuang2
> Palestine. Akibatnya berlaku pertempuran antara
> askar2 Jordan di bawah arahan Al-Malik Hussein dan
> tentera2 PLO. Kerana tiada pilihan, orang2 Palestine
> terpaksa membawa diri sebagai pelarian ke bumi
> Labenon. Dalam pertempuran itu, dianggarkan 5000
> orang telah terkorban.
> 
> Selepas kejadian ini, lahirlah satu kumpulan gerila
> Palestine yang paling digeruni, diberi nama  "The
> Black September". Kalau anda masih ingat sejarah,
> pada tahun 1972, kumpulan ini telah menggempur
> kampung Sukan Olimpik di Munich, Jerman dan menawan
> 11 ahli sukan Yahudi. Apa yang mereka minta sebagai
> pertukaran dengan tebusan berkenaan ialah pembebasan
> rakan-rakan mereka di penjara Yahudi. Dalam operasi
> menyelamatkan tebusan itu, berlaku pertempuran
> menyebabkan semua 11 orang Yahudi itu terbunuh.
> 
> RASANYA KALAULAH  KUMPULAN "THE BLACK SEPTEMBER" INI
> MASIH WUJUD,  SAHIH SYED HAMID INI DAH KENA PENAMPAR
> SEBAB DOK GATAL TANGAN NAK PI BUAT KAWAN DENGAN
> PUAK-PUAK YAHUDI INI!!
> 
> Selepas diusir dari Jordan, masyarakat Palestine
> berundur ke Lebanon; dan di situ mereka meneruskan
> perjuangan bersenjata mereka untuk mengusir Israel
> dan seterusnya mendapatkan kembali tanah air mereka
> drpd genggaman Yahudi. Beberapa siri serangan
> dilancarkan dari semasa ke semasa ke Wilayah Utara
> Israel; di samping pertempuran2 biasa dengan
> militia2 pro-Israel di negara Lebanon.
> 
> Pertempuran2 biasa dengan puak2 pro-Israel ini
> akhirnya bertukar menjadi Perang Saudara yang sengit
> di Lebanon pada tahun 1975. Walaupun sibuk dengan
> Perang Saudara ini, pejuang2 Palestine masih sempat
> menyerang beberapa kedudukan Yahudi di utara Israel
> dan lain2 kepentingan Israel di seluruh dunia.
> Hasilnya, pada tahun 1978, Israel menyerang dan
> seterusnya menawan wilayah selatan Lebanon.
> 
> Pun begitu, ini tidak melemahkan semangat pejuang
> Palestine untuk terus berjuang; mereka terus
> mengasak kedudukan Israel di wilayah utaranya
> menggunakan Lebanon sebagai pangkalan. Hasilnya,
> Israel melancarkan operasi "Peace in the Galilee"
> pada bulan June 1982.
> 
> Operasi besar-besaran Israel ini melibatkan
> ketumbukan 76,000 tentera, 1,250 kereta kebal, 1,500
> troop carrie beserta sokongan padu tentera laut dan
> tentera udara. Mereka melancarkan serangan
> bertubi-tubi ke arah kedudukan Palestine di Lebanon.
> Setelah 40 hari bertahan, pejuang2 Palestine
> terpaksa berundur dari Beirut. Seramai lebih kurang
> 3,600 pejuang Palestine terpaksa berundur buat
> seketika, meninggalkan anak2 dan isteri2 mereka di
> khemah2 pelarian, dengan penuh kepercayaan bahawa
> Barat dan Masyarakat Antarabangsa akan menjaga dan
> menyelamatkan anak2 dan isteri2 mereka drpd diganggu
> gugat oleh tentera Yahudi.
> 
> MALANGNYA, SEBAIK-BAIK SAHAJA PASUKAN PERTAHANAN
> ISRAEL MEMASUKI BEIRUT, PEMBUNUHAN BESAR-BESARAN DI
> KHEMAH PELARIAN SABRA DAN SHATILLA PUN BERMULA!!
> 
> Dianggarkan lebih daripada 25,500 orang2 Palestine
> dan Lebanon telah terkorban atau mengalami luka
> parah akibat kekejaman tentera Yahudi dalam tempoh
> lebih kurang sebulan (4 hb Julai 1982 hingga 15 hb
> Ogos 1982). Rujuk "Third World Quaterly" Volume 6
> issue 4 October 1984 page 934-949.
> 
> 40% daripada mangsa kekejaman Yahudi ini ialah
> kanak-kanak; dan termasuk dalam senarai ini ialah
> seorang mangsa yang diabadikan kenangannya dalam
> sebuah lagu ciptaan Zubir Ali (?) yang saya tak
> pasti tajuknya, tapi korusnya masih saya ingat
> hingga hari ini; dan saya yakin sahabat-sahabat yang
> seangkatan dengan saya tentunya masih ingat lagi
> senikata lagu tersebut:
> 
> "MUNIR DITEMBAK PEEENUH LUKA....."
> 
> [Sesiapa yang masih ada senikata lagu itu, ada
> baiknya diforwardkan ke diskusi net ini untuk
> tatapan bersama; dan kalau ada yang rajin, mungkin
> boleh talipon DJ radio minta mainkan semula lagu
> ini....cepat, sebelum kena haram!!].
> 
> Akhir kalam, kekejaman tanpa batas puak Yahudi
> terhadap saudara-saudara seislam kita di Palestine 
> sana tidak mengenal wanita tua atau anak kecil;
> mereka bagaikan sudah naik gila bermain dengan darah
> orang Islam. Kerana itu, sesiapa sahaja yang sanggup
> bersalam dengan mereka, tak kira Hamid Albar atau
> Hamid Othman, maka secara otomatik darah 25,500
> insan malang di khemah pelarian itu turut terpalit
> ke tangan mereka-mereka yang berkenaan.
> 
> Kerana itu, kita ingin tulis dengan penuh ikhlas di
> sini, kalau pun kita tak mampu nak pergi Palestine
> untuk turun berjuang bersama mereka, doakanlah
> kejayaan mereka dari jauh; janganlah kita nak
> menambahkan lagi luka di hati mereka dengan
> menghulur tangan berjabat dengan Yahudi, musuh utama
> mereka dan musuh utama kita hingga ke akhir zaman.
> 
> DAN, KALAU PUN KITA RASA BERSALAH SEBAB DOK PI TUDUH
> SOROS DAN YAHUDI SEBAGAI PUNCA KEJATUHAN MATAWANG
> NEGARA, TALIPON AJELAH MINTA MAAF; JANGANLAH DOK PI
> BERJABAT SALAM TERANG-TERANGAN SAMPAI SATU DUNIA
> NAMPAK!!
> 
> Malu wei, nanti sebab Mahathir punya hal, tak pasal
> pasal kita kena luku kepala dengan Pak Arab bila pi
> ambik haji nanti.....
> 
> Wassalam,
> Pakdin
> 
> 
>  
> 
> 
> ---------------------------------------------------
> Get free personalized email at http://www.iname.com
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  
>                )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    
>                )
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: [EMAIL PROTECTED]
> 




=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke