Mamak tua ini memang suka orang (pemberita2) ikut dia, kemudian tanya dia soalan yg dia saja boleh jawab. Bila ramai pemberita menemurah dia dan dia akan syok sendiri. Dia akan rasa dia sangat popular!
 

Belanjawan tetap 29 Okt. -- PM: Kita lihat sama ada Parlimen dibubarkan atau tidak

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Belanjawan tahun 2000 tetap akan dibentangkan pada 29 Oktober ini seperti yang dijadualkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.

''Ya, belanjawan akan dibentangkan pada tarikh itu, saya memberi anda jaminan. Oleh itu tidak akan ada pilihan raya (pada tarikh itu),'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada belanjawan negara akan tetap dibentangkan pada tarikh itu.

Perdana Menteri bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada Parlimen akan dibubarkan selepas pembentangan belanjawan itu.

'' Kita lihat sama ada ia akan dibubarkan atau tidak tetapi jika kita mempunyai 'cukup air' kita berkemungkinan akan membubarkannya,'' katanya selepas merasmikan Persatuan Doktor Pakar Islam Malaysia, di sini hari ini.

Sebelum ini, pemerhati politik kuat meramalkan Parlimen akan dibubarkan sebelum belanjawan tahun 2000 dibentangkan pada 29 Oktober ini.

Kebanyakan mereka berpendapat, senario sekarang amat baik untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-10 diadakan.

Bagaimanapun Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tun Mohamed Zahir Ismail, baru-baru ini berkata, kerajaan boleh membentangkan belanjawan sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya diadakan.

Bagaimanapun menurut Zahir, oleh kerana belanjawan tersebut belum diluluskan oleh Parlimen maka ia perlu dibentangkan semula apabila kerajaan baru dibentuk.

Beliau berkata, proses pembentangan belanjawan itu hendaklah dilakukan seolah-olah ia tidak pernah dibentangkan sama sekali.

Ditanya gambaran belanjawan, Perdana Menteri berkata, ia akan menggambarkan kejayaan langkah-langkah pemulihan ekonomi yang di luar jangkaan.

Malah beliau berkata, kadar pertumbuhan ekonomi adalah lebih baik berbanding yang dicapai pada suku tahun kedua.

Mengenai mesyuarat khas Barisan Nasional (BN) pada 25 Oktober ini, Perdana Menteri berkata, mesyuarat itu bukan saja untuk membincangkan persiapan pilihan raya.

Malah, katanya, di kalangan pemimpin-pemimpin BN selalu mengadakan mesyuarat mengenai pilihan raya.

Ditanya sama ada mesyuarat khas itu merupakan persiapan terakhir sebelum pilihan raya berlangsung, Dr. Mahathir berkata: ''Anda boleh memanggilnya sebagai terakhir atau praakhir atau apa saja.''

Laporan akhbar semalam menyebut Perdana Menteri telah memanggil semua komponen BN menghadiri mesyuarat khas dewan tertinggi parti itu - dipercayai sebagai persiapan terakhir sebelum pembubaran Parlimen.

Mesyuarat itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pukul 3.30 petang, sehari selepas sambutan ulang tahun BN ke-25.

Oleh: NORAINI ABDUL RAZAK

Kirim email ke