*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


>>>>saLLammm all .... citer ni memang benar ... terpulang pada pembaca nak
>>>>percaya atau tidak ....  kalau tipu ... maka menipulah member yg citer
>>>>kat kita ....
>>>>
>>>>
>>>>Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa
>>>>terdapat satu  bilik dipanggil  " Bilik Terakhir" .  Dibilik inilah
>>>>seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "
>>>>BILIK TERAKHIR"  adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir
>>>>  bagi si  pesalah  jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung
>>>>sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di " BILIK TERAKHIR
>>>>inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis,  menjerit, bercakap
>>>>seorang diri dan  berbagai lagi perlakuan kerana  menyesali kesalahan
>>>>mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana  dikatakan tidak kuat
>>>>semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
>>>>Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu
>>>>sewaktu  proses  pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering
>>>>terdengar suara-suara  sayu meminta tolong, suara orang menangis dan >
>>>>bermacam-macam lagi dari  Bilik Terakhir tesebut.Tak kurang juga ada
>>>>diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk
>>>>menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula
>>>>kelihatan kambing keluar semula.  Ramai bomoh dan  pawang yang dipanggil
>>>>  bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa  suara-suara yang
>>>>sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu  adalah akibat
>>>>roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana
>>>>mati mereka ditali gantung.  Nak dijadikancerita pada suatu malam Jumaat
>>>>ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah  ditugaskan mengawal
>>>>kawasan yang berhampiran dengan  "Bilik Terakhir"  itu.
>>>>Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau
>>>>terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik
>>>>tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah
>>>>bendanya  itu.  Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam
>>>>kesamaran seekor kambing  hitam sedang menuju kearah  "Bilik Terakhir>
>>>>"itu lalu lesap  begitu saja. Ia  berasa harian bagaimana seekor kambing
>>>>boleh ada dikawasan itu?
>>>>Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri " Bilik
>>>>Terakhir> " itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah
>>>>bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta
>>>>menggigil  ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang
>>>>samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan
>>>>kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah
>>>>terperanjatnya ia  bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
>>>>mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu
>>>>menjelmalah satu lembaga yang  mengerikan seraya
>>>>berkata.........................................................................................

>>>>...................
>>>>....................................................................
>>>>" Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh harta itu"
>>>>"Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa "
>>>>"Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa "
>>>>"Ha Ha Ha Ha Ha"
>>>>" Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa"
>>>>



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Reply via email to