Melalut betul si hamid ini dengan isu yahudi. Lagi banyak dia ulas, nampak sangat ketololan sendiri. Dulu kata berubah dengan syarat, kadang2 pulak kata tak pernah berubah. Memang lidah biawak

Tetapi kenapa tidak kata terus, TIDAK AKAN BERUBAH. Jawapan sebegini lebih meyakinkan. Bila hamid jawab tidak pernah berubah, beliau sememangnya betul. Pendirian malaysia memang macam tu. Itu yg tersurat. Tetapi pendirian mahathir terhadap Israel sangat lunak.

Oleh itu maksud tidak pernah berubah ialah dasar yg ada dari dulu hingga hari ini tidak berubah. Tetapi selepas ini, selepas BN dapat kuasa, AWASSSSSSS!!!

Lihat pula bagaimana hamid ini seorang yg tidak bertanggung jawab sebagai menteri apabila menerima memorandum dari Pemuda PAS Malaysia:

"Kita buang masa sahaja, tidak perlu kita layan," katanya apabila ditanya mengenai memorandum PAS.

Siapa yg menteri2 umno/bn layan? Rintihan hati rakyat tidak dilayan, didiskriminasikan antara umno dan pas. Begitu juga dengan kenyataan sami blue tentang pinjaman pendidikan anak2 india diluar negeri. "Sebab dia orang pergi tanya sama D A P, kita suruhlah diorang minta duit sama D A P jugak" kata Samy Blue.

Nampaknya yang dilayan ialah permintaan taukey2 dan korporat yang boleh memberi menteri2 ini dan kroni2nya persen dan saham. MALAYSIA BOLEH!!!

 

BERITA MALAYSIA


October 14 , 1999 23:24PM

 

PENDIRIAN MALAYSIA MENGENAI ISRAEL TIDAK PERNAH BERUBAH

 

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Hamid Albar berkata pendirian Malaysia tidak akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel tidak pernah berubah.

"Pendirian kerajaan jelas, kita sudah beritahu kita tak berubah. Saya sudah cakap kita punya pendirian, tidak perlu saya jawab lagi," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai memorandum Dewan Pemuda PAS yang dihantar kepada beliau, membantah perjumpaannya dengan Menteri Luar Israel David Levy di New York, bulan lepas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Naib Speaker Pertama Dewan Perundingan Iran Dr Hassan Rouhani di pejabatnya, di sini, hari ini.

Memorandum itu diserahkan oleh Ketua Pemuda PAS Mahfuz Omar kepada Setiausaha Politik beliau Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail di Wisma Putra, Isnin lalu.

Syed Hamid sebelum ini berkata pertemuan itu diadakan atas permintaan Israel dan dipersetujui Malaysia kerana sebagai anggota dipilih Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), ia perlu berbincang dan berunding dengan pelbagai pihak di PBB.

"Kita buang masa sahaja, tidak perlu kita layan," katanya.

Beliau berkata tindakan Pas itu hanya bertujuan untuk mendapatkan keuntungan politik dengan menaikkan kemarahan orang ramai.

"Saya tak fikir orang akan beli cara-cara macam itu," katanya.
-- BERNAMA

blue.gif

Kirim email ke