Pendapat saya , mahathir tak akan mengadakan pilihanraya sekarang...
kemungkinan besar tahun depan kerna mungkin dia nak menjadi seorang PM yang mengakhiri abad ini dan PM yang
memulakan abad baru....melangkau abad lah tu.....mungkin dia nak gunting ribbon merasmikan abad baru kot....!!!!!!!
 
----- Original Message -----
From: Concorde
Sent: Saturday, October 09, 1999 01:53 AM
Subject: H-Net* Pilihan raya umum diramal bulan depan

Pilihan raya umum diramal bulan depan

Kabinet arah menteri batalkan cuti

KUALA LUMPUR -- Malaysia sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya lebih awal sedang semakin banyak bukti menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, mungkin memanfaatkan pemulihan ekonomi dan tamparan kepada para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, ekoran dakwaan beliau diracuni didapati tidak benar.

Dalam satu perkembangan terbaru, Kabinet kelmarin mengarahkan para menteri dan pegawai kanan supaya membatalkan cuti mereka, demikian menurut laporan-laporan akhbar.

Ini adalah sejajar dengan jangkaan yang semakin meningkat bahawa Dr Mahathir, yang perlu mengadakan pilihan raya menjelang pertengahan tahun depan, akan membubarkan parlimen bulan ini dan mengadakan pilihan raya pada minggu kedua atau ketiga bulan depan.

"Masa kini semakin suntuk," kata seorang pengamat politik.

Seorang pegawai kanan bank pula berkata:

"Semua tanda kini menjuruskan beliau akan bertindak tidak lama lagi.

"Ramai orang berkata bahawa pilihan raya umum akan diadakan bulan depan."

Dr Mahathir mendapat berita yang agak baik pada minggu ini apabila sebuah panel doktor melaporkan bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri itu tidak menunjukkan tanda-tanda diracuni arsenik seperti yang didakwa.

Penilaian itu adalah berdasarkan ujian yang telah dibuat pada bulan lalu.

Para penyokong Datuk Seri Anwar, termasuk isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata laporan doktor itu tidak mengetepikan kemungkinan beliau diracuni pada Ogos lalu apabila mula-mula mendakwa diberikan arsenik.

Laporan itu membolehkan Dr Mahathir dan para menteri membalas tuduhan para penyokong lawan bahawa tuduhan keracunan itu adalah palsu.

Sementara itu, Dr Mahathir kelmarin berkata bilangan bank utama hasil daripada gabungan bank-bank setempat juga tidak semestinya menjadi enam.

Ini adalah bertentangan dengan rancangan pada Julai lalu oleh bank pusat.

Rancangan untuk menggabungkan bank itu mencetuskan kemarahan masyarakat Cina, yang menyifatkannya sebagai hanya memanfaatkan kalangan para peniaga Melayu.

Dengan menyatakan rancangan itu boleh diubah, Dr Mahathir dilihat cuba mengendurkan kalangan pengkritik rancangan tersebut.

Sementara itu, peningkatan perusahaan, yang semakin berterusan, membuktikan bahawa pemulihan ekonomi kini semakin kuat.

Dr Mahathir yang menang empat perlima majoriti dalam pilihanraya 1995, dijangka menghadapi ujian pilihanraya yang paling sengit sejak berkuasa dalam 1981. -- Reuters.

Kirim email ke