Pucuk dicita ulam mendatang.

Satu perkembangan yg bagus! Semoga ramai lagi yg pergi mendengar ceramah itu boleh terbuka mindanya. Meneliti apa yg diucapkan dan mengambil iktibar. Tambahan pula boleh menderma. Rugilah kalau tak derma. Dlm umno derma RM1 atau 50 sen tak dipandang. Mereka akan dapat lihat para petugas parti alternatif begitu ikhlas menjalankan tugas tanpa perlu diupah wang ringgit. Ini baru PAHALA namanya.

Biasanya di akhir ceramah akan diadakan doa mohon kepada Allah supaya Allah bukakan pintu2 hati orang2 yang tidak  mahu menegakkan kalimah ALLAH. Harap2 tu biarlah pemuda umno tunggu sampai habis ceramah.

Banyak kejadian berlaku, ramai orang umno yg pergi ceramah parti alternatif melihat dengan mata kepala mereka sendiri dan mendengar yg tidak ada satu pun fitnah dan maki hamun yg digembar-gemburkan oleh pemimpin umno. Dengan ini mereka akan dapat menilai ceramah mana yg benar. Sebab apa ramai org datang. Ini kerana dlm ceramah2 parti2 Alternatif, banyak ilmu dan pelajaran yg mereka akan dapat. Apabila bertambah ilmu, tidaklah jadi mereka seperti katak bawah tempurung. Fikirlah sendiri. Lihatlah sendiri.

Kebiasaannya ramai yg terus tinggal umno. Bila dah ramai ahli gerakgempur umno tinggal umno. Makin hari makin susutlah penyokong2 umno kerana telah berhijrah kepada parti alternatif. Sebab itulah sekarang ini umno tidak berani memecat ahli2nya yg telah bersama parti alternatif, kerana kalau asyik pecat, tinggallah mamak sekor tu.

Syabas gerakgempur umno! Boleh bawak wanita tudung merah sekali jugak

 

BERITA MALAYSIA


October 10 , 1999 18:52PM

 

PEMUDA UMNO "RAIKAN" CERAMAH PEMBANGKANG DENGAN BENDERA

 

PETALING JAYA, 10 Okt (Bernama) -- Pemuda Umno di seluruh negara akan "meraikan" ceramah parti-parti pembangkang dengan membawa bendera dan panji-panji Umno ke majlis-majlis itu mulai hari ini, kata pemangku ketua pergerakan itu Datuk Hishammuddin Tun Hussein.

Langkah itu akan membuatkan kehadiran Pemuda Umno, yang sebelum ini ditohmah bermacam-macam termasuk dianggap pengecut dan bacul, akan lebih terasa, katanya.

"Kita dah masuk mod pilihan raya sekarang...kita akan gempur dan satu cara ialah dengan meraikan ceramah parti-parti pembangkang dengan panji-panji kita,"katanya kepada pemberita selepas menutup perhimpunan perkasa Pemuda Umno Bahagian Subang di Kelana Jaya dekat sini, hari ini.

Difahamkan bahawa sejak dua minggu kebelakangan ini parti-parti pembangkang juga turut meraikan majlis-majlis dan ceramah yang dihadiri pemimpin-pemimpin Umno di Terengganu dengan mengibarkan panji dan bendera parti masing-masing pada majlis itu.

Dengan langkah itu yang merupakan satu daripada strategi Pemuda Umno dalam menghadapi pilihan raya, beliau berharap Pemuda Umno akan mendapat sedikit ruang dan kelonggaran untuk bebas bergerak dalam ceramah-ceramah parti-parti pembangkang.

Hishammuddin yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Utama, berkata sebelum ini pun memang ada anggota Pemuda Umno menghadiri ceramah-ceramah pembangkang yang membolehkan beliau mendapat maklumat mengenai ceramah yang disampaikan.

Ketika ditanya sama ada langkah itu akan berupa provokasi terhadap parti pembangkang, beliau berkata: "Kami bukan hendak cari pasal atau bertumbuk dengan mereka, saya hanya mahukan kehadiran Pemuda dirasai... saya takkan menyetujui cara-cara yang membelakangkan undang-undang."

Beliau memberi amaran kepada parti-parti pembangkang, yang telah pun memulakan tindakan yang lebih teruk daripada itu terhadap ceramah-ceramah Umno, bahawa berkibarnya panji-panji Umno pada ceramah mereka kelak hanya merupakan satu strategi kecil sahaja yang mampu dilakukan oleh Pemuda Umno.

"Selain itu kami juga terus menjalankan tugas tradisi kami masing-masing bersama Wanita dan Bahagian yang lazim dijalankan setiap kali musim pilihan raya," katanya.

Antara tugas tradisi itu ialah mengemaskinikan hal-hal dalaman parti seperti mengesan anggota parti yang tidak diketahui tempat tinggal baru mereka dan mendekati secara pragmatik para pengundi baru di bandar-bandar, yang akan menambahkan asas kekuatan Umno.

Pemuda juga akan menjelaskan kepada rakyat mengenai pelbagai pembohongan besar dan sikap double standard yang dilakukan oleh pembangkang seperti dakwaan kononnya bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diracun dan gelagat pembangkang menggunakan mahkamah untuk kepentingan politik, katanya.

Hishammuddin juga berkata kira-kira 20,000 Pemuda Umno akan berarak secara konvoi dari selatan, timur dan utara menuju ke Pulau Pinang bagi mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk mengingati ulangtahun ke-50 sayap Pemuda dalam Umno akhir bulan ini.

"Kami hanya ingin mengembalikan semangat yang kuat di kalangan Pemuda tetapi jika perarakan itu kelak ditafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai menunjukkan kekuatan Pemuda, ia lebih baik," katanya.

Menurut beliau Pulau Pinang dipilih kerana di negeri itulah sayap Pemuda dicetuskan oleh Kapt Hussein Onn dan Ustaz Ahmad Badawi.

Ketika berucap sebelum itu, beliau berkata Pemuda Umno perlu berjuang habis-habisan untuk kemenangan cemerlang Barisan Nasional bukan untuk kerusi di Parlimen semata-mata tetapi lebih pentingnya untuk membuktikan kepada dunia kekuatan kesatuan dan perpaduan rakyat Malaysia.

"Ini kerana kita bersaing sekarang bukanlah sesama kita tetapi dengan negara-negara maju yang jelas mempunyai agenda tersendiri... mereka mengeksploit kegawatan ekonomi rantau ini untuk menjajah secara baru," katanya sambil memberi contoh kritikan Naib Presiden Amerika Syarikat Al-Gore terhadap demokrasi di Malaysia. -- BERNAMA

blue.gif

bernamasmall.gif

Kirim email ke