*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Email dibawah di Forward pada Haris. Maaf tiada rujukan tepat,
Untuk renungan dan panduan.

Bagi Haris, sama ada lelaki atau wanita punya
peranan yang sama.

Hanya, wanita itu adalah tanggung jawab
lelaki, yang nanti akan disoalkan.

Suami kepada isteri.
Bapa kepada anak perempuannya (selagi belum bersuami).
Anak lelaki kepada ibunya.

Wassalam.

: )

http://hafnie.cjb.net

----------------

Subject: untuk suami-suami........

Assalamu'alaikum wrh.

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya
sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga
memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun
untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada
 makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil
 tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk
 membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di
rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika
mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke
masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai
sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah
baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada
apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak
ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka
Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?"
(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina
'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada
apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja
hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di
wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat
seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur,
"Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu
dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras
kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku
pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku
menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan
ibu kepada anak-anakmu?"
Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah
yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar  dan tawadhuknya baginda dalam menjadi
ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat
oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun
ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka
mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu
sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda
itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah
ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi
bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang
sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat
amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan
dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat
menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang
menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya
tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan
tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya
buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan
demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan
ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi
beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku,
agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia
ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat
kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di
sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan
kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga
berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si
Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut
perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul
persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan
peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang
kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan
oleh  media massa, hanyalah cerita-cerita derita
akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di
tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia
yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang
lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana
yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda
begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan
akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka
yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya.
Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang
bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di
dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula
membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur
Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang
lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling
unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri
Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung
tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang
lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk
baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu
sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan
 pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah
 bengkak-bengkak.

Fizikalnya sudah tidak mampu
 menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya
 oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah
 engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
 bersusah payah begini?"
 Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku
 ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin
 menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Hanya Yang Terbaik

cucu tok kiyai


------------------
Untuk sokongan masalah komputer.
Hantarkan email kepada Autoresponder
[EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Harisfazillah Jamel" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke