Assalamualaikum......
Lucu juga ye cerita yang you paparkan disini. Tapi rasanya banyak pengajaran
yang boleh didapati dari cerita-cerita tersebut.
Apa yang masih saya ingat hingga kehari ini ialah nasihat ibu sewaktu saya mula
menjadi isteri.
1. Jangan lupakan Allah dan kita orang islam
2. Jaga tempat tidur suami,
3. Jaga makan minum suami,
4. Jaga diri
6. Jaga hati suami.
Tak lupa ibu menghadiahkan lesung batu, walaupun tak mahal harganya. Kata ibu
anggaplah lesung batu tu seperti kamu berdua. Tolong menolong antara satu sama
lain.
Sekiranya berlaku perbalahan/pergaduhan seorang lagi hendaklah mendiamkan diri
jangan dicurah minyak pada api yang sedang membakar, nanti bertambah teruk
maraknya. Seeloknya selepas 3 atau 4 hari baharulah diceritakan sebab atau
mengapa kita tak setuju dengan suami/ isteri kita kerana pada waktu itu
kemarahan kita telah reda.
Itulah yang saya amalkan sehingga sekarang. Saya amat bersyukur kerana ibu sudi
menasihatkan saya dan rumah tangga yang saya bina masih kekal hingga kehari ini.
Saya amat menyayangi suami saya kerana dia lah pendorong saya selama ini.
Salam
Noriza
Mas Merah wrote:
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Kisah Rumah lah tangga ada-ada saja…(hemm ni petikan lagu)
>
> Kisah Rumahtangga ni memang tak pernah habis….yang suami menyalahkan si
> isteri, yang si isteri pulak, menyalahkan si suami. Masing-masing dengan
> hujah masing-masing…..memang tak mahu mengaku salah…. Macam-macam rungutan
> yang didengar… kalau semua bersifat terbuka dan memberi ruang memperbaikki
> keadaan bukankah bagus…dapat ler win-win situation. Maklumlah ada orang
> berfalsafah, "Kesalahan Menjadi Semakin Tebal Bila Cinta Menjadi Semakin
> Tipis". Perasaan cinta ni mesti dibaja sentiasa kalau tidak terkulai
> layulah ia…
>
> Magic Word….
>
> Shelly bercerita, "suami saya , nak itu ..nak ini…nak ambil air segelas
> dalam peti ais pun tak reti. Pinggan walau sebutir tak pernah nak basuh.
> Bukan I tak nak buat..tapi kalau benda yang senang-senang macam tu dia buat
> sendiri, kan lega sikit saya,". Satu hari dia suruh saya, saya buat diam
> jer…dia suruh lagi sekali saya tanya dia …"mesti ada magic word" . Dia
> pandang saya kehairanan. "Magic word apa pulak ni," soalnya. Kemudian saya
> suruh dia tanya anak saya yang kecil umur 6 tahun..apa dia magic word…"Magic
> word tu papa…The End," jawab anak perempuan saya tu. Saya gelak besar.
> "Itu the end bila Mama habis baca buku ceritalah baby," kata saya. Selepas
> "The End" soal saya kembali. "Oooo lepas The End…Thank You," jawab anak
> saya. Suami saya senyum. Mulai dari hari tu dia selalu ucap terima
> kasih…malah ucapan terima kasih dah jadi bahasa harian di rumah. Sekarang
> bila suami saya mintak apa-apa, kalau dia lupa sebut 'magic word' anak-anak
> saya semua akan mengingatkan "Magic word papa….". Sekali-sekala bila saya
> pulak mintak tolong suami, dia pulak yang sibuk…"Magic word Mama," pintanya
> dengan senyuman. Bila saya kata Thank You, dia pulak demand…"One more time
> please…", usiknya… Gelihati juga dengan telatah suami ni," cerita Puan
> Shelly.
>
> Hingga terbau kebersihannya…
>
> Amy atau nama sebenarnya Aminah memberitahu, waktu mula kahwin, dia memang
> tension, apa tidaknya..kain baju suami dan dia kena asing-asing. Suami dia
> siap beli almari khas untuk kain baju suaminya dan almari Amy hanya untuk
> kain baju dia. "Memang suami saya ni pembersih orangnya…dia punya baju
> dalam almari kemas jer tersusun rapi. Kat rumah kalau bersepah sikit cepat
> jer dia menyapu…pendek kata sejak hampir 7 tahun usia perkahwinan saya, saya
> belum pernah lagi bimbit apa-apa sampah sarap untuk dibuang. Toilet pun
> saya tak pernah cuci…memang itu dah jadi kerja dia…memang suami saya ni
> pembersih…, sebab tu saya layan suami betul-betul…kalau sebelum dia balik
> pastikan rumah tak tunggang-langgang, anak-anak semua dah siap mandi dan
> bersih serta saya pun berpakaian seksi dan wangi…itulah nak menambat hati
> suami," ujarnya sambil ketawa.
>
> Petua Mendapat Bonus daripada Isteri
>
> "Suatu hari saya berikan suami saya beberapa petua untuk menawan hati
> isteri," ujar Maria. "Semuanya bermula bila saya mengungkit dia jarang ada
> di rumah. Masanya dihabiskan di pejabat atau out station,"cerita Maria.
> "Suami saya dengan keras berkata, apa lagi yang awak mahu…mobile phone saya
> bayar, kad kredit saya bayar…rumah saya bayar, semua tu nak menyenangkan
> awak tau…sampai kereta awak pun saya bayar," ujar beliau. " Saya tarik
> tangan dia…..terus saya peluk dan cium suami saya…saya kata saya
> hargai…kemudian terus saya pujuk dia supaya keluar dinner dengan saya.
> Malam tu kami pergi candle light dinner. Mood dia dah bertukar…dia
> kelihatan lebih ceria,".
> Lepas makan…..sambil relek, saya pegang tangan dia… dan beritahu dia…,
> "Darling… isteri ni bukan menilai kasih sayang dari segi harta benda… pada
> suami bila berjaya belikan isteri rumah, kereta dan sebagainya..itu pada
> mereka dah cukup membuktikan kasih sayang mereka. Isteri punya sistem
> pemarkahan pada suami..bukan begitu. Pada mereka setiap pemberian tu ada
> markah….kalau u bagi rumah, tu baru satu markah…contohnya kalau u bagi I
> kereta, rumah, mobile phone…itu baru kira 3 markah….so maknanya in order
> untuk you mendapat markah…you kena sentiasa memberi…. Walaupun hanya sebuah
> ciuman, itupun ada markah…..apatah lagi kalau you surprise kan isteri dengan
> pergi bercuti dan sebagainya…itu kira dapat markah bonus…..tak perlu
> suami tunggu 3 tahun atau 4 tahun untuk menyenangkan isteri dengan hadiah
> atau harta benda yang besar-besar….bangun pagi dan cium isteri pun dah ada
> markah, call isteri dari pejabat pun ada markah, menyibok di dapur sambil
> tolong isteri masak pun ada markah….pendek kata buku pemarkahan isteri untuk
> suami macam graf…makin hari makin naik., " begitu terang Maria. Suaminya
> hanya gelak lucu. "Tapi Darling..satu jer yang I nak beritahu, sekali
> isteri tak trust suami, markah suami ditolak dengan
> banyaknya….merudum..susah nak naik tau…," ujar Maria lagi… Suami Maria hanya
> tersenyum, dia kemudian tidak lagi fokus kepada bentuk material untuk
> membahagiakan isterinya. Dia lebih pemurah dengan pujian, senyuman, belaian
> dan sometimes mengejutkan Maria dengan pulang awal daripada pejabat. "Hari
> ni abang dapat bonus tak yang…," ujarnya pada Maria…."Sure Darling…I bagi
> you markah bonus, dengan hadiah cepu mas…malam ni, I mandikan you ok…,"
> bisik Maria ke telinga suaminya… Suaminya memandang Maria sambil tersenyum
> lebar
>
> Begitulah ceritanya..
>
> MasMerah :)
>
> ______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Mas Merah" <[EMAIL PROTECTED]>
begin:vcard
n:;
tel;work:032654171
x-mozilla-html:FALSE
org:;Data Security Unit
adr:;;;;;;
version:2.1
end:vcard
S/MIME Cryptographic Signature