*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam,
izinkan saya buat rumusan idea sikit:

1. kenal tidak semestinya dilihat dengan mata. Matahati juga memandang.
2. Mimpi mata pejam tapi kita juga boleh melihat dalam tidur.
3. pertimbangkan cantuman ilmu dan perasaan. subhanaLLah! kekuasaan
ALLah mencipta manusia
4. ada oang kenal Shakespeare melalui tulisan beliau. malah penulisan &
pembacaan salah satu kaedah mengenal.
5. ALLah dikenal dengan kita:
    (a) baca Quran dan fahami erti maksudnya.
   (b) Quran anjurkan kita melihat alam dan banyak berfikir, termasuk
menghubungkaitkan ilmu fizik, kimia, biologi, astronomi, anatomi tubuh
kita, sosiologi, komunikasi dll, dan lebih luas kefahamani ini dan betul
perspektif nya, maka semua ilmu itu memperkuatkan asas aqidah islam dan
dapat kita lebih mudah mengenali ALLah, lebih daripada oang yang buta
huruf - waLLahu a'lam.

abuhanif




Abdul Jamil Lam wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ASSALAMUALAIKUM Sahabatku saudara/i yang dikasihi, disayangi, diingati
> dan
> dirahmati Allah Ta'ala sentiasa.
>
> Atas dasar permintaan, inginkan kefahaman yang jitu dan untuk ingin
> tahu
> dengan lebih jauh lagi, izinkan saya membahaskan semula tajuk
> "Mengenal
> Allah (ma'rifatullah)" ini untuk dikongsi bersama-sama sumber maklumat
> ini.
> Semoga ia bermenafaat untuk saya dan anda semua. InsyaAllah. Amin!
>
> MENGENAL ALLAH
>
> AWALUDIN MA'RIFATULLAH - "Awal-awal agama ialah mengenal Allah."
> Paling
> wajib dan paling bermakna dalam kehidupan seseorang itu ialah apabila
> ia
> mempunyai agama. Ketamadunan dan kemuliaan hidup manusia itu diukur
> melalui
> agamanya. Sementara kemuliaan seseorang dalam beragama itu pula
> bergantung
> kepada sejauh mana dia kenal akan Tuhannya. Kalau seseorang itu tidak
> mengenali Tuhan yang menurunkan agama untuknya itu maka (akidah) itu
> tidak
> sah. Bagaimana bijak pum dia membaca ayat-ayat Tuhannya, tetapi kalau
> dia
> sendiri tidak kenal Tuhannya, ayat-ayat dibacanya itu sedikit pun
> tidak
> memberi apa-apa erti kepadanya. Dan taraf hidupnya juga tidak ubah
> seperti
> burung tiong yang pandai bersiul tetapi tidak tahu makna siulannya.
>
> Justeru itu tugas untuk mengenali Allah bukan tugas yang ringan dan
> boleh
> diremeh-temehkan. Tugas mengenali Tuhan, adalah tugas zahir dan batin
> yang
> amat sulit dalam kehidupan manusia.
>
> Tugas mengenal Tuhanlah tugas yang berat sekali. Lantaran itu terbit
> Hadis
> yang bermaksud "Awal-awal agama itu mengenal Allah".
>
> Kenapa susah untuk mengenali Tuhan? Ini keran Allah (Tuhan) itu tidak
> berbentuk, berhuruf (mempunyai) berwarna dan bertentangan dengan
> sifat-sifat
> zahir alam ini kerana ia berdiri di atas sifat
> "mukholafatuhulilhawadis" -
> Bersalahan dengan yang baharu.
>
> Dan firman-Nya di dalam Surah As-Syura ayat 11, bermaksud :
>
>                   "Laisa Kamitslihi Syai'un."
>
> Ertinya....."Tiada sesuatu pun yang menyerupai Allah."
>
> Kalau silap pegangan dan pemahaman menyebabkan kita syirik dengan
> Allah
> ataupun menjadikan kita bertuhan kepada diri sendiri. Justeru itu
> tidak ada
> sesiapa di dalam dunia ini telah mengaku dapat berjumpa dengan Allah
> melainkan setakat kenal (dengan ilmu) pada Zat, Sifat, Asma dan
> Afa'alNya
> sahaja. Zat Allah pun tidak siapa kenal dengan pastinya.
>
> Sabda Rasulullah SAW, bermaksud :
>
> "Maha Suci Engkau ya Allah, tiada kami mengenal akan Dikau dengan
> sebenar-benarnya melainkan dengan ma'rifat Engkau."
>
> Seandainya ada dakwaan mengatakan seseorang itu pernah berjumpa dengan
> Allah
> seperti mana dia berjumpa dengan makhluk biasa, dakwaan itu tidak
> boleh
> dipercayai. Ia hanya dongeng dan satu rekaan semata-mata yang
> berlandaskan
> kepada fantasi fikirannya. Dakwaan itu hanya untuk menjual kehebatan
> diri,
> kononnya dia sudah sampai ke peringkat "muqarabbin".
>
> Kenapa kita berkata bergitu? Kerana selain daripad Nabi Besar Muhammad
>
> S.A.W. dan para Rasul lain, tidak ada manusia yang dapat melihat Nur
> Allah
> secara pasti atau dalam bentuk penglihatan biasa. Tidak mungkin bagi
> manusia
> biasa yang tidak terpilih, diistimewakan dapat berjumpa dengan Allah
> seperti
> mana yang pernah berlaku kepada Rasul-rasulNya dan para Nabi-nabiNya.
>
> Sehebat-hebat Rasulullah S.A.W. yang menjadi penutup segala keNabian
> (nubuwah) pun tidak dapat berjumpa dengan Allah. Apa yang boleh dan
> mampu
> dilakukan oleh baginda hanya setakat berbicara dengan Allah tanpa
> dapat
> menyaksi wajahNya. Dalam erti kata lain tidak ada pertemuan secara
> bertentangan mata (face to face) berlaku di antara Rasulullah S.A.W.
> dengan
> Allah S.W.T.
>
> Dari Abu Zar r.a. katanya aku bertanya kepada Rasulullah SAW,
> bermaksud :
>
> "Adakah anda melihat Allah? Jawab beliau,..."Dia maha cahaya bagaimana
> aku
> boleh melihatNya."
>
> [Bukhari & Muslim]
>
> Ertinya Rasulullah S.A.W. sewaktu dipimpin oleh Jibrail (naik ke
> langit/mi'raj) untuk menerima perintah solat (dalam peristiwa Isra'
> Mi'raj),
> tidak dapat menyaksikan wajah Allah. Apa yang berlaku hanya beliau
> dapat
> berbicara dengan Allah untuk menerima perintah ibadat (solat).
>
> Begitu juga dengan Nabi Musa a.s. Allah baru sahaja memancarkan NurNya
> ke
> bukit Tursina beliau sudah tidak tahan dan tidak sanggup untuk
> menyaksinya.
> Seluruh bukit Tursina hancur lebur dan hangus.
>
> Firman Allah Ta'ala di dalam Surah Al-Araf ayat 143, bermaksud :
>
> "Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan kami) pada waktu yang
> telah
> kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkata
> Musa,
> "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku, agar dapat aku
> melihat
> kepada Engkau."
>
> Tukah berfirman, "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tetapi
> lihatlah
> ke bukit itu maka jika ia tetap ditempatnya (sebagai sediakala)
> nescaya kamu
> dapat melihatKu." Tatkala Tuhan nempakkan gunung itu kepadanya,
> kejadian itu
> menjadikan gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pengsan. Maka
> setelah
> Musa sedar kembali, dia berkata, "Maha Suci Engkau, aku bertaubat
> kepada
> Engkau dan aku orang
> yang pertama berIman."
>
> Jadi macam mana untuk Nabi Musa melihat wajah Allah....baru sahaja
> melihat
> Nur yang dipancarkan ke bukit pun dia sudah tidak sanggup untuk
> melihatnya.
> Kesimpulannya Nabi Musa hanya dapat melihat Nur Allah yang tertimpa ke
> bukit
> sahaja, bukannya melihat wajah Allah yang sebenarnya.
>
> Begitu juga dengan Nabi Ibrahim a.s. apa yang dapat dilihat oleh
> beliau
> hanya kerajaan Allah di langit sahaja.
>
> Firman Allah Ta'ala Surah Al-An'aam ayat 75, bermaksud :
>
> "Yang demikian Kami perlihatkan kepada Ibrahim kerajaan di langit dan
> bumi."
>
> Maknanya Allah hanya memperlihatkan kebesaran dan keagunganNya
> mencukupi
> langit dan bumi sahaja kepada Nabi Ibrahim a.s.tetapi tidak
> menunjukkan
> wajahNya.
>
> Demikian sejarah antara manusia-manusia agung lagi maksum dan dipilih
> sendiri oleh Allah untuk melihat "wajah"Nya, tetapi gagal dan tidak
> sanggup
> untuk menyaksikan wajah Allah. Baru Allah memancarkan NurNya,
> meraka (Musa a.s.) sudah tidak tahan dan tidak sanggup untuk
> berhadapan
> denganNya.
>
> Bila kita membaca sejarah "kegagalan" kedua orang Nabi itu untuk
> bertemu
> dengan Allah, maka akan timbul di kepala kita bolehkah kita mengenal
> dan
> berjumpa (ma'rifat) dengan Allah? Sedangkan mereka yang diistimewakan
> dan
> dipilih menjadi petunjuk kepada manusia pun gagal ataupun tidak
> sanggup
> untuk menatapi pancaran Nur Allah. Apa lagi bagi manusia biasa seperti
> kita
> ini amatlah dirasakan mustahil sekali untuk dapat melihat wajah Allah.
>
> Bolehkah kita berhadapan dengan Allah dan mengenaliNya? Jawabnya boleh
> untuk
> kita berhadapan dengan Allah. Kerana di mana sahaja muka kita
> dihadapkan,
> maka di situlah adanya wajah Allah. Tetapi untuk melihatnya wajahNya
> dengan
> mata zahir ini tidak mungkin sama sekali.
>
> Untuk berkenalan dengan Allah dan mengenaliNya memang boleh. Allah
> sendiri
> memberi penegasan dan meminta agar kita mengenaliNya dengan
> sebaik-baik pengenalan. Malah sesiapa yang tidak kenal Allah (ma'rifat
>
> denganNya) maka akan celakalah diri seseorang itu.
>
> Firman Allah Ta'ala Surah An-Kabut ayat 23, bermaksud :
>
> "Dan orang-orang yang kafir (tidak percaya) dengan ayat-ayat Allah dan
>
> pertemuan (menindakkan) dengan Dia, mereka akan putus asa dari
> rahmat-Ku dan
> mereka itu mendapat azab yang pedih."
>
> Melalui firman ini Allah memberi peringatan bahawa sesiapa yang tidak
> mempercayai dan yakin kepada kata-kataNya dan menindakkan khabar akan
> bertemu denganNya, orang itu akan mendapat azab yang pedih.
>
> Dari firman ini Allah memperakui yang kita kena menemuiNya untuk
> memastikan
> diri kita selamat. Hanya waktu dan tempat mungkin tidak di
> sini....tetapi di
> akhirat sesudah mati.
>
> Rasulullah S.A.W. dalam sebuah Hadis juga telah menerangkan bahawa
> sesiapa
> sahaja akan dapat berjumpa, malahan dapat bercakap-cakap dengan
> Tuhannya.
> Asalkan dia rajin menunaikan segala amal ibadat serta lain-lain
> perintah
> Allah.
>
> FirmanNya Surah Al-Insyiqaq ayat 6, bermaksud :
>
> "Hai manusia sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh
> menuju
> Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya."
>
> Sementara dalam sebuah Hadis pula Rasulullah S.A.W. bersabda,
> bermaksud :
>
> Dari Jarir r.a. katanya...."Ketika kami sedang duduk dekat Rasulullah
> S.A.W.
> beliau memperhatikan bulan di malam purnama." Beliau bersabda,
> "Sesungguhnya kamu nanti akan melihat Tuhan kamu sebagai mana kamu
> melihat
> bulan ini dan kamu tidak terdesak-desak untuk melihatNya. Dan kalau
> kamu
> sanggup untuk tidak ketinggalan dalam mengerjakan sembahyang sebelum
> matahari terbit (Subuh) dan sembahyang sebelum matahari terbenam
> (Asar)
> perbuatlah!"
>
> [Bukhari & Muslim]
>
> Melalui Hadis itu Rasulullah S.A.W memberi isyarat hanya kepada yang
> "sanggup" sahaja yang akan dapat menemui dan bercakap dengan Tuhannya.
>
> Kesanggupan itu tentulah suatu perkara yang kena (wajib) dilakukan
> oleh
> hambaNya, ia tidak lain dan tidak bukan ialah menjalankan segala
> perintah
> dan menjauhi segala laranganNya.
>
> Menurut gambaran Hadis Rasulullah itu, perjumpaan itu tidak dalam
> keadaan
> khayal ataupun sebagai rekaan kerana kita akan dapat berbicara dengan
> Allah
> secara langsung (direct), tidak ada apa-apa perantaraan ataupun
> jurucakap.
> Ini dijelaskan dalam sebuah Hadis lain yang diriwayatkan oleh Muslim
> dan
> Bukhari.
>
> Dari Adi bin Hatim r.a katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda, bermaksud
> :
>
> "Setiap kamu nanti akan berbicara dengan Tuhan tanpa perantara
> jurubahasa
> dan tidak ada pula dinding yang membatasi."
>
> Allah sendiri juga memberi pengakuan sesiapa sahaja akan dapat
> berjumpa
> denganNya.
>
> Firman Allah Ta'ala Surah Al-Baqarah ayat 115, yang bermaksud :
>
> "Perjumpaan hamba dengan Allah adalah satu kemestian. Tidak boleh
> tidak.
> Dari Tuhan kamu datang kepada Allah kamu kembali. Tidak sah seseorang
> hamba
> itu kalau ia tidak berjumpa dengan penciptanya. Perjumpaan itu sebagai
>
> menandakan seseorang itu memang mempunyai hubung kait di antara satu
> sama
> lain. Perjumpaan itu juga (wajib) untuk saling kenal mengenali di
> antara
> satu sama lain. Diri kita dengan Allah.
>
> Sesiapa yang tidak kenal atau berjumpa dengan Allah, kesannya begitu
> amat
> buruk sekali. Orang yang tidak kenal Allah, keadaannya tak ubah
> seperti
> orang yang tidak ada Tuhan, ataupun orang yang tidak kenal dirinya
> sendiri.
> Dan mereka yang tidak kenal Allah tidak membawa apa-apa erti, hidupnya
>
> sepertilah kayu-kayan ataupun daun-daun kering yang bergelimpangan di
> atas
> muka bumi.
>
> Persoalan yang timbul berikutan apabila ada jawapan dan ketegasan
> mengatakan
> boleh untuk kita berjumpa (kenal) Tuhan, ialah bagaimana-
> kah caranya? Ataupun bagaimanakah kaedahnya dan apakah pula syarat-
> syarat untuk mengenalinya
>
> Bagi orang yang belajar, menuntut dan rajin mencari adalah terlalu
> senang
> untuk ma'rifat dengan Tuhan. Bukankah kita ini hambaNya yang dicipta
> olehNya. Maka sudah pasti secara logiknya sebagai hamba yang dicipta
> mesti
> kenal penciptanya. Mustahil kalau kita tidak kenal?
>
> Untuk mengenali Tuhan, prosesnya samalah seperti proses untuk kita
> mengenali
> sesuatu benda aataupun perkara. Ambil misalnya kita hendak mengenali
> kereta.
> Apa yang terlebih dahulu kita harus mempelajari ialah ilmu-ilmu
> mengenai
> untuk mengenali kereta. Kita harus tahu sifat-sifatnya, namanya,
> zatnya
> (komponen) dan juga keagungan (kuasanya) itu.
>
> Bila kita sudah mengenali atau memiliki segala ilmu-ilmu itu maka
> mudahlah
> bagi kita, mengenal kereta itu. Bila ia bertemu ataupun terjumpa
> dengan kita
> pasti kita akan kenal, sebab bentuknya (sudah kenal) sifatnya sudah
> kita
> ketahui dan mengerti kegunaannya!
>
> Tetapi adalah amat sukar sekiranya kita tidak mengetahuinya atau tidak
>
> memiliki langsung ilmu-ilmu tentangnya. Seribu kali kita berjumpa
> dengan
> kereta pun kalau tidak ada ilmu (pengetahuan) untuk mengenalinya, maka
> kita
> tidak akan kenal walaupun kereta itu telah melanggar kita. Kita tidak
> akan
> tahu atau kenal benda itu (kereta) meskipun ia sebenarnya kereta.
>
> Nah! begitulah juga cara untuk kita mengenal Tuhan. Kita terlebih
> dahulu
> kena mempelajari segala ilmu-ilmunya, Kita kena cari pengetahuan
> tentangnya.
> Tanpa ilmu tidak mungkin untuk kita mengenal dan mengetahui apa-apa
> tentangnya.
>
> Ada empat bidang ilmu yang paling penting yang wajib bagi kita ketahui
> dan
> memilikinya dalam usaha untuk berkenalan dengan Tuhan. Seandainya kita
> cari
> (amal dan pegang) dengan ilmu-ilmu ini, InsyaAllah kita akan kenal,
> tahu dan
> mengerti tentang Tuhan dan Ketuhanan itu.
>
>                  Ilmu-ilmu itu ialah :
>
>                        1. Syariat
>                        2. Tariqat
>                        3. Hakikat
>                        4. Ma'rifat
>
> Perlu diingatkan untuk kita mengenali Allah dan berkenalan denganNya
> ia
> tidak seperti kita hendak mengenali kereta ataupun untuk mengenali
> sesama
> makhluk. Kerana Allah itu ghaib dan kita hanya boleh kenal pada Sifat,
> Asma,
> Afa'alNya sahaja, maka adalah tidak mungkin kita kenal Dia seperti
> kita
> mengenali makhluk. Justeru itu kita hanya boleh kenal pada Zat, Sifat,
> Asma,
> dan Afa,alNya, maka hendaklah kita mengetahui hal-hal itu terlebih
> dahulu.
>
> Tanpa mengenali keempat-empat bidang ilmu itu tidak mungkin kita
> ma'rifat
> dengan Allah dan juga berkenalan denganNya. Sepertilah juga kalau kita
> tidak
> mengetahui empat ilmu itu, kita tidak akan kenal Tuhan. Apakah kita
> sudah
> mengetahui apa yang dikatakan Zat, Sifat, Asma' dan Afa'al itu?
> (Perkara ini
> akan dihuraikan pada bab akan
> datang).
>
> Kesimpulannya di sini jelas menunjukkan apabila kita sudah mengetahui
> akan
> segala ilmu ma'rifat itu, maka kita boleh berkenalan dengan Allah.
> Kita
> dapat mengetahui keseluruhan mengenai dirinya. Bukan itu
> sahaja bila kita sudah kenal dan berkenalan denganNya kita juga dapat
> berbicara denganNya. Bercakap-cakap, mengadu hal, minta tolong dan
> sebagainya.
>
> Bukankah Allah itu Allahusamad (Allah adalah tempat bergantung
> (meminta,
> memohon, mengharap.) - Al-Ikhlas.
>
> Kalau ada orang mengatakan kita tidak dapat berkenalan dengan Allah,
> bercakap dengan Allah, berinteraksi, bermanja dan sebagainya. Bermakna
> orang
> itu masih belum mempunyai Tuhan. Kerana bagi orang yang mengaku adanya
> Tuhan
> (Allah) dia akan dapat berkenalan dengan Tuhannya (Allah) seperti mana
> dia
> dapat berkawan dan meminta pertolongan daripada kawan-kawannya sesama
> makhluk.
>
> Mereka juga sudah tentu tidak pernah berjumpa dengan Hadis seperti
> mana yang
> tersebut di atas dan juga menafikan penegasan Allah sendiri yang
> berbunyi.......
>
> "Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu
> dan
> bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku."
>
> [Al-Baqarah : 152]
>
> Kesimpulannya, kita boleh berkenalan dan mengenali Allah, malah
> perkara ini
> wajib dan merupakan fardhu ain bagi setiap umat Islam. Penemuan
> (kenal)
> dengan Allah ialah sebagai bukti bahawa kita (manusia) mempunyai Tuhan
> dan
> menjadi hamba kepadaNya, serta untuk menyatakan sumpah janji semasa di
> Alam
> Roh.
>
> Wallahu ta'ala a'lam.......
>
> Wassalamu.......
>
> Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
>
> ______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>






 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke