Saya sokong 100% keputusan JPN memasukkan Identiti Agama dalam I/C.  Dan perkara ini memang benar, kerana telah di temui beberapa orang yang mempunyai I/C baru yang telah dimasukkan maklumat agama.  Nampak gayanya penceramah "BA" dah tak boleh guna isu ini lagi semasa berkempen.

Satu perkara lagi, anda boleh menukar I/C Bergambar Hitam Putih kepada I/C Bergambar Warna, dalam masa 2 minggu.  Ini yang di beritahu oleh salah seorang staff JPN.

Surat Beranak (Sijil Lahir) jika anda daftarkan di JPN, anda boleh mendapatkan nya (prosesan) dalam masa lebih kurang 10 minit saja, dengan tulisan yang menarik (Computer Printing) dan anda juga akan tahu dan perolehi No I/C. untuk anak anda.

Malah, JPN (Bahagian Kaunter), contoh di JPN Caw. Klang, sekarang sudah berubah wajah, tidak seperti dulu.

Sekian.
 

KPT: Identiti agama penting

KUALA LUMPUR, Isnin - Nama tidak semestinya menggambarkan identiti agama dan bangsa seseorang, kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Azizan Ayob.

Berikutan itu, katanya, kemasukan identiti agama sebagai maklumat baru dalam kad pengenalan bermutu tinggi (KPT) yang diperkenalkan sejak 1 September lalu, penting bagi mengenal pasti agama pemegang kad berkenaan.

Ketika ditemui Berita Harian hari ini, Azizan berkata, maklumat agama dimasukkan dalam kad pengenalan berkenaan bagi memudahkan urusan mengenali identiti seseorang terutama agama mereka.

"Peraturan itu sebenarnya tidak menghalang kebebasan beragama, sebaliknya ia hanya merekodkan kenyataan agama seseorang.

"Ini memudahkan pelbagai urusan serta penguatkuasaan pihak berkuasa seperti menahan orang Islam yang makan di khalayak ramai ketika Ramadan, tanpa ragu-ragu mengenai status agama mereka," katanya.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam, Dr Maamor Osman, berkata peraturan itu tidak seharusnya dijadikan isu kerana agama bukannya sesuatu yang rahsia, sebaliknya perlu dimaklumkan kepada orang ramai.

"Maklumat itu penting terutama dalam masyarakat majmuk kerana menyenangkan pelbagai urusan," katanya.

Beliau memberi contoh ada kes mualaf yang meninggal dunia tetapi dituntut keluarga yang bukan Islam kerana tidak tahu ahli keluarga mereka sudah memeluk Islam.

"Selain itu, ramai juga anak kacukan Cina dan India mempunyai paras rupa Melayu, tetapi bukan Islam. Justeru maklumat agama penting bagi membolehkan ia dikenali," katanya.

Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Kamarozaman Abd Rahman pula berpendapat seseorang yang ada agama tidak seharusnya malu mengumumkannya.

Beliau berkata, seseorang itu harus berbangga dengan agama yang dianutinya dan soal diskriminasi tidak timbul dengan memasukkan maklumat agama dalam kad pengenalan.

 deleted...

Kirim email ke