*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum…


          Beberapa minggu yang lalu, saya ada meminta kerjasama dari rakan
hizbi yang dihormati untuk mendapatkan artikel tulisan Datuk Abdullah Ahmad
iaitu wakil khas negara tercinta ini di PBB. Artikel  tulisan Datuk Abdullah
Ahmad di dalam utusan malaysia di ruangan mingguan isnin beliau di bawah tajuk
"PANDANGAN DARI TUDOR CITY. NEW YORK". Tulisan tersebut  adalah berkenaan
dengan perayaan ulang tahun ke 50 kemerdekaan India dan Pakistan dan telah
disiarkan dalam tahun 1997 , hanya seminggu dua selepas kedua negara tersebut
merayakan jubli emas kemerdekaan  .

        Ada dikalangan rakan hizbi yang mengesyorkan saya supaya mencarinya di
archive utusan malaysia.Telah saya lakukan perkara tersebut dari awal lagi
tetapi tak ketemu apatah lagi tiada archieve bagi tarikh 25hb.ogos.1997.

        Saya harap dapat berkongsi perkara ini dengan rakan hizbi berdasarkan
tulisan asal Datuk Abdullah Ahmad tetapi malangnya tidak berjaya.Namun saya
tetap ingin berkongsi perkara ini berdasarkan ingatan saya yang mana saya rasa
masih tidak lari dari fakta-fakta yang disiarkan dalam artikel tersebut.

        Dalam artikel tersebut, Datuk Abdullah telah menulis tentang perubahan
yang telah berlaku di India dalam masa 50 tahun selepas kemerdekaan
tersebut.Saya tak berapa ingat tulisan beliau tentang Pakistan kerana apa yang
beliau tulis tentang India lebih menakutkan saya menyebabkan saya lebih ingat
perkara ini.

                ************************************

India - dalam usaha untuk memberi kemerdekaan kepada benua India ini, penjajah
British telah mengambil beberapa langkah jangka panjang untuk memastikan terus
berlaku perbalahan kekal antara muslim India dan hindu India.

        Langkah pertama yang diambil oleh penjajah British ialah memisahkan
benua India itu kepada dua iaitu India dan penubuhan negara baru iaitu
Pakistan dimana Pakistan akhirnya terlibat dalam perang saudara lantas
melahirkan Bangladesh. 

        Kerajaan British juga telah mengambil atau memisahkan sebuah negeri
kecil dari Pakistan dan menyerahkannya kepada penguasaan India . Negeri atau
daerah kecil itu adalah Kashmir.

       Datuk Abdullah ada menyatakan bahawa tujuan perkara ini dilakukan oleh
penjajah British adalah untuk menimbulkan masalah terhadap hubungan India dan
Pakistan.

       Jelas kepada pengetahuan kita  betapa Kashmir telah menjadi duri dalam
daging kepada hubungan India dan Pakistan sehingga hari ini.Dan terang kepada
kita bahawa strategi penjajah British ini telah mengena dan begitu menyusahkan
negara Islam lain yang begitu prihatin tentang maruah dan masa depan negara
islam yang kecil ini kerana sekaligus menjejaskan maruah dan masa depan islam
itu sendiri di masa akan datang secara tidak langsung. 

                "SESUNGGUHNYA UMAT ISLAM ITU BERSAUDARA "


        ***Cukup penting untuk kita ketahui bahawa pada saat kemerdekaan
diberi kepada benua India ini, peratusan penduduk India yang beragama islam
adalah 80% dan hanya 20 % menganut hindu.Tetapi pada saat India merayakan
kemerdekaan yang ke 50 tahun , peratusan ini telah menjadi terbalik dimana
hanya 20 % penduduk India  yang beragama islam dan mereka yang menganut hindu 
telah berubah dari 20 % menjadi 80 %.

                     ********************************

Ingat…!!!! Ini adalah angka yang diberi oleh Datuk Abdullah Ahmad dan tersiar
dalam utusan malaysia . Saya amat pasti bahawa Datuk Abdullah Ahmad adalah
seorang yang bertanggungjawab dalam tulisan beliau . Wajar kita teliti dan
fikirkan tulisan beliau ini baik-baik kerana ia adalah tulisan seorang yang
begitu berpengalaman dan telah menempuh berbagai agenda politik baik
diperingkat  kebangsaan mahupun dunia di zaman lalu.

        Seperkara lagi yang dinyatakan oleh Datuk Abdullah Ahmad ialah
bagaimana penjajah British telah memindahkan hampir kesemua ulama islam yang
berada di dalam India ke negeri atau daerah kecil Kashmir. 

        Tujuan sebenar penjajah British ini tidaklah diketahui dan saya tidak
ingat samada Datuk Abdullah ada menyebut tentang perkara ini.

       Namun kesimpulan ringkas yang mampu dibuat oleh kita yang berpelajaran
biasa ialah penjajah British ingin memisahkan umat islam di benua India yang
besar dengan  ulama  dan dengan kemudahan pengangkutan yang kita boleh agak
begitu mundur pada ketika itu , media massa dan media letronik yang barangkali
entah dimana dan mungkin dikawal oleh sesetengah golongan sahaja pada waktu
itu , maka terpisahlah umat islam di benua India yang begitu luas itu dari
pemerhatian,teguran , ingatan dan nasihat serta tunjuk ajar dari alim ulama
yang tinggal  jauh di Kashmir.

       Dan setelah 50 tahun , akhirnya lahirlah perangkaan seperti yang
dinyatakan oleh Datuk Abdullah Ahmad iaitu daripada 80 % umat islam di India
,angka tersebut telah berubah kepada 20 % sahaja .

       Dan jika  matlamat sebenar penjajah British dalam usaha memusatkan 
alim - ulama di negeri Kashmir sahaja adalah untuk memutuskan hugungan umat
islam dari alim ulama , maka perancangan jangka panjang yang halus ini telah
berjaya.

       Berbalik kepada perkara yang berlaku didalam negara kita pada hari ini.
Kita sebagai umat islam pada hari ini amat mengetahui tentang serangan jahat
seorang manusia yang bernama MAHATHIR ke atas institusi ulama negara kita.Jika
dulu, serangan itu menjadi satu rahsia umum dimana mahathir telah menyerang
alim ulama secara tertutup di majlis-majlis tertentu sahaja tetapi pada hari
ini, semua rakyat malaysia telah mengetahui bahawa mahathir begitu berani dan
ia telah menyerang ulama  secara terbuka lagi lantang di perhimpunan rakyat di
Melaka pada minggu lepas.

ALANG-ALANG MENYELOK PEKASAM .
BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN…
AGAKNYA ITULAH FIKIRAN MAHATHIR…
SOMBONG DAN BONGKAK YANG TIDAK HABIS-HABIS….
KITA AJAR MAHATHRI DAN UMNO DALAM PILIHANRAYA NANTI….

         Persoalannya…apakah matlamat atau agenda mahathir dalam hal ini
sebenarnya?

         Apakah mahathir dengan kedudukan  sebagai seorang Perdana Menteri
begitu taksub dengan masalah peribadi beliau dengan seorang ulama sanggup atau
begitu bodoh membazirkan wang, masa dam minda beliau  menyerang seorang ulama
tanpa sebarang agenda tersembunyi lain????

          Kita tidak mampu untuk mengetahui apa yang telah dilakukan oleh
kerajaan India selepas kemerdekaan terhadap hubungan umat islam diserata India
dengan ulama yang dikumpulkan di Kashmir.

           Apakah perkara yang sedang dilakukan oleh mahathir  pada hari ini
iaitu merosakkan kredibiliti institusi ulama sebenarnya adalah amalan yang
ditiru dari kerajaan India tinggalan penjajah British pada masa lampau dan
hasilnya generasi yang sedang membesar pada waktu itu telah hilang kepercayaan
kepada institusi ulama pada waktu-waktu terakhir ini ?????

            Mungkinkah ada beberapa strategi lain yang dilakukan oleh kerajaan
India berdasarkan kitab penjajah British pada waktu itu yang sedang diamalkan
oleh mahathir pada hari ini tetapi tidak kita ketahui jika hanya berasaskan
kepada pelajaran yang kita perolehi di sekolah atau universiti???

INGAT …JANGAN SEKALI-KALI KITA LUPA BAHAWA  DARAH YANG MENGALIR DI TUBUH
MAHATHIR ADALAH JUGA DARAH MAMAKKUTI.

            Dan kepada rakan hizbi serta pembaca yang dihormati, mohon saya
kepada anda semua  yang masih ada menyimpan atau mampu memperolehi artikel
Datuk Abdullah Ahmad ini supaya mengetengahkan tulisan asal itu agar sama-sama
dapat kita nilai semula secara bersama tulisan tersebut.

            Tidak mustahil dan tidak saya nafikan kemungkinan silap tafsiran
saya tentang hal ini tapi inilah yang mampu dikaitkan oleh saya setelah sekian
lama merenung tulisan yang saya kira satu ingatan jujur lagi ikhlas oleh Datuk
Abdullah Ahmad.

            Dan kini setelah bertahun saya baca tulisan Datuk Abdullah Ahmad
ini, saya dapati rentak dan gaya tulisan beliau pada hari ini telah jauh
bezanya dari apa yang beliau tulis sebelum 2hb.sept.1999. 

          Tulisan beliau kini seolah mengiyakan mahathir tetapi  tulisan
beliau sebelum 2hb.sept.1998  lebih menyokong kepada nilai-nilai murni
kehidupan selaras dengan kehendak islam.Tetapi dalam pada itu, waktu ini masih
diselitkan oleh beliau beberapa baris ayat nasihat yang cukup halus menyokong
reformasi. 

          Kepada ahli fikir dan cendikiawan melayu serta bijak pandai akedemik
islam di luar sana , dapatkanlah artikel asal Datuk Abdullah Ahmad ini dan
buatlah penilaian anda semua dan kita kongsi bersama dalam mentelaah agenda
sebenar mahathir dalam usaha jahat beliau menjahanamkan kredibiliti ulama di
negara bertuah ini.

           Kepada pemantau internet untuk mana-mana ahli parlimen atau wakil
rakyat melayu , buat cetakan dan edarkan kepada boss anda yang saya percaya
agak sibuk untuk membaca tulisan Datuk Abdullah Ahmad tentang hal ini, tidak
mustahil wujud kemungkinan mereka semua terlupa menafsir tujuan sebenar
serangan mahathir terhadap ulama ataupun mereka telah diberi penjelasan yang
"seleweng" oleh mahathir tentang tujuan ini . kita amat mengetahui bahawa
mahathir cukup bijak bermain dengan kata-kata.

TAK SALAH ANDA  CUBA  MENILAI TUJUAN SERANGAN MAHATHIR DARI SUDUT YANG
BERLAINAN DARI PENERANGAN BELIAU.

            Kepada ahli parlimen melayu yang mendakwa diri mereka "PEMIMPIN
BANGSA MELAYU YANG BERTUAH INI", bersegeralah bangkit dan tinggalkan umno .
mahathir perlu disekat dan ditentang segala niat beliau yang jahat dan
seleweng itu.

SEDARLAH..INGATLAH BAHAWA PERLEMBAGAAN NEGARA KITA TIDAK TERTULIS DAN TIDAK
MENGHENDAKI KITA SEBAGAI WARGA NEGARA INI MENGANGKAT IKRAR TAAT SETIA PADA
SEORANG KETUA ATAU  PRESIDEN UMNO HATTA SEORANG PERDANA MENTERI SECARA
PERIBADI SEPERTI ANDA SEMUA TELAH LAKUKAN. INSAFLAH….ANDA SEMUA TELAH
DISELEWENG OLEH MAHATHIR BEGITU JAUH SEKALI.


         Kepada rakan hizbi dari golongan tabligh. Anda mungkin mempunyai
kesempatan untuk mendapatkan analisis dari pemikir islam dari India tentang
peratusan  dan taktik yang dilakukan oleh kerajaan india dulu kerana anda
tentu mempunyai jalinan hubungan yang lebih baik dengan mereka dari India.

Lakukanlah ia demi Islam dan bangsa melayu tercinta ini.

         Kepada semua, sebar dan cetaklah hal ini supaya kita sedar tentang
niat jahat mahathir terhadap agama, bangsa dan negara tercinta ini berdasarkan
hakikat bahawa:-

SEBENARNYA TIDAK ADA SEKELUMIT PUN DI HATI DAN JIWA MAHATHIR HASRAT UNTUK
MENAIKKAN MARTABAT BANGSA DAN AGAMA ISLAM DI NEGARA INI SEJAK DULU LAGI DAN
SEGALA APA YANG DILAKUKAN OLEH BELIAU SEJAK MEMERINTAH ADALAH "gula-gula"
DALAM USAHA MEMBELI JIWA UMAT ISLAM SEMATA-MATA UNTUK MENJAHANAMKAN ISLAM DAN
BANGSA MELAYU DI MASA DEPAN.

         Jangan terburu-buru, ambillah masa anda dalam memikirkan hubung- kait
antara serangan mahathir terhadap ulama dengan apa yang telah berlaku di India
dalam masa 50 tahun selepas merdeka dalam keadaan dimana umat islam telah
dipisahkan dari alim ulama dan media cetak serta media eletronik tidak berada
di dalam kawalan orang yang benar-benar inginkan islam .


INGAT…!!!   UMAT ISLAM YANG TULEN HATI DAN SEMANGAT  PERLU MENGUASAI MEDIA
ARUS PERDANA……DAN KERAJAAN.........


Wassalam .
Nakalsikit
12hb.ogos.1999


____________________________________________________________________
Get free email and a permanent address at http://www.netaddress.com/?N=1

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke