*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam,

apo yg dinukilkan di bawah ni banyak bidaahnya dari baiknya, kengkadang lebih
teruk dari muktazilah, lebih rational dari rationalist, walaupun tampaknya
indah dgn selang seli dgn ayat2 quran. tidak menuturkannya kecuali mrk yg
keliru

para fuqaha mengatakan tidak sama para ahli bidaah yg menyembunyikan bidaahnya
dgn para bidaah yg menaja dan menyebarkan bidaahnya. sesetengah mrk megatakan
perlu dibunuh para da'i ahli bidaah yg mencanangkan, menyiarkan dan
mengiklankan kebidaahannya. itulah bahayanya bidaah.

:)


"Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> ASSALAMUALAIKUM Sahabatku saudara/i yang dikasihi, disayangi, diingati dan 
> dirahmati Allah Ta'ala sentiasa.
> 
> Izinkan saya menyambung sesi kedua, pada membicarakan tajuk
> 
> TASAUF/TARIQAT : PENDEKATAN DAN KEFAHAMAN [Bahagian 2]
> 
> 
> 
> MAKNA TARIQAT
> 
> Pengertian :
> 
> "Tariqat" - menurut bahasa ertinya "jalan", "cara", "garis", "kedudukan", 
> "keyakinan" dan "agama".
> 
> Kamus Dewan (edisi baru) Kuala Lumpur tahun 1989, menyatakan bahawa 
> "Tarekat" ialah 1. jalan; 2. jalan untuk mencapai kebenaran (dalam tasauf);

> 3. tertib hidup (mengikut peraturan agama atau ilmu kebatinan); 4. 
> perkumpulan penuntut ilmu tasauf.
> 
> Kamus "Modern Dictionary Arabic - English" oleh Elias Anton dan Edward 
> Elias, edisi IX, Cairo tahun 1954 menyatakan bahawa "Tariqat" ialah "way" 
> (cara atau jalan) "methode" dan sistem of belief" (mehoda dan satu sistem 
> kepercayaan).
> 
> Kata "Tariqat" disebutkan Allah dalam Al-Quran sebanyak 9 kali dalam 5 
> Surah, dengan mengandungi beberapa erti sebagai berikut :
> 
> 1. Surah An-Nisa' : 168 -
> 
> Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan melakukan kezaliman, 
> Allah sekali-kali tidak akan mengampuni (dosa) mereka dan tidak (pula) akan

> menunjukkan jalan kepada mereka."
> 
> 
> 2. Surah An-Nisa' : 169 -
> 
> Maksudnya : "Melainkan jalan ke Neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya 
> selama-lamanya. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."
> 
> 
> 3. Surah Thoha : 63 -
> 
> Maksudnya : "Mereka berkata : "Sesungguhnya dua orang ini adalah benar-benar

> ahli sihir yang hendak mengusir kamu dari negeri kamu dengan sihirnya dan 
> hendak melenyapkan "kedudukan" kamu yang utama."
> 
> 
> Ayat itu menerangkan kedatangan Nabi Musa a.s. dan Harun ke Mesir, akan 
> menggantikan Bani Israil sebagai penguasa di Mesir. Sebahagian ahli tafsir 
> mengertikan "Tariqat" dalam ayat ini dengan "keyakinan" (Agama)."
> 
> Menurut Ibnu Manzhur (630 - 711H) dalam kitabnya "Lisanul Arab" jilid 12 
> halaman 91, erti "Tariqat" dalam ayat itu adalah "ar-rijalul asyraf", 
> bermakna "tokoh-tokoh terkemuka".
> 
> Jadi ayat itu bererti, kedatangan Nabi Musa dan Harun ke Mesir adalah untuk

> mengusir kamu dengan sihirnya dan hendak melenyapkan jamaah atau tokoh-tokoh

> terkemuka kamu."
> 
> Lebih jauh Ibnu Manzhur menyatakan "hadza thariqatu Qaumihi"...ertinya 
> "inilah tokoh-tokoh pilihan kaumnya."
> 
> Al-Akhfasy menyatakan "bithariqatikumul mutsla" ertinya "dengan Sunnah dan 
> agama kamu yang tinggi."
> 
> "Tariqat" bererti juga "al-khaththu fis-syai-i"...ertinya "garis pada 
> sesuatu."
> 
> "Thariqatul baidhi"...ertinya "garis-garis yang terdapat pada telur."
> 
> "Thariqatul romal"...ertinya "sesuatu yang memanjang dari pasir - ma imtadda

> minhu."
> 
> Al-Laits menyatakan "Tariqat" ialah "tiap garis di atas tanah, atau jenis 
> pakaian, atau pakaian yang koyak-koyak. Itulah "Tariqat"nya.
> 
> "Tariqat" jama'nya "tharaiq", bererti "tenunan dari bulu", berukuran 4 
> sampai 8 hasta kali satu hasta, dipertautkan sehelai demi sehelai."
> 
> Menurut Tafsir "Al-Jamal" jilid 3, hal. 99, "bithariqatikumul 
> mutsla"...dalam Surah Thoha : 63 itu, ertinya "bi-asyrafikum", bermakna 
> "dengan orang terkemuka kamu." Kata "Tariqat" itu dipergunakan untuk 
> tokoh-tokoh terkemuka, kerana mereka itu menjadi ikutan dan anutan orang 
> banyak, sebagaimana diertikan juga demikian oleh Abu As-Su'ud.
> 
> Dalam "Mukhtarus Shihhah", disebutkan "wa thariqatul qaumi" ialah 
> "amatsiluhum dan jiaduhum", ertinya "orang-orang besar dan terbaik di antara

> mereka."
> 
> "At-thariqatu" diertikan juga "syariful qaumi", bermakna "tokoh terjormat 
> suatu kaum".
> 
> Tafsir Ibnu Katsir jilid 3, hal. 157 menyatakan, "bi thariqatikumul mutsla"

> itu dengan "wa hia as-sihru", ertinya "sihir".
> 
> Ibnu Abbas mengertikannya dengan "kerajaan mereka yang mereka bekerja dan 
> mencari kehidupan di dalamnya."
> 
> As-Sya'bi menafsirkannya dengan "Harun dan Musa memalingkan perhatian orang

> banyak kepada mereka."
> 
> Mujahid mengertikannya dengan "orang-orang terkemuka, cerdas dan lanjut usia

> di antara mereka."
> 
> Abu Shaleh mengertikannya dengan "orang-orang mulia di antara kamu."
> 
> 'Ikrimah mengertikannya dengan "orang-orang terbaik di antara kamu."
> 
> Qatadah menyatakan "bithariqatikumul mutsla" mereka pada masa itu adalah 
> Bani Israil.
> 
> Abdurrahman bin Zaid mengertikannya dengan "Billadzi antum 
> 'alaihi"...ertinya "dengan yang kamu berada di atasnya."
> 
> Tafsir Al-Kahzin jilid 3, hal. 273, mentafsirkan ayat itu dengan "yudzahiba

> bi sunnatikum wa bi dinukum al-ladzi antum 'alaihi", bermakna "Keduanya, 
> yakni Musa dan Harun akan melenyapkan sunnah dan agama kamu yang kamu
anut."
> 
> Tafsir Al-Baghawi jilid 4, hal. 273, orang Arab menyatakan "fulanun 'alat 
> thariqatil mutsla", maksudnya ialah "ala shirathim mustaqim", bererti si Anu

> berada atas jalan yang lurus.
> 
> 
> 4. Surah Thoha : 77 -
> 
> Maksudnya : "Dan sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa : Pergilah 
> kamu dengan hamba-Ku (Bani Israil) di malam hari, maka buatlah untuk mereka

> "jalan" yang kering di laut itu, kamu tidak usah khawatir akan tersusul dan

> tidak usah takut (akan tenggelam)."
> 
> Kata-kata "Tariqat" dalam ayat itu bererti "jalan" di laut, dan terbelahnya

> Lautan Merah untuk jalan bagi Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya itu terjadi

> setelah memukulkan tongkatnya.
> 
> 
> 5. Surah Thoha : 104 -
> 
> Maksudnya : "Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan ketika berkata 
> o"rang yang paling lurus" jalannya di antara mereka : "Kamu tidak berdiam 
> (di dunia) melainkan hanyalah sehari sahaja."
> 
> Adapun yang dimaksudkan dengan "lurus jalannya" dalam ayat itu ialah orang 
> yang agak lurus fikirannya atau amalannya di antara orang-orang yang berdosa

> itu.
> 
> 
> 6. Surah Al-Ahqaf : 30 -
> 
> Maksudnya : "Mereka berkata : "Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah 
> mendengar kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa yang 
> membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan 
> kepada "jalan" yang lurus."
> 
> 
> 7. Surah Al-Mukminun : 17 -
> 
> Maksudnya : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah

> jalan (tijuh buah langit) dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan (Kami).
> 
> 
> 8. Surah Al-Jin : 11 -
> 
> Maksudnya : "Dan sesungguhnya di antara kami dan orang-orang yang soleh dan

> di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adakah kami menempuh 
> "jalan yang berbeda-beda?"
> 
> Al-Farra' mengertikan "kunna Tharaiqa qidada" dalam ayat itu dengan "kunna 
> Firaqan mukhtalifah", bermakna adalah kami beberapa kelompok yang 
> berbeda-beda.
> 
> 
> 9. Surah Al-Jin : 16 -
> 
> Maksudnya : "Dan bahawasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas 
> jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka 
> air yang segar (rezeki yang banyak)."
> 
> Kata "Tariqat" dalam ayat itu bererti "agama Islam".
> 
> Demikianlah beberapa makna kata "Tariqat" dari segi bahasa.
> 
> 
> - Tariqat Menurut Kalangan Sufi -
> 
> Adapun "Tariqat" menurut istilah Ulama' Tasauf :
> 
> 1. "Jalan kepada Allah dengan mengamalkan ilmu Tauhid, Fiqah dan Tasauf".
> 
> ["Al-Ayatul Baiyinat"  hal. 23, oleh Syeikh Ahmad Khathib.]
> 
> 
> 2. "Cara atau kifiat mengerjakan sesuatu amalan untuk mencapai sesuatu 
> tujuan."
> 
> ["Ilmu Tariqat Dan Hakikat" hal. 69, oleh T.H. Abdullah Ujong Rimba]
> 
> 
> Berdasarkan beberapa definasi yang tersebut di atas, jelaslah bahawa Tariqat

> adalah suatu jalan atau cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, dengan 
> mengamalkan ilmu Tauhid, Fiqih dan Tasauf.
> 
> Sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah dan yang dicontohkan beliau

> serta dikerjakan oleh para Sahabatnya, Tabi'in, Tabi'it Tabi'in dan terus 
> turun-temurun sampai kepada Guru-guru, Ulama'-ulama' secara 
> bersambung-sambung dan bersantai hingga pada masa kita ini.
> 
> Suatu contoh dapat diketahui, bahawa di dalam Al-Quran hanya dapat dijumpai

> adanya ketentuan kewajipan solat (sembahyang), tetapi tidak ada satu ayat 
> pun yang memberikan perincian tentang raka'at solat tersebut. Misalnya saja

> solat Zohor sebanyak 4 rakaat, Asar 4 rakaat, Maghrib 3 rakaat, Isya' 4 
> rakaat dan Subuh 2 rakaat. Demikian pula terhadap syarat dan rukunnya 
> solat-solat tersebut. Rasulullah SAW lah sebagai orang pertama yang 
> memberikan contoh-contoh dan cara-cara mengerjakan solat-solat maktubah itu

> dengan melalui perbuatan yang ditunjukkan dan ditiru oleh para Sahabatnya 
> terus turun-temurun sampai kepada kita ini lewat pelajaran-pelajaran dan 
> petunjuk yang diberikan oleh para Guru, Syeikh dan para Ulama'.
> 
> Hal ini bukan bererti, bahawa Al-Quran sebagai sumber pokok hukum dalam 
> Islam itu tidak lengkap, Sunnah Rasul dan Ilmu Fiqeh yang disusun oleh para

> Ulama' tidak sempurna, akan tetapi sebetulnya masih banyak penjelasan yang 
> diperlukan ummat agar perlaksanaan peraturan dan ketentuan Allah dan 
> Rasul-Nya dapat menurut penerimaan atau penangkapan akal bagi orang yang 
> hanya mampu membaca, menghayati dan memahami yang pada puncaknya orang ini 
> akan mengerjakan syariat Islam sesuai dengan kemauan hawa nafsunya sendiri.
> 
> 
> TASAUF/TARIQAT TERMASUK ILMU MUKASYAFAH
> 
> PENYAMPAI ilmu Tasauf/Tariqat memang sukar atau susah dapat difahami oleh 
> akal manusia biasa, kerana erti maksudnya terlampau seni. Itu sebablah 
> hampir saja di seluruh kalangan para ahli Sufi berpendapat, bahawa 
> sebenarnya Tariqat/Tasauf itu adalah termasuk ke dalam kerangka Ilmu 
> Mukasyafah atau ilmu "Di Sebalik Tabir" yang dapat memancarkan cahaya ke 
> dalam hati para penganutnya (pengamal). Sehingga dengan cahaya (Nur) itu 
> terbukalah segala sesuatu yang ada di balik rahsia ucapan-ucapan Nabi dan 
> demikian pula halnya terhadap segala sesuatu yang ada di balik rahsia cahaya

> Allah.
> 
> Ilmu Mukasyafah tidak begitu sahaja mudah dipelajari, kecuali bila ditempuh

> dengan melalui jalan latihan batin (Riyadhah) dan perjuangan melawan hawa 
> nafsu (Mujahadah). Dengan kesungguhan menempuh jalan yang demikian ini, maka

> sedikit demi sedikit akan menjadi terbuka segala yang ghaib di balik hijab 
> yang mendinding antara hamba dengan Tuhannya, sehingga dapatlah 
> bermusyahadah (menyaksikan sendiri). Dengan penglihatan hati (Musyahadatul 
> Qalbi) bukan dengan penglihatan mata. Sebab penglihatan mata ini, hanyalah 
> merupakan alat belaka dari penglihatan hati. Buta dalam perkara ini bukanlah

> buta mata, tetapi buta hati dalam dada.
> 
> Dari sinilah maka sesungguhnya syariat yang dikerjakan dapat berjalan di 
> atas landasan yang lurus, tidak terpeleset jatuh ke dalam jurang kesesatan,

> sehingga terhalang untuk dapat sampai kepada yang dituju. Yakni untuk siapa

> sebenarnya syariat itu dikerjakan. Jawabnya : "Hanya untuk Allah" yang 
> dituju.
> 
> Demikian yang ada pada akhirnya manusia ini akan dapat menemukan hakikat 
> kebenaran hidup yang sejati.
> 
> 
> TUJUAN MENGAMALKAN TASAUF/TARIQAT
> 
> AMALAN Tasauf/Tariqat sebagaimana yang lazim dikerjakan oleh para jamaah, 
> sebenarnya banyak sekali tujuan yang hendak diperoleh antara lain iaitu :
> 
> 1.    Dengan mengamalkan Tasauf/Tariqat bererti mengadakan latihan jiwa 
> (Riadhah) dan berjuang melawan hawa nafsu (Mujahadah), membersihkan diri 
> dari sifat-sifat tercela dan diisi dengan sifat-sifat terpuji dengan melalui

> perbaikan budi pekeri dalam berbagai seginya.
> 
> 2.    Selalu dapat mewujudkan rasa ingat kepada Allah Zat Yang Maha Besar dan 
> Maha Kuasa atas segalanya dengan melalui jalan mengamalkan wirid dan zikir 
> disertai tafakkur yang secara terus menerus dikerjakan.
> 
> 3.    Dari sini timbul perasaan takut kepada Allah sehingga timbul pula dalam 
> diri seseorang itu suatu usaha untuk menghindarkan diri dari segala macam 
> pengaruh duniawi yang dapat menyebabkan lupa kepada Allah.
> 
> 4.    Jika hal itu semua dapat dilakukan dengan penuh ikhlas dan ketaatan 
> kepada Allah, maka tidak mustahil akan dapat dicapai suatu tingkat alam 
> ma'rifat, sehingga dapat pula diketahui segala rahsia di balik tabir cahaya

> Allah dan Rasul-Nya secara terang-benderang.
> 
> 5.    Akhirnya dapat diperoleh apa yang sebenarnya menjadi tujuan hidup ini.
> 
> Demikian antara lain beberapa tujuan yang akan diperoleh bagi setiap orang 
> yang mengamalkan Tasauf/Tariqat. Jelasnya ia akan dapat mengerjakan syariat

> Allah dan Rasul-Nya dengan melalui jalan atau sistem yang menghantarkan 
> tercapainya tujuan hakikat yang sebenarnya sesuai dengan yang dikehendaki 
> oleh syariat itu sendiri.
> 
> Sama sekali tiada tujuan negatif yang terselit di dalamnya, sehingga dapat 
> menggelincirkan ummat untuk jatuh ke dalam kesesatan. Sebagaimana yang 
> sering dituduhkan oleh orang-orang yang belum mengetahui seluk-beluk ilmu 
> Tasauf/Tariqat. Mereka dengan gaya gegabah berani melontarkan perasangka 
> buruk terhadap Ulama'-ulama ahli Sufi dikatakan sebagai orang yang 
> mengajarkan amalan-amalan yang menyerupai ibadah yang tidak pernah dijumpai

> tuntunannya, baik dari Allah mahu pun Rasul-Nya.
> 
> Apa yang dituduhkan mereka itu justeru berbalik dengan kenyataan, bahawa 
> para Ulama' ahli Sufi yang telah lama mengajarkan amalan-amalan baik 
> tersebut sama sekali tidak bertentangan dengan ajaran Allah dan Rasul-Nya. 
> Mereka para Ulama' Guru dan Syeikh sama mengajarkan amalan Tasauf/Tariqat 
> yang sentiasa bersumber dari ajaran Al-Quran dan Al-Hadis yang diterima 
> secara ittishal sampai kepada beliau Rasulullah SAW sendiri. Bahkan apa yang

> hendak dicapai oleh ajaran kesufian ini telah jelas sekali yakni mengerjakan

> syariat dengan jalan yang teratur sesuai dengan semestinya guna memperoleh 
> tujuan hakikat hidup yang sebenar-benarnya.
> 
> 
> DASAR HUKUM TASAUF/TARIQAT
> 
> DALAM pembahasan masalah dasar hukum Tasauf/Tariqat ini, sebenarnya dapat 
> dilihat melalui beberapa segi yang terdapat di dalam Tasauf/Tariqat itu 
> sendiri, sehingga dari sini aan dapat diketahui secara jelas tentang 
> kedudukan hukumnya di dalam Islam. Di samping itu juga untuk menghindarkan 
> adanya penilaian yang negetif terhadap Tasauf/Tariqat.
> 
> Menurut penyelidikan para Ulama' ahli Sufi yang mu'tabarah, sebenarnya dasar

> hukum Tasauf/Tariqat dapat dilihat dari segi-segi yang antara lain adalah 
> sebagai berikut :
> 
> Pertama : Dari segi existetensi amalan tersebut yang bertujuan hendak 
> mencapai pelaksanaan syariat secara tertib dan teratur serta teguh di atas 
> norma-norma yang semestinya dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya. Hal ini 
> sesuai dengan firman Allah Ta'ala, yang bermaksud :
> 
> "Dan bahawasanya, jikalau tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama 
> Islam) benar-benar Kami akan memberikan minum kepada mereka air yang segar 
> (rezeki yang banyak)."
> 
> [Al-Jin : 16]
> 
> Ayat ini oleh para Ulama' ahli Sufi dijadikan pegangan hukum dasar 
> melaksanakan amalan-amalan yang diajarkan. Meskipun masih ada sebahagian 
> orang yang menentang dijadikannya ayat itu sebagai dasar hukum tersebut 
> (Tasauf).
> 
> Menurut tinjauan Ulama' Sufi ayat di atas secara formal (bunyi lafaznya) 
> mahu pun material (isi yang tersirat di dalamnya) adalah jelas merupakan 
> tempat sumber hukum diizinkan melaksanakan amalan-amalan kerohanian. Kerana

> dengan mengamalkan Tasauf/Tariqat akan dapat diperoleh tujuan melaksanakan 
> syariat Islam yang sebenar-benarnya sesuai dengan yang mesti dikehendaki 
> oleh Allah dan Rasul-Nya.
> 
> Kedua : Dari segi materi pokok amalan Tasauf/Tariqat yang berupa wirid 
> zikrullah, baik yang dilakukan secara Mulazamah iaitu secara terus-menerus,

> ataupun yang dilakukan secara Mukhalafah maksudnya terus menerus 
> menghindarkan diri dari segala sesuatu yang dapat membawa akibat lupa kepada

> Allah.
> 
> Hal ini sesuai dengan firman Allah Ta'ala, bermaksud :
> 
> "Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, 
> zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan

> petang."
> 
> [Al-Ahzab : 41-42]
> 
> Melihat maksud ayat ini, maka jelas bahawa Allah telah memerintahkan kepada

> sekalian orang yang berIman untuk tetap sentiasa berzikir dan bertasbih 
> dengan menyebut nama "Allah" baik dilakukan pada waktu pagi atau petang, 
> siang atau malam.
> 
> Jadi amalan zikir sebagaimana yang terdapat di dalam firman Allah Ta'ala 
> tersebut adalah jelas bersifat "Muthlaq" yang belum nampak ada "Qayyid" nya.

> Dalam erti bahawa syariat zikir, bentuk asal hukumnya masih global. 
> Rasulullah SAW sendiri tidak banyak memberikan perincian atau "Qayyid", baik

> yang berbentuk syarat-syarat, rukun-rukun ataupun kifiat-kifiat.
> 
> Dari sini maka tugas ummat inilah yang diberi kuasa untuk menciptakan 
> syarat, rukun, dan kifiat-kifiat zikrullah asalkan ianya tidak menyimpang 
> dari tuntutan syara' secara prinsipil. Itulah sebabnya maka para Ulama' Sufi

> sama menciptakan zikrullah dengan syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu 
> serta bentuk kifiat yang bermacam-macam. Misalnya tentang waktunya, 
> jumlahnya, cara membacanya dan sebagainya.
> 
> Ketiga : Dari segi sasaran pokok yang hendak dicapai dalam mengamalkan  
> Tasauf/Tariqat yakni terwujudnya rasa cinta antara hamba dengan Allah 
> lantaran ketekunan dan keikhlasan dalam menjalankan syariat-Nya secara utuh

> dan terasa indah oleh pantulan sinar cahaya Allah.
> 
> Sebagaimana diterangkan di dalam Hadis Rasulullah SAW, bermaksud :
> 
> "Diriwayatkan dari Abu Hurairah berkata bahawa pada suatu hari Nabi berada 
> di tengah-tengah sekelompok orang banyak, tiba-tiba ada seorang laki-laki 
> (Jibrail) datang kepadanya seraya bertanya : Apakah Iman itu? Nabi menjawab

> : Iman ialah :
> 
> 1.    Kamu percaya adanya Allah.
> 2.    Dan percaya kepada Malaikat-Nya.
> 3.    Percaya akan bertemu Allah di hari Akhirat.
> 4.    Percaya terhadap para Rasul-Nya.
> 5.    Percaya kepada adanya hari kebangkitan.
> 
> Selanjutnya laki-laki tersebut bertanya lagi kepada Nabi : Apakah Islam itu?

> Jawab Nabi : Islam ialah menyembah kepada Allah dan jangan menyekutukan-Nya,

> mengerjakan solat (fardhu), menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan. Kemudian 
> laki-laki itu bertanya lagi kepada diri Nabi : Apakah Ikhsan itu? Jawab Nabi

> : Ikhsan iaitu keadaan engkau menyembah Allah seakan-akan engkau 
> melihat-Nya, sekiranya engkau tidak melihat-Nya maka Allah melihat engkau."
> 
> [HR. Bukhari]
> 
> Dalam Hadis ini dapat difahami adanya beberapa pengertian bahawa kehidupan 
> agama dalam jiwa seseorang akan menjadi sempurna jika dapat dikumpulkan tiga

> faktor pokok yang sangat menentukan, iaitu Iman, Islam dan Ikhsan. 
> Masing-masing dapat dicapai lantaran mempelajari dan memahami serta 
> mengamalkan ilmu-ilmu yang membicarakan tentang masalahnya. Para Ulama' dari

> kalangan aliran/mazhab apa pun sama berpendirian bahawa faktor Iman dapat 
> dipelajari daripada ilmu pengetahuan yang dinamakan Ilmu Usuluddin atau Ilmu

> Kalam atau juga Ilmu Tauhid. Sedang Islam dapat dipelajari daripada Ilmu 
> Fiqeh atau sering juga dikenal dengan sebutan Ilmu Syariat. Demikian pula 
> halnya dengan Ikhsan dapat dicapai dengan mempelajari dan mengamalkan Ilmu 
> Tasauf/Tariqat.
> 
> Iman, Islam dan Ikhsan, ketiganya berkaitan erat dalam mencapai sasaran 
> pokok yakni "Mengenal Allah untuk diyakini". Hal ini menuntut terwujudnya 
> sikap tindak perbuatan nyata dalam hidup ini, sebagai bukti kepatuhan 
> melaksanakan segala yang diperintah, dikerjakan dan yang dilarang 
> ditinggalkan dengan penuh ikhlas kerana Allah semata disertai penuh rasa 
> cinta terhadap-Nya. Manakala keadaan semacam ini sudah sampai pada puncaknya

> maka akan tercapailah hakikat tujuan hidup yang sebenarnya sesuai dengan 
> yang dikehendaki oleh Allah sendiri pada syariat yang dibawa Muhammad SAW.
> 
> 
> CARA AHLI TASAUF/TARIQAT DALAM MENGENAL ALLAH
> 
> BAGI para ahli Tasauf/Tariqat ada cara tersendiri di dalam mengenal Tuhan. 
> Mereka sama meletakkan dasar-dasar teori pengenalan Tuhan yang tidak 
> bersifat rasional. Berbeda dengan dasar-dasar teori pengenalan Tuhan yang 
> berlaku bagi kalangan ahli Theology Islam (Ilmu Tauhid) dan juga berbeda 
> dengan yang berlaku bagi kalangan ahli syariat (Ilmu Fiqeh).
> 
> Bagi ahli FiqeH cara yang dipergunakan dalam mengenal Tuhan ialah dengan 
> jalan keterangan dari dalil-dalil Naqli (Al-Quran dan Hadis). Di dalam 
> memperkuat kepercayaan maka Al-Quran tidak dipergunakan sebagai 
> alasan-alasan logika atau dengan penyelidikan akal fikiran seperti yang 
> terjadi di dalam falsafah. Berbeza dengan Ahli Kalam (Tauhid), di dalam cara

> mengenal Tuhan banyak mempergunakan jalan penyelidikan akal fikiran. Dengan

> dasar ini maka mengetahui siapa Tuhan, meskipun belum tentu mereka dapat 
> menyaksikan Tuhan. Termasuk dalam golongan yang memakai cara ini ialah kaum

> "Failasof".
> 
> Lain halnya dengan ahli Tasauf/Tariqat, mereka dapat mengenal Tuhan melalui

> dasar-dasar teori perasaan hati lantaran Ilham yang dilimpahkan Allah ke 
> dalam jiwa manusia sebagai bentuk wujud pemberian rahmat-Nya. Hal ini 
> lazimnya dapat dicapai oleh manusia ketika ia telah dapat sampai ke jinjang

> diri peribadinya dilepaskan dari segala macam bentuk godaan hawa nafsu 
> lampau dengan memusatnya fikiran ingat kepada Zat Yang Maha Kuasa.
> 
> Keadaan yang demikian ini mengakibatkan segala macam rahsia di balik hijab 
> cahaya Allah dan Nabi-Nya dapat tersingkap oleh dirinya dan diketahui secara

> jelas pada penglihatan mata hati. Sebagaimana orang yang melihat air jernih

> yang berada di dalam gelas yang jernih pula, sehingga segala sesuatu yang 
> ada di balik gelas yang jernih itu dapat dilihat dengan terang-benderang.
> 
> Huraian di atas memberikan penegasan bahawa kerana adanya perbezaan 
> dasar-dasar pengenalan Tuhan yang berlainan di antara ahli Fiqeh dan ahli 
> Tauhid dengan ahli Tasauf/Tariqat, maka selayaknya sering menimbulkan 
> perbezaan di dalam cara menyelidiki Tuhan dengan segala akibatnya (daripada

> sesuatu perbuatan).
> 
> Akhir-akhir ini perbezaan tersebut mulai terungkap lagi di sana sini. Ada 
> sementara orang yang berbicara manis soal Tasauf/Tariqat dengan penuh 
> kelicikan menggunakan gaya "ahli pemberi fatwa agama", sering menyampaikan 
> pendapat, baik pada lisan atau pun tulisan yang menganggap Ulama' ahli 
> Tasauf/Tariqat dengan terang-terangan menyesatkan ummat terutama bagi para 
> jamaahnya.
> 
> Perlu diketahui bahawa biasanya orang yang suka menggelabah jalan fikirannya

> sebagaimana anggapan negetif terhadap Ulama' Tasauf/ Tariqat itu adalah 
> akibat adanya kekurangan pengertian terhadap masalahnya. Sedangkan 
> faktor-faktor yang mendorong timbulnya fikiran semacam itu antara lain 
> adalah sebagai berikut :
> 
> A.    Adanya pendangkalan pengertian tentang Islam, seringkali hal ini 
> menyebabkan Islam hanya dilihat dari satu dimensi tidak secara keseluruhan 
> dan bulat.
> 
> B.    Adanya ilmu-ilmu yang diperoleh tidak pada Guru Mursyid atau Syeikh, 
> melainkan diambilkan dari hasil membaca buku-buku dengan upaya sendiri. 
> Akibatnya jalan fikiran benyak dipengaruhi oleh hawa nafsu.
> 
> C.    Mereka cenderung mengambil dasar-dasar fikiran di dalam mengungkap Islam

> justeru bersumber dari dasar-dasar fikiran kaum "rasionalis matrialisme", 
> yakni fahaman yang beranggapan segala sesuatu dalam hidup harus dapat 
> dipecahkan secara rasional dan dapat dilihat oleh pancaindera. Dasar teori 
> "rasionalis matrialisme" inilah yang sering dipergunakan landasan berfikir 
> kaum orientalis di dalam membahas tentang hal ke Timuran yakni tentang Islam

> dari berbagai aspeknya.
> 
> D.    Mereka mudah mengeluarkan fatwa "Mari kembali kepada Al-Quran dan 
> Al-Hadis", tetapi mereka sendiri banyak menyimpang dari tuntutan yang 
> semestinya tercantum di dalam Al-Quran dan Al-Hadis itu sendiri.
> 
> E.    Adanya faktor alat-alat pelengkapan yang sangat dirasa kurang sekali, 
> untuk keperluan mengadakan pembongkaran dan penelitian terhadap konstruksi 
> bahasa Islam (Bahasa Arab). Seperti tidak menguasai Ilmu Lughat dengan 
> Qawaidnya, Ilmu Hadis dengan Musthalahnya, Ilmu Balaghah, Badi', Bayan dan 
> Ma'aninya, dan lain-lain. Akibat yang ditimbulkan oleh kekurangan ini ialah

> mereka sering mengalami kesulitan di dalam memahami dan membahas kalam 
> Al-Quran yang banyak berbentuk fasekh, baligh dan bahkan banyak yang majaz.
> 
> Faktor-faktor di atas itulah di antara penyebab mereka mudah tergelincir 
> dalam kekeliruan yang tiada dirasa. Oleh kerana itu tidak mustahil mereka 
> dengan mudah tanpa ambil pusing terus cepat-cepat melontarkan anggapan 
> bahawa para ahli Tasauf/Tariqat adalah sebagai orang yang hanya akan 
> mengajak ummat atau jamaah untuk menjadi sesat dan bahkan dapat berakibat 
> syirik dan kafir. Na'uzubillah himin zalik!
> 
> Padahal dengan penjelasan tentang dasar hukum dan tujuan Tasauf/Tariqat 
> Mu'tabarah di muka tadi, adalah jelas sentiasa sesuai dan berdiri tegak di 
> atas tuntunan dan petunjuk langsung baik dari Al-Quran maupun Al-Hadis.
> 
> Wallahu ta'ala a'lam.......
> 
> Wassalamu.......
> 
> Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
> 
> Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>


____________________________________________________________________
Get your own FREE, personal Netscape WebMail account today at 
http://webmail.netscape.com.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ibnu muhajir <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke