*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum...

Saya adalah salah seorang (daripada berpuluh-puluh ribu) yang telah
disusahkan oleh bank bumiputra-commerce, yang tiada nampak langsung ruh
islam itu.

Sejak lebih lima tahun saya mempunyai 2 akaun Al-Wadiah dengan Bank
Bumiputra. Salah satu daripadanya untuk masuk gaji. Isteri saya pun ada satu
akaun Al-Wadiah.

Ekoran daripada pengambilalihan BBMB oleh Bank of Commerce, entiti baru
bernama bumiputra-commerce telah membuat dekree bahawa semua pemegang akaun
Muamalah BBMB (termasuk Al-Wadiah) di tendang keluar ke Bank Muamalat.

Bank Muamalat adalah bank baru, cawangannya hanya 40 diseluruh Malaysia,
berbanding BBMB lama yang mempunyai lebih 200 cawangan.

Saya tidak anti Bank Muamalat, tetapi amat tidak berpuashati dengan cara
bumiputra-commerce mengendalikan pemegang akaun Muamalah BBMB. Saya dipaksa
pindah ke bank baru yang entah di mana letak cawangannya. Saya juga
dinasihatkan oleh bumiputra-commerce supaya memberitahu majikan untuk
memasukkan gaji ke dalam akaun Bank Muamalat. Kami terasa macam pelarian,
tercari-cari tempat untuk berlindung.

Ini bukan caranya melayan pelanggan. Ini juga tindakan yang melawan arus dan
tindakan yang amat tidak cerdik - di masa bank-bank lain berebut-rebut
mengadakan produk Muamalah, bank yang baru ini (bumiputra-commerce) memilih
untuk menendang keluar kesemua pemegang akaun muamalah BBMB dan memilih
untuk tidak menawarkan apa-apa produk Muamalah.

Saya yang sekolah tak setinggi mana ni tak faham mengapa terjadi sebegini.
Bank yang kononnya terbesar di Malaysia tidak mengambilkira keperluan
perbankan umat Islam. Dilihat daripada anggota Lembaga Pengarah dan anggota
Jemaah Pengurusannya, hampir kesemuanya nampak macam orang Islam (sila rujuk
di bawah). Pengerusinya pula seorang "Al-Haj" !!!

Oleh itu saya yang kerdil ini telah mengambil tindakan yang juga kerdil -
mengeluarkan kesemua simpanan saya dan isteri saya yang ada dalam akaun BBMB
(sekarang Bank Muamalat) dan memasukkannya ke dalam akaun Al-Wadiah bank
lain. Gaji saya juga akan dimasukkan ke dalam akaun baru Al-Wadiah tersebut.
Saya juga menolak pelawaan bumiputra-commerce untuk membuka akaun baru di
cawangan mereka di tempat saya.

Wallahua'lam


Lembaga Pengarah & Jemaah Pengurusan Bumiputra-Commerce
(ruj. 1. http://www.bumiputra-commerce.com.my/bcb-corporateinformation.html
2. http://www.bumiputra-commerce.com.my/)


Board of Directors
===================
Tan Sri Radin Soenarno Al-Haj  Chairman
Tan Sri G. K. Rama Iyer        Director
Tan Sri Ernest Zulliger        Director
Dato' Sulaiman Aris            Director
Dato' Md. Nor Md. Yusof        Director/President/CEO
Dr. Rozali Mohamed Ali         Director

Management Team
================
Dato' Md. Nor Md. Yusof        Chief Executive Officer
Dato' Halim Muhamat            Chief Operating Officer
Kamal Batcha Dawood            Executive VP Retail Banking
Azmi Abdullah                  Executive VP Business Banking
Hashemi Albakri                Executive VP Corporate and Institutional
Rosnah Kamarulzaman            Executive VP Policy and Control


===========


>Subject: H-Net* boikot bank bumiputra-commerce
>   Date: 13 Oct 99 19:46:39 PDT
>   From: abang tebuan <[EMAIL PROTECTED]>
>     To: [EMAIL PROTECTED]

>Assalamu'alaikum,

>Oleh kerana bank bumiputra-commerce banyak EKSYEN dengan
>tidak menawarkan kaunter berlandaskan Islam, saya dengan
>ini mencadang kan boikot saja bank ini.

>Kalau nak pakai juga untuk pembayaran gaji, pakai akaun
>semasa dia orang, lepas tu keluarkan semuanya. Especially
>yang pakai ATM tu - sebab semua ATM memang tak ada jaminan
>keselamatan. Kalau hilang, jangan harap nak dapat refund.
>Simpan bawah bantal lagi selamat berbanding dengan ATM.

>Ataupun kalau dah banyak duit sangat, melabur dalam dana2
>Islam pun bagus juga. Tabung haji okay juga.

>Wassalam

__________________________________________________
FREE Email for ALL! Sign up at http://www.mail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Nordin <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke