*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bijak atau kurang bijak tidak timbul. Penyertaan PAS
dalam pilihanraya seperti di Johor adalah bersesuian
dengan konsep "muwajahah fi silmiah".
Penyertaan PAS dalam pilihanraya adalah salah satu
usaha membawa masyarakat kepada Islam.
--- Alias Mohd Yusof <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED]
> }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED] }
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN
> KEADILAN
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Johor memang terkenal dengan jolokan kubu kuat UMNO.
> Di sinilah tanah
> tumpah pengasas ulung UMNO iaitu Datok Onn Jaafar.
> UMNO dengan orang
> Johor memang telah sebati yang tak mungkin dapat
> dipisahkan. Dengan kata
> lain UMNO itu bagi orang-orang Johor lebih dari
> sebuah parti politik,
> dia sudah jadi budaya dan keperluan bagi orang
> Johor. Semua aktiviti
> yang berlaku di dalam kehidupan orang Johor mesti di
> bawah naungan UMNO.
> Dari soal menguruskan ceramah-ceramah agama
> sehinggalah kepada soal
> menguruskan kenduri kahwin. Orang-orang Johor tidak
> boleh bayangkan
> bagaimana keadaan kehidupan ini kalau tanpa UMNO.
> Tentu keadaan jadi
> kelam kabut, semua kerja tidak terurus. Begitulah
> rapatnya kehidupan
> orang Johor dengan UMNO. Selama ini UMNO telah
> banyak mencurahkan bakti
> kepada orang-orang Johor. Selama ini pemimpin UMNO
> yang mewakili mereka
> sentiasa mengambil berat segala masalah kehidupan
> mereka. Pendek kata
> segala-galanya berjalan dengan teratur dan terurus,
> jadi apa lagi yang
> mereka mahu. Tidak ada sebab yang kuat untuk mereka
> memilih parti PAS
> yang asing bagi mereka itu bagi mentadbir kehidupan
> mereka. Tanpa PAS
> pun soal agama mereka terpelihara juga, ceramah
> ugama di adakan setiap
> masa di masjid. Sekolah agama didirikan di
> merata-rata tempat. Kalau
> hendak timbulkan soal pembangunan lagilah PAS tak
> boleh nak masuk.
>
> Meletakkan calon PAS untuk bertanding di Johor
> adalah langkah yang
> kurang bijak. Kalau orang Johor hendakkan PAS atau
> sukakan dasar PAS,
> dulu lagi PAS boleh menang di Johor. Sejak merdeka
> saya rasa tidak ada
> calon PAS yang menang di Johor. Kalau dulu PAS tak
> boleh menang di
> Johor, atas alasan apa pula PAS boleh menang di
> Johor pada pilihanraya
> akan datang ini. Ini bukan bermakna orang Johor
> tidak mahu langsung
> mengundi parti lain selain dari UMNO kerana pernah
> di satu ketika dahulu
> parti semangat 46 pernah menang di kawasan Johor.
> Parti PAS begitu asing
> bagi orang Johor, kalau Barisan Alternatif ingin
> juga menang di Johor
> maka mereka harus belajar bagaimana BN telah menang
> di Kelantan pada
> suatu masa dulu. Oleh kerana orang Kelantan begitu
> 'alergic' dengan
> parti UMNO maka BN tidak menggunakan UMNO bagi
> bertanding di Kelantan
> sebaliknya menggunakan parti BERJASA yang mirip
> parti PAS untuk
> bertanding di Kelantan. Dengan cara ini akhirnya BN
> telah dapat menawan
> kelantan. Kalau di Johor ini Barisan Alternatif
> boleh menggunakan parti
> KeADILan bagi tujuan yang sama. Semua ahli parti
> Barisan Alternatif
> haruslah menyokong parti KeADILan untuk bertanding
> di Johor walaupun
> tidak menjadi ahli kepada parti KeADILan. Lebih
> mudah orang Johor hendak
> menerima parti KeADILan yang mirip UMNO dan BN itu
> jika dibandingkan
> untuk menerima PAS yang terlalu asing bagi mereka.
> Kemasukan Kamarudin
> Jaafar dari parti UMNO ke dalam parti PAS adalah
> contoh yang perlu
> diikuti. Tentulah tidak manasabah kalau Kamarudin
> Jaafar memasuki parti
> KeADILan di dalam masyarakat Kelantan yang sangat
> sukakan PAS.
>
> Rasanya tentulah tidak ada masalah besar kalau
> ahli-ahli PAS di Johor
> untuk menyokong atau memangkah parti KeADILan di
> dalam pilihanraya akan
> datang ini bagi memenangkan Barisan Alternatif. Dan
> rasanya tidak salah
> buat masa ini kalau ahli-ahli PAS yang ada di Johor
> ini menyertai parti
> KeADILan sebagai ahli parti itu untuk memantapkan
> gerakan Barisan
> Alternatif, kecualilah kalau mereka telah menganggap
> parti itu sebagai
> agama yang tak boleh diubah walau dalam keadaan mana
> sekalipun. Yang
> lebih sukarnya ialah untuk menarik orang UMNO di
> Johor memangkah calon
> dari parti PAS. Dengan kata lain lebih mudah untuk
> menarik orang Johor
> memangkah parti KeADILan berbanding parti PAS. Di
> samping itu tidak
> mudah juga untuk menarik orang-orang bukan Islam
> seperti Cina dan India
> untuk memangkah PAS yang dikatakan memperjuangkan
> negara Islam itu.
>
> Memang tidak boleh dinafikan sebagai salah satu
> anggota parti Barisan
> Alternatif, PAS berhak untuk bertanding di Johor,
> apa lagi kalau kita
> lihat kepada ceramah-ceramah PAS yang di adakan di
> sini sentiasa
> mendapat sambutan. Sambutan kepada sesi ceramah yang
> di adakan belum
> tentu akan diterjemahkan kepada kertas undi. Lainlah
> kalau hampir 50%
> dari pengundi di kawasan itu adalah ahli parti
> Barisan Alternatif, sudah
> tentu boleh dijamin PAS boleh menang di kawasan itu.
> Dan kalau ada
> kawasan undi di Johor yang mempunyai hampir 50%
> pengundinya terdiri dari
> ahli parti alternatif, maka memang sesuai benarlah
> jika calon PAS
> dibiarkan bertanding di kawasan itu memandangkan
> rekod cemerlang yang
> ditunjukkan oleh pemimpin parti PAS memerintah
> Kelantan. Hubungan antara
> parti-parti yang menyertai pakatan Barisan
> Alternatif berada dalam
> keadaan baik dan utuh sekali, rasanya tidak ada
> masalah ahli parti DAP
> untuk memangkah PAS jika PAS menjadi calon dalam
> satu-satu kawasan undi
> itu. Buat masa ini matlamat untuk memenangkan
> satu-satu parti bukanlah
> suatu yang penting. Yang lebih penting dari itu
> ialah hendak memenangkan
> Barisan Alternatif. Nanti kerana pentingkan sangat
> kemenangan parti kita
> tanpa disedari kita telah menyebabkan Barisan
> Alternatif kalah, seperti
> kata pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong
> berciciran.
> Sekalipun parti kita tidak bertanding di dalam
> sesuatu kawasan itu,
> tetapi duduk di bawah pemerintahan Barisan
> Alternatif adalah jauh lebih
> baik dari terus duduk di bawah pemerintahan BN yang
> menggerunkan ini.
> Oleh itu kita perlu menggunakan kebijaksanaan dalam
> mengatur strategi
> bagi memenangkan Barisan Alternatif bukan hanya
> berdasarkan kepada
> perasan saja.
>
> Masalah yang dihadapi oleh orang-orang Johor
> sekarang ini ialah sukarnya
> mereka bertukar parti dari parti UMNO kepada parti
> lain. Itulah masalah
> utama orang-orang Johor. Masalah ini yang harus kita
> selesaikan terlebih
> dahulu. Kalau kita dapat tukar sikap seorang dari
> hanya makan di
> restoran A saja sudah tentu satu hari nanti dia akan
> mencuba makanan di
> restoran kita pula. Apabila dia telah merasakan
> makanan di restoran B
> lebih sedap dari restoran A yang selama ini
> disangkanya tiada makanan
> yang lebih sedap dari restoran A, maka tentu akan
> timbul keyakinan
> kepadanya mungkin ada lagi makanan yang lebih sedap
> dan istimewa di
> restoran lain pula. Apabila ada sikap mahu berubah
> dan bertukar ini maka
> sudah tentu akhirnya mereka akan jumpa yang terbaik.
> Sekarang ini tugas
> kita ialah untuk mengubah sikap orang Johor supaya
> boleh berubah.
>
=== message truncated ===
=====
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "PAS Tg. Aru" <[EMAIL PROTECTED]>